Monday, November 28

:: Lagi Kenangan Lalu (KL @ Mui) ::


Assalamualaikum.. dimulakan dengan Bismillah .. disudahi dgn Alhamdulillah.. begitulah sehari dlm hidup kita..mudah-mudahan dirahmati Allah..

Jemput makan semua..saje nk share sedikit kenangan sblm benti keja kt opis KL aritu dgn kwn2 di MUI Group.

Pilihan Fatin

Mei Wah n me

Shana punya hidangan

Pilihan Wai Lon yummy
Desmond's hihiX-mas celebration at Account Department

Semua2...

Min farewell ~ dia dh berkelana ke Singapore..all d best Min ~

Lunch at TGI Fridays Plaza Hup Seng, KL

Lunch mate

Miss u ols


Hehehehe...

Fatin last day at Mui

Me, Shana, Fatin, Mei Wah and Wai Lon... bye2

Sekian Terima Kasih.

Di Fikir-Fikir : Always do your best. What you plant now, you will harvest later.

Friday, November 25

:: KL? Kenangan Lalu ::


Assalamualaikum..

Hihi skrg dh ble bersiaran dr ofis.dulu blogspot kena block..Alhamdulillah dah 2 minggu kerja tempat baru..segalanya baru - jawatan baru, meja baru, tugas baru, staff baru, kompeni baru, kwn2 baru n gaji pun baru hihihi..syukur rezeki kahwin - kami suami isteri dapat kerja baru..tukar angin dan mengharapkan yg terbaik utk meneruskan kehidupan baru kami selepas berumahtangga.

Ermm jd KL telah aku tinggalkan lebih sebulan yg lalu..dan KL adalah Kenangan Lalu (Kuala Lumpur) tiada lagi sumpah seranah jalan jamm, tiada lagi terkejar2 utk sesuatu yg semua org berebut..iaitu MENJAUHI KESESAKAN JALANRAYA.. kejar waktu jgn lewat walau seminit nanti akan stuck selama 2-3jam...laluan utama aku ke opis adalah jln2 yg selalu penyampai2 radio baca ketika info trafik ayat pun dh ble ingat "kesesakan teruk dari Loke Yew ke Hang Tuah, kereta bergerak perlahan dari Pudu, Raja Chulan, Sultan Ismail, Bukit Bintang bulan bagaii..

Huahuahua kalau hari hujan suasana lg memecahkan kepala..ada org suka ada org x suka dgn KL ni..terpulang pd individu .. sy jiwa kampung .. mmg kdg2 kta suka utk melawat2 shopping2 ke tp kalau hari2 ini yg kena rempuh ermmm tepuk dada tnya jantung.ble tahan ke x?

Org emas kuning ni tgl kenangan..hehe..bila lalu je nmpak dia..ramai org amik gmbr ngn dia..mcm patung tp sebebnarnya tidak..

Selamat tinggal PMI..hehe..MUI dlm kenangan..ni lah bangunan yg aku jaga masa mencari rezeki di kota dan berkelana di Bandar Tasek Selatan (rindu kwn2 bts le plak) utk tempoh setahun lebih sahaja.

Selamat tinggal jugak kt bukit bintang kihkihkih...lowyatt dh jauh..kalau x jln kaki je waku lunch g cuci mata tgk2 apa yg tak patut di tengok.

Sekarang tidak lagiiii 10minit dh smpai ofis..naik keta ble buka tingkap seluas2 alam..nk buka pintu pn ble tp nti jatuh plak..xde lah seriau mcm kt KL dgn peragut, penyimbah asid, peraba-raba, peludah semua..xde lg bunyi pom pom pom hon sana sini x tentu psl, langgar2 side mirror dan xde lg aku nmpak org kurang siuman bantu polis trafik jg laluan hehe..kelakar mcm2 ada dorang pun kesian tgk polis2 duk berdiri dlm hujan dan panas..apa slhnya dia tlg..hehehe

Eh ni bukan bangunan yg aku jaga skang..ni bangunan yg suami ku jaga..dialah JAGA disini..hihihi..

Ok..tukar selera sikit..aku memilih utk jd JAGA kuarters plak a.k.a bangunan kediaman sebanyak 632 unit semuanya bwh tanggungjawab aku.

Sungguh tenang disini, walaupun bidang kerja kami x tenang sebenarnya..tp inilah harga yg x boleh dibayar dgn wang ringgit yang beribu2.. dimana waktu pagi kta menghirup udara segar, melihat org2 melayu kita (xde lg asyik tgk negro, bangla, cina yg seksi2..) hihihi... apa nak buat buatlah asalkan JKR puas hati..Thankss God for everything..semoga rezeki ini memberi keberkatan dan ketenangan kepada kami

Apa yg patut buat selain memanjatkan kesyukuran pd yang Esa. Alhamdulillah..

Sekian, Terima Kasih.

Di Fikir-fikir : Pagi ini, saya bangun dalam keadaan sangat baik. Saya bangun dengan hati yang senang. Seperti mentari pagi yang menjalankan tugasnya menyinari semesta, saya pun bangun dan segera menjalankan tugas dan aktiviti saya hari ini. Saya akan melakukan tugas saya dengan sebaik-baiknya.

Saturday, November 19

:: Syukur ::




Assalamualaikum...wahhh lamanya x meng'update' blog. Sebok kah? Malas kah? atau Apakah? hehehe.

Ok2...pertama sekali dh tentu spt tajuknya..ALHAMDULILLAH..SYUKUR arini dah sebulan 15 hari sy bergelar isteri. Mcm x percaya plak..aku ni dh kawin rupanya..apakah benar? YA PASTI! ermmm;

Berakhirnya sebuah penantian, terjawab sebuah persoalan, terungkai satu kepastian..JODOH! tiada siapa yg boleh menafikan serta tiada siapa yang boleh meneka jawapannya. Syukur pada Tuhan atas kurniaan perjalanan kehidupan sy yg menyempurnakan fasa-fasa pada sebuah kehidupan.

"A journey a thousand miles begin with the first step"
p/s: ada masa nanti sy upload lah sikit gambar kenangan majlis sy ye..hihi..

Hari ni jugak hari pertama aku update blog slps kawin..ngeeeee bukan apa kesibukan yg melampaui batas waktu..non stop sejak dari lps raya aidilfitri aritu.. apa sahaja kesibukan itu semuanya adalah utk hari ini.

Tu saja lah cite sb nti update lg..tp bilakah? hehehehe

Sekian, Terima Kasih

Di Fikir-fikir: Sabda Rasullah SAW

"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai" Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan merekaDiriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri


Saturday, September 17

:: 18 hari? ::


Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

Kembali ke kota slps 14 hari di desa tercinta & bersambunglah episod seterusnya..kerja..kerja...dan kerja..dan kerja lagi.

Apapun yg terjadi 18hari lg yg di nanti mesti aku lalui dgn sabar dan semangat yg tinggi..semoga Allah mudahkan semua urusan hambaMu ini..Amin ya rabbul alamin.

Maka, Sekian terima Kasih.

Di Fikir-Fikir: Daripada Wabisah bin Makbud Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:

“Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab ‘ia’ maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati. Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka”

Thursday, August 25

:: Cepatlahhh ::


Salam di akhir ramadhan...cepattlahhh isnin sy nk blk kampung...huhuhu..sedihnya rasa raya thn ni x dapat buat rutin biasa menjelang raya bersama org2 tersayang..apakan daya...apapun daya nya doakan semua perantau2 yg ingin pulang ke desa selamat sampai utk menyambut hari raya bersama keluarga..menikmati kemenangan kita setelah sebulan berpuasa...sambutlah raya dgn penuh ketakwaan dan kesyukuran..elakkan pembaziran dan bersama kita saling bermaafan..

Okaylah...tgk kalau rajin nk update gak blog wekend ni sb mesti bosan kat umah sorang2..yg sepatutnya aku dh kat kg...tp isnin kejaaaaaaaaaaaaaaaaaa...huwaaaaaaaaaaa

Maka, Sekian Terima Kasih

Di Fikir-Fikir : Fikir nak blk je...raya mode...malasssssssssss nya nak g kejaaaaaa huhuhu

Saturday, August 13

:: Ramadhan Dikampung ::


Assalamualaikum...dikesempatan ni update blog jap..tp mls nk edit2 gambar..buh apa yg ada..yg pasti ni adalah yg terindah di bulan ramadhan..berpuasa 4 hari kt kampung, g terawih kt surau lama ngn mak aku, dpt tido ngn dia smbil urut2 belakang dia...aku lah plg kurang bersama dia...huhu...sedaya upaya selama 4 hari semua menu berbuka dan bersahur dia buat ikut apa yg aku nk mkn..aku bkn jenis mkn byk kesian dia buat mcm tp seciput je mkn..try mana2 yg ada sikit2...sempat mkn ayam percik, nasi kerabu, singgang daging, jala mas, akok, onde2, tomyam, ikn goreng fresh dr pantai sabak, nasi manis, solok lada, etok dan mcm2 lagi semuanya hasil tgn ibu tersayang...yummy....sekadar kenang-kenangan gambar2 yg ada. Enjoyyy..dan slm ramadhan yg ke 13..cepatnyaaaa....semoga kita semua mendapat keberkatan sepenuhnya.

Tgn 3 generasi...mak, anak n cucu..kulit tgn mak aku dh kedut2
(dia kata sb buh myk panas yg dia baru beli lg tambah kedut..sb minyak tu pns sgt..hehehe...yeye je..hehe )

Yg dirindui..si comel..budak baik xpernah meragam kalau bkn sb x cukup tdo..syahfiey...

Syahril (cik la ..aril xsey jd penjaga gol..khairul fahmi tu aril x minat sb aril minat lisa surihani...)
aduyaiii apa kaitan lisa ngn fahmi..hehehe ~ aril dan baju singa malaya
(asyik slh sebut je ..dia pgil singa malaya..bkn harimau malaya)

ayam percik my mum..

aku n adik tukang bakar je...yummmy

ni je gmbr yg ada yg lain mkn dulu baru ingt nk snap..so x smpat..
terbaik ilah keropok lekor tu n popia yg kakak aku buat...sedappp..
ada jgk cendol lupa..sb xsempat mkn..yg penting sape yg x mkn tomyam akn mkn nasi kerabu ngn ikan rebus goreng tu...kalau nk cari kt KL kena g sarapan kt Kg Baru..ada jual nasi kerabu + ikn rebus goreng

kenangan..huhu dh jrg sy dpt blk kampung ssama mcm keja company lama..

gambar ni ada value...flight no sama ngn no i.c aku...hehehe..

Maka, sekian terima kasih.

Di Fikir-Fikir : Balik kampung...balik kampung hati girang...perasaan ini wujud pd setiap perantau di kota tiap kali tba musim raya....sgt best.

Wednesday, July 27

:: Rindunya.. ::


Salam...rindu yg teramat sgt pada MA n AYAH aku..huhu..tak tahu kenapa..makin hari makin terasa...sedih plak mengenangkan aku antara anak yg kurang bersama2nya menghabiskan hari2 mereka...huhu..betapa bertuah dan beruntungnya sesapa yg sentiasa bersama ibu n ayah disaat ini...

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan

Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,

Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.

Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...


Maka, Sekian Terima Kasih

Di Fikir-Fikir: bahagia dan indahnya jika sebulan di bulan Ramadhan ni aku cuti sebulan n duk kg puasa bersama mereka..g terawih n bersahur bersama...rindunyaaaa

Tuesday, July 19

:: Harapan Ramadhan ::


Assalamualaikum.. pejam celik..celik pejam..pejam celik..Ramadhan bakal tiba lagi..hari ni dh 17 Syaaban 1432H..lebih kurang 2 minggu lagi kta semua akan menyambut kedatangan bulan mulia..RAMADHAN AL MUBARAK...huhu..mcm2 perasaan ada..sedih, gembira, sayu semua2 lah...kalau masih diberi nafas ini sempatlah merasa Ramadhan lagi..Insyallah..dan jika kesempatan ini jd milik sy..Insyallah ni adalah Ramadhan terakhir sy sebagai org bujang..byknya kenangan berpuasa bujang n sebagai perantau...pasti suasana ini akn kekal terpahat dalam kotak fikiran saya...huhuhu...terima kasih Ya Allah atas peluang itu..pahit manis susah senang akhirnya indah untuk kita kenang.

Ermmm malas jugak nk taip ni mata dh ngntuk tp bagus jugak update blog dpt release tension ni..arini berkesempatan melihat cahaya waktu blk kerja..huhu...sungguh ku x larat tp apakan daya inilah punca rezeki setakat ni..SHILAAAAAAA...ikhlasssssslah...[ingatan utk diri sendiri] ermmm kalau dh x lalui suasana skrg ni pasti tiada kenangan n pengalaman utk di kenang kan...POSITIFLAH......plissssss.....plissssssss....mampukah aku?

Ermmm oklah semua..lagu ni utk diri sendiri...saat ni [tgh update blog ni] hati ni Allah saja yg tahu betapa sy rindukan ma n ayah n adik serta semua keluarga di kampung...huhu...lagi2 Ramadhan bakal tiba...huhuhu...semoga Allah bg kekuatan dan kesihatan utk MA & AYAH & ADIK n semua ahli keluarga utk laksanakan ibadah puasa thn ni..huhuhu...nak balikkkkkk kampungggg....


Maka Sekian Terima Kasih.

Di Fikir-Fikir: AK 5294 & AK 5295 ..x sabar nak blk....yeayyyy 4/8/2011 cepatlah dtg..



Saturday, July 16

:: Salam Nisfu Syaaban ::



Assalamualaikum semua..

Rejab sudah berlalu. Kini telah pertengahan Syaaban. Lambaian Ramadan 15 hari lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Untuk bacaan bersama:

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW

Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.

Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.

Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.

Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.

Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.

Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.

Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.

Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.

Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.

Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.

Maka, Sekian Terima Kasih

Di Fikir-Fikir: Ya Allah Engkau ampunilah segala kesalahan dan dosa2 aku.

Monday, July 4

:: Terimalah Kenyataan BENAR, BERANI ::



......dan BERS✔H ²·º

untuk di kongsi bersama (ada kwn aku tya..apa yg duk sebok2 ngn BERS✔H ²·º tu..) dia x berapa faham dan x berapa tahu sgt..hehe..tp sebelum tu SAYA dh BERS✔Hkan baju BERS✔H saya..ni yg BERS✔H 1.0 tuntutan nya x byk tp kenangan pd baju ni sgt byk.

Baju ni di pos dr Kelantan...semata2 utk bersih thn sudah..

Apakah BERSIH 2.0?
BERSIH merupakan satu perhimpunan rakyat untuk berarak dan menghantar satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk meminta agar perjalanan pilihanraya akan datang dijalankan dengan bersih dan adil. Antara tuntutan BERSIH ialah:
Jadi boleh ke tak untuk menjalankan perhimpunan ni? Boleh kerana Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat serta berhimpun secara aman. Lagi pun BERSIH bukannya membela Anwar atau Ambiga tapi membela hak rakyat untuk mendapatkan system pilihanraya yang adil, bersih dan boleh dipercayai keputusannya. Lagi pun, ini satu-satunya cara untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati kepada kerajaan.
Antara keraguan paling jelas adalah isu 88 orang pengundi yang berkongsi alamat sama dan juga beberapa keraguan lain yang boleh anda cari dan selidik dengan sendiri.
Kalaulah semua umat Islam yang nak berhimpun untuk demonstrasi aman ini mengerjakan solat subuh secara berjemaah beramai-ramai di masjid sambil memakai baju BERSIH 2.0, bukan saja polis atau FRU yang ketar lutut, Yahudi pun tak senang duduk tau!
Maka, Sekian Terima Kasih pd KalamPATAH.

Di Fikir-Fikir: Haa, ape? Aku? Aku tak pergi lah kot yg ni..hehehe..nak kawin dh nti xpsl2 trgendala..hikhik

Sunday, July 3

:: ShizukaDBE'sayang ::



Hohohoho...belum lagi pakai Fairlady ni...3 hari bikin $$$ RM1k utk dia je.. inilah bayaran utk pengorbanan dia.. boyfren aku yg gagah perkasa putih ber"seri" dgn tompok itam n kelabu (adakah itu semua kesan penuaan pd dia..hehe..sian dia) lately ni sgt2 teruji dia dgn kehidupan tuan dia yg sgt "sebok" konon2 sebok..pagi2 seawal jam 7 dia dh di kejutkan dan paling2 awal pun jam 7 ptg plak dia akn berehat. Dah seminggu nafas dia berbau (ada yg kata bau cicak mati) uweekksss..pasang je aircond aduyaiii busuk bangatt..huhu...sebulan yg lalu aku gantikan jantung dia..(seumur 3 thn, 3 jantung di gunapkai) kesiaaaaaannnn dia.

Apa tujuan sebenar ni? ok tujuannya adalah dan hanyalah utk menyatakan ini :

Kenangan DBE saat putih berseri (adalah dlm sehari dua putih) @ Port Dickson

DBE ~ tq sayang sb dh bawa sy sejauh ini...luv u...muahhhh ~
bulan 7, 2011 dia dh jln sejauh 67900
Saat hilang arah tujuan...Kau tahu ke mana berjalan...Meski terang meski gelapKita lalui bersama

Dbe's dlm angan2...hihi..

Julai 2011 (Yesss bulan 7 ..7 lagi..)
sedar x sedar mmg xsedar pn yg DBE sebenarnya dh terlebih waktu utk servis
~ alih2 kena servis major lah plak..huhu..luar bajet tp demi kebaikan bersama
maka kita mesti lakukannya..tu pn aku cut 2 benda x perlu tukar dulu sb...
pak cik pomen yg aku dh boikot dulu2..
(rujuk entri lama) sesuka sesuki dia dh tkr..alasan dia sb dh buka...otakkk dia. huh..benciii


Utk bayaran yg ke 34 (3+4 = 7)
Ya... terbaek dr PDRM ..saman le plak 3/7/2011 hehehe..kesian2.

Parahnya jiwa tuan DBE bulan ni..huhuhu..

Kunci Kira-Kira JULAI utk diaDBE's HUHUHU!!!!

Monthly payment : RM500.00
Monthly Parking Fees : RM 135.00
Service @ pero2 : RM 184.00
Minuman DBE @ Shell : RM 200-250.00
Saman (klu byr dlm masa seminggu) : RM30/50/100.00
Mencuci DBE (itupun kalau aku cuci) hihi : RM 20.00

Jumlah yg telah n akn dikeluarkan utk dia adalah = BOLEH tahan KAH..gunung TAHAN itu? satu persoalan bukan gurauan..ok bye..adiosss.

Maka, Sekian Terima Kasih

Di Fikir-Fikir : Pernah kita jatuh..Mencuba berdiri..Menahan sakit dan menangis...Tapi erti hidup lebih dari itu...Syukur ats segalanya..