Thursday, August 20

Seminggu Sebelum Puasa

Salam Semua..lama giler tak jenguk blog ni..al maklumlah sibuk utk PINDAH.. so seminggu sebelum tu aku sengaja habiskan hari2 aku dalam sibuk mengemas utk makan semua makanan kegemaran aku di sini.. Aku tinggal sini dah bape tahun ek..emmm nak masuk 4 tahun rasanya dari Mei 2006.. enjoy ya!!!

No 1 dihatiku.. aku peduli apa..aku suh jugak kawan aku masak sb teringin nak makan.. best!!! amiklah to tukang masak 4/5 bintang.. TQ TQ TQ to CIK FAEZA...

Haha... yg ni pun ada org gak tlg masakkan..rasanya aku request ni dlm bulan lps kot.. emm g umah dia, teman dia sb suami dia outstation..tetiba dgn baik hatinya dia nk masak pari asam pedas.. dia kata husband dia x suka sgt asam pedas, so alang2 bukan kepalang dia kata masak sb ada kwn nk mkn.. best sgt2.. rindu masakan ni, sb dh lama x g Johor.. menikmati asam pedas pari.. TQ to Cik UYUN.. eh cik plak PUAN lee..

Seminggu tu jugak, ada cite psl makanan ni..tahu x apa kebenda ni.. ni rupanya buah kelapa laut.. kwn aku beli. Sebelum tom yam masak n perut mmg lapar tggu nasik masak makan je buah ni, walaupun x bape best sb tawar, tp sb x pernah tgk n mkn so makan jelahhh.. TQ to Cik Syaherza sb beli kan..xlupa to tuan umah ye.. layan monopoly sampai maghrib ish2.. kira harta sape menang.. yeihaaa tempat ke2.

Seawal subuh dh tekad nk sarapan ngn roti canai n teh tarik..jarang dah mkn ni sb xde opis aku ni agak ssh melepak mamak di waktu pagi..tp ada satu warung cikai jek tepi jln di BTS mmg sedap roti canai dia.. smpat lah makan roti canai t sabtu n ahad pepagi.. layannn..

Ni menu setiap malam aku selama seminggu sampai nk termuntah di bueknyo..HEHE..apa pun mmg best sgt..CKT n teh O ais limau / sirap limau. Setiap malam gerai nye adalah berlainan tempat.. Gambar yg ke 4 tu aku pun tak tahu camno leh tersesat.. barat nye masakan.. hehe teringin nak makan so mesti makan..

Friday, August 14

Al - Fatihah

Assalamualaikum.. dikesempatan ini Jumaat yg mulia.. marilah sesama kita sedekahkan Al Fatihah utk saudara kita yg mmg aku rasa semua kenal akan beliau - Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) yg telah meninggal dunia di Hospital Pantai, kira-kira jam 11 semalam kerana sakit jantung. Beliau dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri. Secara peribadi mmg le dia tak kenal aku, (korang pun dia tak kenal) tp aku minat dgr lagu2 nyanyian beliau, suaranya mmg best.. Ingat lg masa aku buntu ngn mslh dgn kwn aku, tiap kali blk dr kerja or naik je keta aku suka psg lagu Pergi Tak Kembali kuat2, itu je yg akan buat kta bersyukur krn kta masih ada org lain yg belum pergi dr kta selamanya.. kalau setakat pergi tgl kan kta di sini tak jd mslh kalau di fikirkan byk hikmahnya, tp aku tak ble bygkan kalau aku kehilangan org2 yg aku syg utk selamanya.. lagu Intifada.. masa kami kat UTM Skudai dulu, kami suka nyanyi kan "tinggi ke Intifada" usik kwn aku, ainin nama dia.. bg dia semangat kalau nk buat presentation.. hari2 kta dikejutkan dgn kematian pesakit H1N1, tba2 bila kwn aku ckp ustaz Asri meninggal n dpt sms dr kwn aku MASputra supaya sedekahkan Al-Fatihah utk beliau, aku terfikir... inilah kan, kalau kta berjasa n ada dekat dihati setiap org dgn senyuman dan jasa serta kebaikan sudah tentu kita akan dikenang dgn kebaikan juga walaupun pada hakikatnya org tu kta tak pernah jumpa atau dia tiada kena mengena dgn kita.. Emmm (termenung jap) "dlm hati" : emmm (tingt kat kwn aku.. apakah mungkin aku akan jumpa dia lg selepas ni..m.U.L.a.n.. walaupun dia xde.. tp dia tiap2 saat ada dlm doa aku.. Balik pd cite ustaz Asri ni.. (dlm hati lagi: dh le shila ..ingt benda yg dh lepas, yg lepas tu biarkan berlalu.. hidup mesti diteruskan) Ramadhan bakal tiba, kelibat beliau tak lagi kita lihat secara langsung di kaca tv (maybe yg ada hanya rakaman) yg akan meriahkan program tv dgn slot kerohanian di bulan Ramadhan dan sudah tentu takbir raya suara beliau akan kta rindui.. setiap bait kata dan laungan tasbih raya dia memberi kesan mendalam ke hati tatkala setiap Syawal tiba.. Al Fatihah..

Fakta: Hargailah dan sayangilah sesiapa saje yg masih bersama kita, krn kehilangan pada nama "KEMATIAN" adalah sebuah kepastian.. utk semua insan yg aku syg.. doaku utk kalian semoga dijauhkan dari bala dan penyakit H1N1 yg amat membimbangkan ni.. SALAM SAYANG.. S.h.I.L.a..

P/s: Selamat Hari Lahir utk Faeza Ali dan Hasyimah Hamid - semoga terus diberkati hidup kalian..berjaya dan capai misi korang semua.. "jemput ye" tak mo dh rebut2 bunga nanti..Insyallah bg anak2 aku pulak rebut gula2..ahaksss. TQ.. Aku putarkan lagu2 Rabbani kat blog ni utk anda semua.. Layannnnn (Kat Ikim.fm pun ni tgh pasang semua lagu2 Rabbani) aku nak tidur ni aku mls nk tutup radio lah..zzz

Wednesday, August 12

Sesudah Semua Berlalu Bersawang Blog Aku

Assalamualaikum (tak jawab dosa)..

Rindunya kat blog ni, tp kan..emm cam entah terkadang rasa.. rasa apa? rasa ayamas!!! ahak twitt2.. Kabare semua? waras2 (mmglah waras sb anda semua sdg layan http://kisah7900.blogspot.com/ ) blog ni utk semua sebenarnya, waras ke tak waras pun ble je.. tp aku mengharapkan yg waras le.. macam korang, bg tepukan sikit (tepuk le) ooo malas yea..xpe2 ada aku kesah!! nyanyi jap ek suatu hari nanti kan menjelang jua, suatu masa kan terbukti nyata, dunia kan menjadi saksinya.. ooooo (dlm hati : kalau le DSN dgr ni sure dia tepuk sebelah tgn je). Emm cerita psl ada aku kesah ni mmg arini aku terkisah ngn sorang minah ni, ****** btul, digelar s_ n_ o_ (korang isilah tempat kosong ni sendiri) tp **** tahap anak sedara sebelah ayah gaban.. lainkali kalau nak suruh apa2 pahamlah dulu apa yg ko nk suruh..(ada reti) kdg2 mls nak cite (tp rajin lah jugak cite) tp kat sini mls le nk ckp.. asal aku dpt ckp kt kwn aku melepaskan segala yg tak terlepas aku dh leh cool.. bukan mat kool (apalah) so tq.


Gambar2 bunga masa Pesta Flora kt Putrajaya aritu, lambattt (sian kwn aku nk g aku temanlah) hehe xdelah gurau je jgn marah ek.. dialah yg ajak aku n aku pun ajak dia, nasib baik ada dia ada jugak tempat utk aku meluahkan kesedihan dan khabarkan kegembiraan.


Aku tanya kwn aku "bunga tulip nape xde kat sini, aku xnmpak pon?" dia jwb "ko ingt ni Belanda ke" ehhe yg ada bunga2 taik ayam mana aku suka, cari2 gak teratai xde gak.. aku terjumpa nama bunga "rosmahnajib" apa2lah layannn.. suke sgt dpt jln2 pastu g psr mlm, blk mkn smpai kenyang (selasa n jumaat kalau g psr ni msti beli coconut shake) korang mesti tak tahu apa menda lak coconut shake ni..nanti ek.. aku post gambar tu (asal dr kelantan) wokehhh chawww!!

Tuesday, August 11

H1N1

Hi semua kemana hilangnya sang pelangi ni lama tak update blog? mana ada pelanginye plak.. blog ni haa udah lama tak de sesapa nk mengupdatekannya.. entahle nape? idok le lama bebeno (eh ni slh dialek ni) tok lah lamo sangak eh..seminggu je..(seminggu aku di "situ" mencari ketenangan dan kekuatan) ye le tu.. iyelah (story kt entry lain le) mana g semua yg lain..semua kena kuarantin H1N1 ke senyap jek? haa elok kebetulan cite H1N1 ni aku nk bgtau korang n aku update blog ni ngn tajuk H1N1 le ek (xble ke? ahh ada aku kesah?) ni haa korang (sesapa jelah) jaga diri bebaiklah ikut tip-tip yang telah disarankan oleh MOH tu.. tingkatkan tahap kesedaran kita semua (terutama pd kebersihan diri) tak lupa tingkatkan amalan utk kemudian harinya (byk kan solat hajat moga penyakit ni di jauhkan dr kita semua) emm kalau mati mengejut camne? (dlm hati: amalan aku? dosa2 aku?).

Pandemik H1N1 kali ni benar2 menggemparkan seluruh dunia. Datang tiba2 tanpa diduga, nak menghalaunya menjadi sstu yg mustahil.. Sesuatu yg berlaku pasti ada hikmah yg boleh dipelajari drpnya, bergantung sejauh mana akal mahu berfikir, tak lupa pandemik ni membentuk kta menjadi masyarakat bertggjwb (dlm hati: btggjwb ke aku ni ek?) utk patuh pada arahan dan saranan serta dgr nasihat. H1N1 ni menyaksikan kegagalan pihak makhluk utk bertempur dgnnya walau ada antiviral yg boleh digunakan namun kuasa penyembuhannya ada di tgn kuasa Yg Maha Penyembuh (Allah SWT) emm apakah ini semua bala, apa jua tanggapan korang tak kisah, namun kta seharusnya sedar MUNGKINKAH pandemik ini mengajar kita supaya kembali mengingati Yang Maha Berkuasa selepas sekian lama kita menunjukkan tindak tanduk seolah2 melupakanNya (fikir2kan selamat beramal - eh sama x ngn Prof Izzi)


Aku baca suratkbr n dgr berita makin meningkat kadar kematian kat Mesia tercinta ni.. emm (jap je ek: aku tingt gak kt kwn aku.. kehilangan pasport dia ada hikmahnya - syukurlah!! emm semoga dilindungiNYA..eh nape cam nak nangis plak ni..huhu)

Kalau korang free bacalah:

Tuesday, August 4

Tiada Lagi Kasih

Tajuk tu sempena tajuk album lagu yg sedang dimainkan kat blog ni ye.. mari kita kongsi bersama cerita ni.. sementara kebosanan "di sini" menunggu sehingga khamis datang.. update je lah yg ni..

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta W aja yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi :

Kita selalu kasar... siapa kita ?

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat
dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .

Pengajaran:

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Monday, August 3

Percayalah

Emmm entah. Disaat waktu berhenti ke? sekejap ye mencari kekuatan. Bye!!


Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cerita yang inginku tulis
Bukanlah cerita biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan

Monday, July 27

Tujuh Sebelum Lapan

Assalamualaikum.. (eh nk tya le, kalau u all baca blog ni, jawab tak salam?) hehe!! emmm maybe ni entry terakhir utk bln ni, xde mood le nak update..byk benda yg tgh fikirkan (haa.. tingt plak aku baca kat FB emm.. ekek ciri2 org yg lahir 7hb macam aku ni kan..dia kata..dia katalah "dia akan diam apabila sedang memikirkan sesuatu" hehe saje jek nak bgtau.. Agak jugaklah kot banyak benda yang ada dalam kepala otak aku ni yg sedang aku fikirkan n cuba settlekan. Insyallah jelmanya 1 Ogos 09 ni benda yg paling besar sdg aku usaha utk selesaikan sekian lama akan selesai n aku doakan keadaannya akan lebih baik dr hari2 biasa.. (nanti kta cite entry ogos nanti ek) ok ni ada beberapa (byk kot) foto yg nk di kongsi bersama (alahh bukan menarik sgt pun..tp ada aku kisaahh!!) ni kan blog aku, aku nye kisah le.. jgn marah ye nanti kena jual!!

Yiehaaa!!! akhirnya dapat jugak aku makan pulut durian (edisi khas kelantan) yg sgt aku teringin sejak munculnya musim durian ni.. ada jgk yg memahami perasaan aku ni - TQ pd yg jemput n masakkan pulut ni ye!! (emm 3x gak aku dpt makan) wekend ni aku nak masak sendiri nk makan byk2 (banyak ke?)

Hehe!! sb nak capture step masak ikan bakar versi penjara kajang ni aku nye michiko sizuka jd kuning (tak ilang lagi sampai arini sb kena kunyit.. sambil masak sambil amik gambar kan.. hehe aku n member aku abiskan masa masak, makan n tdo je kat umah dia wekend lps, kebetulan ujan plak lg plak, student uitm cuti sb H1N1 kan.. so xde lah bising kat umah dia. Kami masak ikan bakar, resepi ni kwn dia bagi tp.. sesuka hati kami, kami ubah ikut suke2 jek..ptg Jumaat lps blk keja dia ajak aku g psr malam Pdg Jawa beli ikan n bahan2, pepagi masak konon.. hehe kul 245pm baru dpt makan sb masak sikit rehat banyak.. kami mkn nasi putih + ikan bakar + sambal kicap + sayur kangkung + air oren.

Kawan aku kata..mcm menakutkan jek bungkus ikan tu (huhu) semacam jek bila kami letak dia atas penyepit tu, ikan tu tido lena.. apapun sedapppp.. jemput makan!!

Okies ni plak mlm minggu bangun tdo, tgk tv tba2 lapar.. eh macam best jek kalau skang ni kat kelantan kan? emmm teringin nak makan mee celup..Aku ckp jek, kwn aku balas, jom mlm ni kta g Kg Baru.. gilerr best kat situ mee celup, kelantan asli nye mee celup n nasik air, som tam, tom yam pun sodappp.. wowww nak2 lepas smyg magrib jek trus kami g, belasah je jalan.. call sorang lg yg tgl kt Selayang tu ajak join.. dh bgtau Cik Fis nak ajak dia.. bukan nak bawak dia..hehe sb compem dia yg bawak aku..sb nye..biasalah.. tak ingt jalan.

Yeazaaaa!!! ni aku punya pesanan, ramai gile orang.. KUEW TIAW CELUP 1, TEMBIKAI LAICI SATU!!! sedappp tahap gaban.. ni antara makanan yg bila aku mkn akan habis sampai titisan terakhir.. selain CKT.

Makan kerang bakar jugak (teringat kawan baik aku namanya imah, dia suka makan ni kalau g Pt Raja melawat aku di BP dulu2) ALHAMDULLILAH.. kenyang.. nak balik jalan pun susah kenyang sgt.. masuk keta jalan jap jek trus lena (hobi aku.. tdo dlm keta sb tu ssh ingt jalan) baru nak mimpi dorang singgah uptown. Aku ni sinderella kena balik sebelum pukul 1200 hehe.. so kejap jek terus balik. Tamat...

TQ ye Cik N dan Cik P, dpt sy meriahkan blog kalau x, xde gambar best nk buh.. sekali lagi terimalah kasihku.. maybe penghujung puasa atau raya nanti plak kami dapat jumpa. Actually kami g gak mkn CKT Sani tp mls nk buh gambar CKT sb CKT ada entry khas nanti sb dh janji ngn Cik Fis.. Ada aku kisaaahh.. selamat tinggal Julai09.

Wednesday, July 22

Biskut Bantal

Salam..tajuk ku di hari ini adalah BISKUT BANTAL? nape? sb hari-hari aku makan biskut bantal yg dibeli di pasar malam Sg Besi sejak 2 minggu yang lalu.. korang ni tahu ke yg mana satu biskut bantal nye? ( tgk gambar tu) aku suka makan biskut ni sb teringat zaman kanak2 ku hehe..mmg suka beli 10sen satu sukat.. kalau byk duit aku leh beli 30sen (masa tu) aku bawak g ngaji quran tak pun bawak g surau bila sembahyang terawih, pastu bila org smyg terawih, aku n kwn2 aku duk mkn2 biskut tu le atas para tempat org letak jenazah utk dimandikan bila ada kematian kat kampung aku..hehe. Sungguh indah zaman kanak2 masa tu..ish2 bkn nk cite psl zmn kanak2 ni sebenarnya..hehe..tersasul plak. Tak silap aku hari ni last hari di bulan Rejab..kan? Tiba Syaaban dan menjelma Ramadhan pulak. Rasulullah Saw bersabda: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan Allah, Sya'ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku" - adakah kesempatan utk kita semua pada tahun ni...INSYALLAH..

Tidak ada cerita khas utk entry ni.. mcm2 ada, utk berita SUKAN, ada yg duk sibuk Malaysia vs MU, aku pun minat MU tp xde lah g stadium tgk, tp utk cite yg ada kaitan dgn MU jgk, aku tertarik dgn cerita FAFAU Hot.Fm dgn si Jaafar hehe yg wat blind date gara2 tiket MU..lawak2 mmg lawak giler..apapun tahniah Malaysia utk score 2-3 (kalah tp tak parah sgt) hehe takziah plak sb score 2-0 utk 2nd games semalam. Untuk cerita POLITIK, dh lama tumpang gembira ialah PAS menang lagi di Manek Urai, Setiausaha sulit Exco Selangor jatuh dr Plaza Massalam..maut, tak lupa DAP Kedah rujuk balik ke PAKATAN, Dato' Chua Jui Meng sertai KeAdilan dan tak lupa hari ni bday PM Dato Seri NTR yg ke 56 (esok tau) ekek!! (best lagu SATU MALAYSIA ciptaan FBI sempena slogan PM kita SATU Malaysia). Cerita HIBURAN hehe yg ni nk share satu jek iaitu Dato' Siti Nurhaliza mng lagi di Anugerah Planet Muzik, Jakarta. Cerita EKONOMI, huhu aku jrg sgt amik kisahh..hehe tp aku kisah gak sikit..KESIHATAN pulak masih dgn H1N1 kan..LUAR NEGARA emm kisah bom di Jakarta - emm dikaitkan dgn Nordin Md Top, sebut nama tu aku teringat arwah lecturer aku Allayarham Dr Azahari (Al Fatihah utk beliau)..AGAMA, semalam khas aku share psl Israk dan Mikraj.. (tak lupa saje je nk pesan..sesapa yg belum habis ganti puasa..bawaklah cepat2 ganti ye, Ramadhan nk tiba dh) okaylah layannnnn..Bye

Monday, July 20

Mengingati ISRAK & MIKRAJ


Salam semua... hari ini 27Rejab1430H kan.. marilah sesama kita cuba ingat kembali salah satu peristiwa penting dlm kalendar islam semoga semua dapat pengajarannya.. satu tarikh penting dalam sejarah Islam di mana umat Islam akan memperingati satu peristiwa agung iaitu Israk Mikraj.

Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.

Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Peristiwa Israk Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Namun, saya begitu tertarik dengan 2 pengajaran pentingdaripadanya iaitu

1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.

Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.

Bayangkanlah jikalau perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi 7 langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah jugakah kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya, akan mengukuhkan keimanan kita dan memperkuatkan rasa takjub kepada kekuasaan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk Nya. Peristiwa Israk Mikraj mengajar untuk percaya kepada perkara ghaib dan percaya kepada Al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan dan penyelesai kepada masalah hidup manusia.

Sunday, July 19

Nak Balik Kampung!!!

Hai..Ahad yg "indah" (ye ke?) layankan aje..ada aku kisahhh!!! kata ibu dgr sahaja cerita hanya kita berdua.. ku amat merindui kamu.. (ibu ku le sape lagi) biasanya kalau dh mcm ni aku rasa mmg aku kena gak balik kg!!

Pagi yang gelap kini sudah terang...nak senja aku g tasik Shah Alam ngn member aku, sesaja sebelum malam yg gelap..ekek!! Ramai betul orang arini, masing2 bawak family beriadah...Indahnya ciptaan Ilahi.. Lepak2 pastu aku ajak dia g Pasaraya Bintang (hehe) kitaorang g satu kedai kat situ (kedai apa ek?..hahahaha..lawak2) before balik umah g isi perut a.k.a makan malam le esok nk puasa kan, layan char kuew tiaw lah apalagiiii...


Saje baru nak share dengan semua, ni gambar masa mak dan rombongannnya datang sini, sb aku xbalik ke mak aku dtg..hehe terbalik lak..hehe..tak pelah yang penting "I miss u mum". Nampak tak kura-kura kecik tu, macam Dori dan Tuna tp spesis lain..yang ni harga dia mahal sikit compare dgn spesis Dori n Tuna..RM100.00 seekor tak kira size, comelll dan unikkk, spesis ni tak duk dalam air n makan kangkung dan salad, makan 4 kali sehari..seawal pagi sarapan, tgh, petang dan malam before tidur.. comelll..

Okay, layankan kisah aku dan lagu utk minggu ni (sorry to Ana Ben, lagu Harus Memilih dh tamat, Seindah Biasa pun tamat gak, ni layan kisah n lagu ni plak eh) hehe..

Saturday, July 18

Pergi

Salam..hari ni baru berkesempatan tgk blog, ikutkan xde mood pun nak update, tp sebab kebosanan sorang kat rumah layan kan aje, bgn pagi td aku masak sarapan, kemas rumah, basuh baju tak lupa tukar cadar..dh seminggu basuh tp belum pasang.. (lama betul aku tak blk umah) 3 hari lps aku kat rumah kwn aku di Putrajaya n BTS, kebetulan ada kerja kat sana so aku malas nak blk, membazir duit jek, bayar tol n minyak (claim dah 8 bulan tak dapat) kalau mcm ni berterusan setahun sekali dapat claim mmg parahh!! Plan nak cari keja lain. Chaiyok2!!

Tengoklah pokok kesayangan aku ni, dh separuh mati huhu (kuning n hijau jadiknya), aku ckp kt Cik Fis, pokok pun dh nak mati sakittt, pokok pn jd tak semangat nak hidup, kesian2. Syukur Tuna n Dori dh tak de kalau tak dia pun jd mangsa keadaan aku.

Sebenarnya dh hampir 8 bulan aku tak de roomate, sedar tak sedar dah nak masuk setahun, tp 3 bln lps maknanya aku xde housemate sb aku pun dh pindah bilik..hehe (bilik gerakan PAS) yang pasti ni aku baru balik dari tampal iklan nak sewakan bilik kat umah aku (sesapa ada nak sewa boleh hubungi..hehe) atas sokongan kwn2 aku gagahkan utk berdiri sehingga hari ini .. harap bulan depan aku dh dapat housemate baru, boleh meriahkan semula rumah ni.. pagi tadi aku kena makan bubur nasi lagi (2 hari lps aku sakit perut hehe bukan aku jek, ada lagi 2 org..haha) hari ini bukan sb sakit perut tp sakit bahagian kt pipi dekat gusi yg last plak..huhu nak menguap pun sakit, leher pn jd sakit, td dh g klinik, tak plan pun kebetulan nak g hantar brg unty aku dia xde kat umah plak sb g hantar kucing dia klinik, kena batu karang. Katanya dia terus g amik uncle kat klinik Sek 2, alang2 masuk jumpa uncle suh dia check kenapa dgn leher n gusi aku, dia kata xde pape just ulser.. byk kan minum air, pastu g lunch sesama n balik.

Fuhhhhhhhhh lagi 5 bulan, 2009 nak berakhir, bulan dpn gak aku tamat kontrak kerja.. Insyallah pelangi akan muncul, yang penting kta kena usaha untuk memastikan saki baki tahun 2009 ni bererti, bulan depan Ramadhan datang lagi.. bestnyaaaaa!!! Isnin ni Israk Mikraj.. Selangor tak cuti ye!! Alamakk isnin ni ofismate yang selalu teman aku kat opis iaitu Cik L dh xde, dia dpt kije baru kat Subang Jaya..miss u n good luck.. Rindunyaaaaaaaa dgn kampung ku pulak, plan nak balik ni..tak sabar rasa. oklah tak best cite entry ni sb tu mls nk update.. bYE..BYe

Monday, July 13

Seindah Biasa

Assalamualaikum..lamanya x upadate entry.. nape ek? hmm cuma satu "Disaat Waktu Berhenti" so bicara kisah 7900 pun xde sb "Bicaranya Adalah Senyum" nak cite apa pun tak pasti, oklah utk tidak menghampakan mereka yang nak tgk gambar masa konsert SATU - DSN, ni aku publishkan (bising le asyik tya jek) bukan tak nak letak, gambar nye xde kan kamera Michiko Sizuka anta repair.. frusttnyeee belum habis ni, sb tu sampai arini wat senyap jek psl konsert tu.. yang pasti mmg best!!!

Di kala luka terlalu dalam
Sembuhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Tiap bicara manis
Memujuk dan merayu ku
Tak usah berlalu
Dan merajuk bawa hati pilu

Keikhlasan hati ku
Bukanlah untuk di balas
Cukuplah sekadar
Jadi kenangan waktu berjauhan

Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini

Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisar kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan

Tengoklah camne nk amik gambar .. penuh sesak.. sitizone mmg buat org lain hampa - diaorang xnak berganjak langsung.. nasib baik lah siti panggil aku g kat tempat dia.. (bukan fakta sebenar) hahaha.. saje je buh lirik2 lagu siti yang aku suka dgr..apa yg dpt bgtau, CT mmg cun, sweet, sopan n baik hati, seorang yang sgt komited dgn apa yg dia lakukan, usaha gigih dan yang pasti dia bijak menciptakan dirinya menjadi EKSKLUSIF!!!!! dan dihormati semua orang..Ok semua..bye!


Wednesday, July 8

Tag lagi?

Uhuks.. ada aku kisah? Tak tahu nak buat apa mata belum mengantuk, kebetulan Cik Fis tglkan BB dia, aku guna jap.. nak story apa pun tak tahu, aku belek2 blog entry aku yg lama2 huhu rupanya dh 6 bulan aku jd blogger, baru jek tu.. bila baca2 semula, Ya Allah cepatnya masa berlalu, tp ceritaku.. arggghhh tentang cerita yang masih sama ke? Emm apa ek..Layankan tag ni lagi baik, update entry dgn tag ok jugak kan? ada aku kisah..(elehhh ckp je tak kisah, tp pk jugak) ye pk mesti pk, kalu tak pk maknanya mati dh kepala otak tu..hehehe

* Bekas kekasih saya adalah.. [Mohd Faznie Hafizie Mohd Yusuff - nah amik!! nama penuh lagi dh kawin!!!]
* Saya sedang mendengar... [Org mengaji kat IKIM.FM - teman tenangkan hati]
* Mungkin saya patut.. [Lupakan mulan...]
* Saya suka... [ ada kawan leh borak-borak]
* Sahabat-sahabat saya... [sentiasa cuba menggembirakan sy jika sy sedih]
* Saya tak paham... [nape saya kena duk HQ - jaga quality assurance - sdgkan sy janji pd diri sy utk jd FM - camne sy nk jd FM - apa patut buat?]
* Saya kehilangan.. [kawan baik yg selalu temani sy makan, tido, gaduh, shopping, lepak, blk kg etc..]
* Ramai yang berkata.. [lupakan kisah sedih - life must go on]
* Cinta itu adalah... [kasih sayang]
* Di suatu tempat, seseorang sedang... [sedang apa ek.. ntah- maybe ada yg sdg tidur dh waktu2 camni]
* Saya akan cuba... [hehehe..adalah..soalan tag ni jwb dlm hati je]
* Ayat SELAMANYA membawa maksud.. [apa jadi pun ttp bersama]
* Telefon bimbit saya.. [kaler pink]
* Bile saya terjaga... [tgk jam n setkan pale otak jgn pikir lg perkara semalam, tp huhuhu slalu gagal]
* Saya paling meluat... [org yang suka marah pd sy disbbkan dia bengang ngn org lain]
* Pesta/parti adalah [emm makan2 epy2]
* Haiwan yang paling comel penah saya temui... [mestilah si tuna n dori (kura-kura sy)]
* Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah... [hehe.. seronok semua tak kira peringkat -harap2 dlm berseronok sy tak lupa pd Allah]
* Hari ini.. [aku update blog seawal hari pada 080709 - so tak tahu lg apa ttg arini]
* Malam ini saya akan.. [tido dgn nyenyak n lupakan ttg itu]
* Esok pula saya akan.. [g opis siapakan OJT]
* Saya betul2 inginkan.. [lupa pd kisah klasik utk masa depan, pindah rumah dan pindah tempat kerja]
* Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini.. [x tgk cermin lagi, nk tido jap lg sikat rambut n tgk cermin - rambut sy byk gugur]
* Pusat membeli belah atau arked permainan... [tempat untuk menghabiskan duit....]
* Makanan barat atau jepun.. [nak nasi kerabu jugak - timurr]
* Bilik yang terang atau gelap.. [of course la gelap...tak suka terang sgt penat pale otak n mata aku jdnya]
* Makanan segera adalah... [burger]
* Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang.. [ok bye2.. hati2 bawak keta]
* Siapa yang anda ingin tag.. [sesapa yg baca tag ni, kalau x tahu nk publish ketne bg copy aku buh kt blog ni tumpang jap]