Tuesday, June 30

Tag? Layannnn

1. Ape perasaan anda sekarang? Sukar di mengerti - cuba gembira walau agak sedih.

2. Saya nak makan? Masakan mak saya di kampung

3. Saya tak suka makan? Sambil tgk TV

4. Impian saya? Banyak hehe sb suka berangan - emm nak kawin lah

5. Haiwan yang saya tak suka? Babi dan tikus (nape buh haiwan, kalu manusia sng sikit nak senarai)

6. Saya harapkan? Semua kesedihan dan keresahan ni hilang dan tak kembali lagi

7. Jika boleh putarkan masa?Mmg tak ble putar dah.. tp kalau boleh putar nak kembali ke dunia kampus.

8. Saya pada 10 tahun akan datang? Memiliki sebuah rumah, kereta mini cooper S dan kawin n g umrah (maybe dh tinggi n gemuk sikit kot..haha)

9. Handphone saya adalah sebuah? Peneman dlm semua keadaan - Michiko Sizuka namanya S.E W595i

10. Saya pernah bercinta sebanyak? Alamakkk ntah le (kekasih gelap)

11. Saya suka pada? Waktu hujan dan subuh (dinihari)

12. Kawan-kawan saya? Ramaiii sgt!! TQ ats keikhlasan kalian dan hadir dlm kisah7900.

13. Pernah dikhianati? Erm..penah kot

14. Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? Kekadang rasa mcm nak dia rasa apa yg saya rasa (cam nak langgar jek - iklan era) tp x lah.. doakan kembali ke pangkal jalan.

15. Senaraikan 1 orang untuk di’tag’ : Tak de sesapa.. tag diri sendiri jek.. tagging buh harga senang org nk masuk meminang, ekek!!

Sunday, June 28

Sabtu dan Satu

Salam, hari ni ahad 280609 ek? huhu..pasti ceritanya adalah tentang semalam, sb semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan.. semalam aku g hantar kwn aku "sekolah" hehe kt City Campus UTMkl @ Bgn Yayasan - driving -cam biasa telajak jalan.. malas nk u turn so berenti LRT amik train jek g Mid Valley - The Gardens Sony Ericcson Centre - hantar Machiko Sizuka- keypad port problem - kalu nak ceritakan kisah aku ngn kwn aku ni naik Komuter mmg menyesakkan kepala..terima je!! balik dr MV amik DBE balik umah solat, makan, tidur jap.. sakit kepala.. petang kena amik kwn aku sb dr UTMkl trus g Istana Budaya. huhu.. aku sebenarnya tersgt lah kecewa..lupa sgt2 (tak ingt langsung) malam tu aku nk g Konsert DSN, yg aku g anta repair HP aku buat apa..aku nk guna amik gambar, 3.2mp compem jelas, mmg itu yg aku tgu nk capture seberapa byk ttg SATU@IB, tak mampu dh nk bgtau, kwn2 aku kata..sabar je lah.. dh lupa nak wat camne!! mmg frusttttttttt!!! terima je lah.. isnin baru siap..itupun kalau siap.

Ini SATU je dulu sbg intro sblum aku cite ttg malam td - ceritanya di IB.. FAKTA yang dpt aku berikan sebelum cerita lanjut adalah..5star to DSN, cayalahhh mmg best sgt2 Eksklusif SATU ISTANA BUDAYA DATO' SITI NURHALIZA.

SATU@IB

Seawal jam 700pm kami sampai di IB - lapar ni, tapi baik jgn g makan, nti parking ssh, uhukss mmg pun 2 kali pusing last2 pak guard tu bg gak park tepi jln.. mmg dh ramai yg dtg peminat DSN (ada x peminat ct dr kelantan, lipis, sabah..hehe ct tya.. ada dr singapore, brunei.. BTS pun ada..hahaha) selesai solat maghrib, amik tempat, 830pm konsert stat sampai jam 1100 (hensem DK tu ek) hehehe.. tak tahu nak cte camne.. mmg best sgt.. berbaloi.. kali ni sb nye si Pink tu xde aku tak byk amik gambar lagipun mmg sesak semua nk amik gambar, aku mcm biasa disebabkan bdn ku yang kecik ni, staf IB tu bg je aku mencelah..guna Cik A nye xpress music hp.. jom lah balik, makan, solat, tidoozzzz..

SATU SINOPSIS SITI NURHALIZA ..

Dalam pertemuan ini kita terperangkap sudah dalam jerat percintaan yang tidak disangkakan.. Begitu banyak cerita Ada suka ada duka Cinta yang inginku tulis Bukanlah cinta biasa Dua keyakinan beza Masalah pun tak sama Ku tak ingin dia ragu Mengapa mereka selalu bertanya.. SESUNGGUHNYA BERKASIHLAH DIANTARA MANUSIA.. Perindah segala kata-kata Bahagia itu janjinya Mengapa kita sengketa Rentaslah jalan terbuka Tanpa dusta.. Walau jauh berlari Walau jenuh ku mencari Tetap sungguh kau kemari Tanpa jemu dan benci Biar ku telan tangismu Biar ku simpan resahmu Meski kau bukan milikku Teguhkan dihatiku Percayalah.. Kau Inderaloka..Kan ku susuri Bahagia mu teman di taman ini.."ini antara lagu2 yang siti nyanyi"

Wednesday, June 24

Sempurna

Assalamualaikum.. tak berkesempatan nak layan update entry dari hati dan nukilan sendiri..emm so macam menarik je email dari kawan aku ni.. Cik F, kongsikan bersama.. dulu pernah jugak terbaca tapi dimana ye..?

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail. Hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya. Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga.... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu. Hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu. Jika kamu MENADAH air biarlah berpada. Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja. Kerana apabila ia mulai RETAK tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja. Begitulah juga. Jika kamu sedang memiliki seseorang TERIMALAH dia seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat. Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya. Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja. Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi. Yang kamu pasti baik untuk diri kamu. Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT. Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain. Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN. Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi. Kamu akan MENYESAL. Begitulah juga. Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN. Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU. Mengapa kamu berlengah lagi?. Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi. Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita suda MILIKI kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA itu lebih BERMAKNA!

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Saturday, June 20

SATU itu EKSKLUSIF!!!

Salam semua.. hehehe.. bestnye sedar tidak sedar minggu ni last penantian aku untuk Konsert Eksklusif SATU DSN.. aku rela setiap weekend aku kerja demi siapkan semua modul student aku nanti.. walaupun lagi beberapa hari jugak nanti aku nak kena bentang proposal pada Kementerian Pengajian Tinggi pada 070709 (emm cun jek nombor) harap-harap bertuah, dan perlukan persediaan.. emmm ada aku kisah.. ahaks.. kisah lah jugak kalau tak, aku tak akan masukkan kisah ni dalam kisah7900@blogspot.com, kan? semuanya adalah kerana kisahku yang aku kisahkan le..

Diciptakan seorang insan.. lembut hati bak redup pandangan, pabila berkata.. seluruh ALAM menyaksikan kesyahduan.. bagai tersentuh rasa percaya.. hingga terdengar kan.. (sambung lah nyanyi sendiri ek?) emmm aku harap malam tu DSN sampaikan lagu ni.. kenapa? adalah..

Lepas konsert DSN 29 - 30 june 2009, hehe lagi bestnye tak payah masuk ofis sb ada kursus 2 hari @ Kelana Square for Safety & Health Committee... haa lps kursus ni yg plg best lagi.. apalagi.. kerjaaaaaaaaaaaaa "i nak u pastikan semua berjalan lancar, kalau tak..(huhuhu)

Thursday, June 18

Gemuk ke Kurus?

assalamualaikum...waalaikumusalam w.b.t

Disebabkan malas nak keluar lunch.. update blog jap..walaupun story x best tapi.. "ada aku kisah " hehe..mesti korang semua nak tahu nape "ada aku kisah" ooo adalah kisah dia disebalik ayat tu.. kurang ajar ke bunyinye.. emm terpulang sebabnya apa yang penting kata wonderpets "kerjasama".

Saje2 jugak edit gambar ni. Nampak tak menarik ke makanan ni. Tidak lah ku kisahkan apa2 pun janji mmg best.. ni masakan dari kawan-kawan aku. Sejak kebelakangan dan kedepan ni..ekeke. Selera makan aku bertambah baik.. misi utama nak naikkan berat badan yang terlalu menyusut secara drastik. Tak nak lagi dengar komen2 yang melucukan dari kwn2 aku sejak dua menjak ni. TQ untuk chef2 ku. TQ sangat2.

Foto 1:
Makan nasi pukul 10.30pm - kena jugak habiskan kalau nak kembali ke bentuk badan yang stabil.

Foto 2:
Hari ini aku dh sarapan bertambah lagi kat rumah kwn baik aku.. kuewtiaw goreng n kuih seri muka.. best2.. pastu kena lak bawa bekal ke ofis sb kena makan lagi. Semalam makan tomyam dengan bestnya dia masak, mak dia kata makan byk2 biar gemuk, ada yg berpeluh2 macam hujan sb pedas. Ayah dia sampai sakit perut.
(gambar tak amik, sb takut mak dia tya nak buat apa..hehee)

Foto 3:
Nasi goreng yang dimasak junior aku.. Entah aku pun tak tahu nape dia ckp pagi ni dia nak masak nasi goreng nanti bawa g ofis mesti makan hingga habis. Sedap!!!

Actually aku g umah kawan aku semalam tidur sana, sb semata-mata nak jumpa mak dia.. rindu sangat lama tak jumpa.. maklumlah mak sendiri jauh di kampung (tp mak kita nak dtg awl bulan depan..yeszzzaaa) mak dia ni aku anggap mcm mak aku jugaklah. Jumpa dia sgt mendamaikan. Segala resah terlerai dengan celoteh dia yang menghiburkan (mak cik nak lepat ubi lagi ble?) dia kata "nape ko ni sudah kurus kering.. makin kecik lah xsesuai dgn kereta kau, keta besar" Besar ke? hehe besar lah compare dgn badan aku.. ahaksss!!!

Emm nak story panjang2 lagi ni, walaupun jumpa sekejap aku sangat gembira.. Tq my dear friend atas peluang yang di beri.. TQ...thats all.

Fakta: Rumah jiran aku depan rumah kena masuk pencuri jam 200am, dia terkejut menjerit dan terus lari.. huhu takutnyaa.. Alhamdullilah ada suami dia masa tu (MORAL dr cerita ni: kena kahwin ni.. hehe!!) Doakan keselamatan kita semua.. hati2 ye semua kawan-kawan yang tinggal bujang, musim ekonomi gawat ni ramai yang kerja jadi pencuri ke ek? ek jek?

Wednesday, June 17

Analogi Air

Salam.. ok semua hari ini tajuk kelas adalah berkaitan "air" hehe.. cam best je jadi cikgu kan? hehe untuk di kongsi bersama je.. tak nak baca pun tak pe.. ada aku kisah..ahaksss.. gurau je! emm dulu ada orang kata kat aku.. nape nak jadi macam analogi air.. tak ke rugi sebab air kan ada yang air kotor maknanya air yang mengalir ke longkang dan ke lubuk2 ke.. emm pada aku itu bukan namanya analogi sebab pengaliran yang tidak semulajadi. Emmm entah lah aku pun tak tahu nak jawab.. hehe peduli apa aku.. kalau dia rasa tak sesuai tidak mengapalah.. terpulang pada individu masing-masing. Kan? kan?

Kenapa analogi air ek? kerana dia sentiasa mengalir.. dari hujan mencurah kebumi..kesungai..ke tasik..ke lembah dan gunung.. mengalir terus mengalir.. anak sungai, pantai, AKHIRNYA ke laut ..menghempas deruman tanpa jemu.. tertitik di atas batu, akhirnya batu menjadi lekuk.. dan sehingga menjadi sebahagian dari kandungan terbanyak dalam badan manusia..

Air mengalir sampai sejauh mana yang mungkin...akhirnya ke laut, begitulah hukum alam, kerana laut mempunyai ketinggian yang lebih rendah dibanding dengan permukaan daratan, maka berapa panjang dan berkelok-keloknya sungai di daratan, dia akan bermuara di laut juga. Ertinya kalau ikut hukum keseimbangan alam, air akan selalu mengalir ke lokasi yang lebih rendah.. haa sebelum aku lupa air ni ada persamaan dengan waktu..

Air dan waktu ada persamaan..apa dia? Keduanya sama-sama mengalir. Bererti keduanya adalah hidup, krn tanda-tanda kehidupan adalah adanya perubahan. Itu saje persamaannya.. yang tak samanya.. Waktu adalah jiwa yang spontan, dia mengalir melampaui batas-batas keinginan. Air lebih fleksibel, dia bergerak berdasarkan kemahuan, dia mengalir kerana adanya perbezaan. Waktu hanya mengenal “sebelum” dan “sesudah”, tetapi dia tidak mampu berbalik arah. Sedangkan air hanya mengenal “dari mana” dan “ke mana”, keberadaannya terperangkap dalam dimensi ruang. Waktu adalah simbol kepatuhan, dia terikat dlm aturan zaman. Sedangkan air adalah simbol kebebasan yg selalu mempunyai pilihan, bergantung kepada keadaan. Kita tidak akan sanggup mendahului waktu, krn kita dan waktu berjalan beriringan. Tetapi kita masih boleh membendung air, krn air adalah sahabat kehidupan. Yang pasti, air adalah sang pelindung, dia mampu merawat kehidupan agar selalu ada. Krn tanpa kehidupan, siapalah dia..

KATA BESTARI : Bersahabatlah dengan air dan waktu, maka engkau akan mendapatkan semuanya. Semakin merendah diri kita semakin banyak yang alam berikan, semakin sombong diri kita maka akan semakin sedikit manfaat yang kita dapat dari alam dan waktu.

Hehe.. sesibuk mana pun aku..(eh eh bukan sibuk..) jadual dan rutin yang agak padat, banyak ruang waktu untuk dipenuhi.. haa baru betul.. sory ye menulis pun dan terabur2 ayatnya.. aku tetap ambil kesempatan untuk blog tersayang ni.. syukur pada Allah yang Esa, aku masih berkesempatan untuk hal-hal selain dari kerja, sempat tidur di bilik ku yang damai tu, sempat g picnic hehe.. sempat melayan call anak-anak buah tersayang, mak di kampung.. sempat bersama kwn2 yg dekat dan jauh (jauh sms n call je lah), yang penting aku sempat maghrib dan mengaji di rumah setiap hari..dan byk lagi lah (cuba jgn tak sempatkan ye shila, kta yang mengurus diri kta..Insyallah!! doakan kita selalu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara lain datang)

Ingatan utk diri sendiri : Jika kita kejar dunia, dunia akan lari, jika kita kejar akhirat.. kedua-duanya (dunia dan akhirat) akan menghampiri (kita akan dapat)

Sunday, June 14

Sungai Congkak atau Jangan Pandang Belakang Congkak?

Assalamualaikum wbt.. entry kali ni nak share cerita aku g picnic (konon2 je lah) hehe..

Tarikh: 14 June 2009
Masa: 0849am - 1.10pm
Lokasi: Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor
Pengangkutan: Myvi & Gen-2
Bayaran: RM1.00 x 7 orang = RM 7.00 (7 jugak ke?)
Anjuran: Pakat2 Agensi Pelancongan (hehe)
Program: Jalan2, Makan2, Mandi2..menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Objektif: Hilangkan Tekanan Angin Dalam Badan
Lain2: "Ada aku kisah"

Peristiwa 1 :
Perjalanan pergi ---> Tiba di lokasi ----> Nikmati alam semulajadi.

Peristiwa 2 :
Wajah-wajah penuh gumbira..masa mula-mula sampai, ada sorang tu siap nyanyi2 lagi.. mesti dia sgt epy. Rombongan cik kiah (eh jgn nti kiah marah plak- sorryyy) rombongan cik Seng lah ok jugak nama tu.. 7 orang. (7 jugak yg terpilih)

Peristiwa 3 :
Apa kata anda? bestnye! nyamannya! waaa sejukkknye! apapun inilah hakikat kejadian dari yg ESA. Pada semua jadilah seperti ANALOGI AIR.. kenapa? TUNGGU NEXT ENTRY..Insyallah jika berkesempatan saya kongsi bersama.

Peristiwa 4:
Cari tempat yg agak2 best, pastu makan2, mandi manda. Dah bosan emm.. ble lah gerak balik. Cerita menarik untuk di kongsi.. sesampai je terpaksa makan nasi lemak je sb makanan lain yang prepare utk dimakan selepas mandi. Tak tahu mana.. kebarangkalian tertinggal adalah sangat besar.. huhu tak tahu siapa utk dipersalahkan.. hehe nak sedapkan hati dah takdir.. nak buat macam mana.. apa yang jadi FAKTA, nasi lemak jadi sedap sb dah tiada pilihan makanan lain..ahakss jgn marah ye cik F, komen dia pasal tertinggal tu kan.. katanya saje dia tinggal sb takut kalau bawak nanti nasi lemak dia tak habis lak.. layankan aje...hehe. Apapun semua selamat mengisi perut sb makanan tu ada di rumah.. PEACE!!

Peristiwa 5:
Ok semua nya sudah selesai.. tiba masa untuk berangkat.. siap2.. segala memori dah tertampal macam gambar2 ni lah.. nikmati durian sebelum tinggalkan Hulu Langat yang best ni. ke Klang hanta cik S - maybe last kot jumpa dia 29 June 2009, flight jam 910am ni dia berangkat ke Auckland, New Zealand - good luck ye!! pergi wat PHD n fikir2 kan lah tentang peristiwa dapat bunga masa wedding Pn. Niza aritu.. supaya orang lain tak lah lama sangat menunggu. SENJA berlabuh.. SEC 07 kembali!!!

** SALAM TAKZIAH (14/06/09-jam 6.26pm) untuk Niza sekeluarga.. Semoga roh Allahyarham Ayahanda beliau ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Al- Fatihah..

Saturday, June 13

Ada Apa Dengan Hijau?


Salah seorang pakar psikologi, Ardatsham, mengatakan

"Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusia sangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlah penelitian dan menjelaskan bahwa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat serta vitalitas kita; merasa panas; atau dingin; atau nyaman; atau bahagia; bahkanbisa berpengaruh terhadap kepribadian seseorang dan berpengaruh terhadap menyikapi kehidupan.

Dan warna bias menjadi sebab relung jiwa yang dalam terpengaruh dengannya. Sebuah rumah sakit pernah mengundang sejumlah pakar untuk memberikan saran bagi warna dinding ruang pasien atau warna dinding rumah sakit, sehingga bisa banyak membantu dalam mengobati mereka. Rumah sakit juga meminta saran tentang warna yang terbaik untuk pakaian pasien. Sejumlah percobaan telah membuktikan bahwa warna kuning bisa membangkitkan semangat di syaraf pusat. Adapun warna ungu bisa membangkitkan ketenangan.

Adapun warna biru, maka orang yang melihatnya akan merasa dingin. Sebaliknya, warna merah maka orang akan merasa panas atau gersang. Dan para pakar tersebut mengatakan bahwa warna yang bisa membangkitkan kebahagiaan, gembira, bersemangat hidup (bergairah) adalah warna hijau.

Oleh karena itu, warna yang utama dan sesuai untuk kamar atau ruang operasi, pakaian para ahli bedah dan pakaian pasien adalah warna hijau. Sebuah pengalaman unik akankami kemukakan di sini bahwa ada sebuah pengalaman yang terjadi di London, Inggris, di kawasan Black Fryer yang dikenal dengan "kawasan bunuh diri" karena mayoritas kejadian bunuh diri banyak terjadi di kawasan ini. Kemudian diadakan perubahan warna dari warna gelap gurun ke warna hijau metalik. Denganhal ini ternyata terjadi penurunan jumlah kejadian bunuh diri dengan sangat signifikan. Warna hijau jugabisa menjadikan pandangan mata nyaman.

Sumber:
Kitab: Ma'a Al-Thib fii Al-Qur'an Al-Karim,dari. Abdul Hamid Diyab, dari. Ahmad Qarquz, Mu'assasah Ulum Al-Qur'an, Dimasyq.

"Ada banyak kata "hijau" di dalam ayat-ayat Al-Qur'an dan menjelaskan akan keadaan penghuni jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, serupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa. Kita mendapati di dalam surat Al-Rahman :

"Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga kepala -pent) di atas bantal-bantal yang hijau dan permadani yang indah"
(QS. Al-Rahman: 76)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau,dan sutra tebal, serta dipakaikan gelang dari perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum mereka dengan minuman yang suci"
(Q.S. Al-Insan: 21)

Friday, June 12

Seminggu sudah berlalu

Assalamualaikum..Lama benar aku tak update entry blog ni..adakah kisah7900 sudah cukup 7900? Jawapannya belum. Emm ahad lepas rasanya post entry.. Sibuk? ish..ish.. dalam kamus hidup aku, aku cuba tidak wujudkan istilah tu lagi..bukan kesibukan yang membataskan masa untuk meng'update' blog ni..tapi disebabkan rutin harian yang memerlukan lebih tumpuan.. Kerja? Alhamdullilah macam biasa dan luar dari biasa, insyallah akan berjalan lancar.. SOP 4/5 ok! hehe.. OJT ...2/5 hehe tak berapa nak ok.. POLY.. 4/5 ok tak? ok jek.. HSE Committee...3/5.

Dah hampir 2 minggu, sekejap nya masa berlalu dalam bulan Jun 2009, emmm macam-macam dah berlaku dan biarkan dia berlalu.. Tadi pagi sebelum ke pejabat si bucuk comel Syaril call aku, tak sabar rasanya tunggu dia datang, Syahmi dengan machonya komen "rasa teruja" ecece pepandai jek anak2 sedara aku tu..apa pun semua sihat kecuali mak aku jek, dah 2 minggu demam dan agak sukar untuk bernafas..Huhuhu.. "Ya Allah semoga engkau bagi kekuatan untuk ibuku" doakan dia cepat sembuh. Ingat nak balik kampung gak tp bila ek? Bila keadaan kesihatan aku pun mengizinkan aku nak balik lah. Rindu kat anak2 sedara aku yang comel2 tu.. dah besar agaknya Sarah n Nasiha.. Mak aku kata abang aku pun nak balik dan nak bawa anak dia dan kakak ipar aku balik Penang dah..huhu tak sempat jumpa lah. Emm apa ceritara seminggu yang lepas ek? Apa saja ceritanya, sudah pasti satu kelainan dan sangat indah untuk di kenang..thanks to all my friends!

Alang-alang ada kat Putrajaya 2-3 hari lalu, lepak umah kwn aku Pn Uyun.. kami g Alamanda .. sebab nak makan Hershey's Sunday.. Aku singgah sementara tunggu dia di 'port' plg aku suka bila sendiri..MPH. Sana gak aku luangkan masa ngn kwn lama - x rumate di Kolej Tun Fatimah - UTM Skudai - lama tak jumpa..byk cite kami.. hehe.. apa yang best tentang dia ni, dia kalau makan maggi rendam sesaat je..sb masak maggi tapi makan masa maggi tu masih ranggup..pelik? tak lah ..itu selera dia.. terima aje.

Peneman ku.. walau pun dia selalu di bebel dan di ugut untuk campak sungai... dia tetap terbaik.. Selain itu, gel pack teraphy kembali menjadi teman.. emm FMS? sukar untuk di fahami oleh orang lain. Hanya yang merasa je yang akan tahu.. Rajin2 senam, ambil susu, katakan TIDAK pd semua yang boleh membawa pada GANGGUAN TIDUR.. Sokongan kawan-kawan yang ikhlas membantu aku ucapkan terima kasih..Hanya Tuhan saja yang bisa membalasnya.

XTVT aku di hari minggu, aku n kakitangan tambahan (ada sorang asyik jahit bunga kat tudung) aku cat bilik aku.. Hehe campuran cat tu menghasilkan 'ini' - komen dari kawan2 aku..Bilik Gerakan PAS ke? Tidak lah ku kisahkan asal hijau.. Kenapa hijau? tungguuuuuuuuuuuuuuu...


Itu je...TQ - Fakta: Kisah7900 (u) adalah BUKAN sebuah kisah klasik untuk masa depan

Sunday, June 7

Ku Pinjam Satu Bintang

Salam...Mungkinkah bila ku bertanya pada bintang-bintang.. Dan bila ku mula merasa bahasa kesunyian.. Sedarkan aku yang berjalan dalam kehampaan.. Terdiam terpana semua dalam keraguan.. Aku dan semua.. Yang Terluka kerana kita.. Aku akan menghilang dalam pekat malam.. Lepas ku melayang.. Biarlah ku bertanya pada bintang-bintang.. Tentang SEMUA.. dalam mimpi yang sempurna..

Dalam seribu pilihlah satu..jadikan ia bintang hatimu..TERIMA KASIH SEMUA.. kerana pinjamkan BINTANG untuk kembalikan BINTANG yg hilang..ahaksss

Terus Melangkah Melupakanmu
Lelah Hati Perhatikan Sikapmu
Jalan Pikiranmu Buatku Ragu
Tak Mungkin Ini Tetap Bertahan

Perlahan Mimpi Terasa Mengganggu
Kucoba Untuk Terus Menjauh
Perlahan Hatiku Terbelenggu
Kucoba Untuk Lanjutkan Hidup

Engkau Bukanlah Segalaku
Bukan Tempat Tuk Hentikan Langkahku
Usai Sudah Semua Berlalu
Biar Hujan Menghapus Jejakmu

Itu je...TQ - Fakta: Kisah7900 (u) adalah BUKAN sebuah kisah klasik untuk masa depan