Monday, June 1

Di Saat Waktu Berhenti...

Salam...hai semua, fuhhh lamanya tak jenguk blog ni..ok sebelum tu terima kasih bebanyak untuk semua..andalah selayaknya!! emmm untuk semua..

A picture is worth a thousand words ...

Syukur ALHAMDULLILAH..Inilah keajaiban yang ada di muka bumi. Semakin kita cuba berusaha memperbaiki diri dan mencari keredhaan Allah, maka semakin luka di dalam jiwa kita akan sembuh. Semakin cerah sinar kebahagiaan dan harapan terhadap diri kita. Apabila kita menemui tujuan asal kita wujud di muka bumi ini, maka, perasaan kebahagiaan akan mula melindungi jiwa kita. Tetapkan satu matlamat berupa ganjaran akhirat, maka kita akan kebal daripada sebarang kekecewaan, kekesalan dan dendam dunia.

Nampak tak bas tu? Kat bas tu ada tulis word NOSTALGIA tau.. klik pada image tu dan u all boleh lihat gambar besar nya.. JANGAN SEMPITKAN FIKIRAN ANDA... lihatlahlah gambar sekeliling bas "nostalgia" tu. Masih ada sinar mentari. Pelangi indah juga muncul. Pulau yang masih menunggu. Lautan langit luas terbentang rezeki dan harapan, yang pasti jalan yang ada tak selalunya lurus, berlikunya jalan itu adalah untuk menguji sejauh mana kita mampu berjalan dan terus berjalan, berlari dan terus berlari. Eh!eh! chup! satu bas ke nostalgia saya ek? hehe... satu gerabak keretapi ada kot.

Ada individu bertanya kepada saya, "Bagaimanakah caranya untuk melupakan kenangan manis terhadap seseorang?"Ini pasti satu soalan yang amat menyedihkan. Kadangkala kita suka atau sayang terhadap seseorang itu, tetapi sayangnya individu tersebut sering menyakiti atau mengecewakan hati kita. Saya kurang berminat untuk membicarakan soal hati dan perasaan, tetapi apabila ada orang bertanya, maka saya akan menjawabnya dengan harapan pandangan saya ini mampu mengubati hatinya yang telah terluka.

Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh.

Dapatkah kita menghilangkan kenangan? Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan. Ini kerana otak manusia tidak berfungsi seratus peratus seperti cakera keras atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar, cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan. Seperti duri yang baru dicabut dari daging, rasa sakit atau derita untuk menghilangkan ingatan atau kenangan terhadap seseorang itu pasti ada. Kita mungkin berasa berat hati untuk melupakan seseorang kerana perasaan sayang yang masih ada. Kasih sayang yang terbentuk itu tidak semestinya hubungan cinta, tetapi mungkin juga hubungan persahabatan, hubungan persaudaraan atau hubungan antara ibu atau ayah dengan anak dan sebagainya. Kenapa kita mesti melupakan kenangan? Ya, kerana kenangan mengandungi isi hati atau perasaan dan kerana itu ia boleh meruntuhkan pertahanan emosi seseorang. Sebab itu, ada seseorang yang tahu atau diseksa oleh kenangan menyebabkan dia menganggap kenangan, cinta atau kesetiaan terhadap perasaan ini sebagai musuh ketat. Hasilnya muncullah individu-individu yang berhati dingin, keras hati dan tidak berperasaan, yang hidupnya cuma memandang matlamat dan kejayaan...THANKS DUKE AMIENA.

KERANA kamu semua...aku berbicara.. melompat lebih tinggi

Emmm apa kaitan gambar ni dengan saat waktu berhenti (saya tak update blog @ entry) ahakkksss...nothing!! Don't worry. Sesaja nak share dengan u all. Agungnya SAHABAT. Kedai makanan, jenama baju, perfume, doa, iklan, kereta, lagu, drama, novel, pakaian..dan banyak lagi lah..banyak sangat yang bertemakan sahabat or friendship...tak lupa ada jugak friendster.com kan? ahhahaha..layankan jugak lah..kenapa ek? Aku tertarik pada motto 1901 ni.. so aku pun capture gambar ni sambil tunggu kawan aku g cucuk duit. Emmmmm apa ek food for friendship? KEJUJURAN, KEIKHLASAN... ketulusan dll.. ye ke? Apa sahaja alasan anda saya terima, hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat. (Anda boleh tinggalkan pendapat anda di ruangan "comments" ahakss!

Bayangkanlah betapa agungnya seorang sahabat.. lihat sahaja pada persahabatan para nabi.. Nabi kita MUHAMMAD SAW.. dalam doa pun sahabat turut menerimanya, apa sahaja doa..para sahabatnya juga akan turut di doakan oleh seluruh umat islam. "Ya Allah! selawat dan restumu untuk junjungan besar kami Muhammad SAW, ahli keluarganya serta para sahabatnya". Mampukah kita?

Itu je..TQ - Fakta: kisah7900 adalah BUKAN sebuah kisah klasik untuk masa depan.

No comments:

Post a Comment