Friday, January 9

PALESTIN..SYURGA MENANTI



SHILA....HARI INI SAYA AKAN LUPAKAN SEMUA YG MENYESAKKAN KEPALA OTAK , PERKARA REMEH TTG SEBUAH PERSAHABATAN YG TIDAK DI HARGAI...KERANA ISU PALESTIN LAGI PERLU DI FIKIRKAN...
Krisis yang melanda Palestine ketika ini pada hemat saya adalah krisis genting yang seharusnya mendapat perhatian semua pihak. Tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun, pokok pangkalnya, kekejaman harus dibanteras. Rejim Zionist dan pihak Israel dengan segala kesialan telah dengan angkuh meragut satu-satunya hak warga Palestine yang masih tinggal - HAK UNTUK TERUS HIDUP. Warga dunia perlu bangkit!

Saya hanya insan kerdil yang tidak punya apa-apa. Tetapi insan kerdil ini hanya punya doa dan air mata yang tidak dapat berhenti daripada mengalir dalam mengenangkan kesengsaraan warga Palestine, kanak-kanak terutamanya. Saya juga hanyalah insan yang terlalu banyak dosa untuk ditanggung tetapi saya masih punya hati yang tidak dapat lari dari merasa sedih dengan apa yang telah berlaku di bumi Palestine.

Kemana perginya kuasa Islam dan kuasa manusia yang punya akal dan rasa? Bantulah bayi-bayi dan anak-anak yang tidak berdosa itu. Ruang terhad ini semestinya tidak dapat membawa apa-apa perubahan. Tetapi, ruang terhad ini saya ingin gunakan untuk membangkitkan kesedaran semua bahawa Israel telah melakukan kekejaman terhadap manusia. Bukan sekadar pada yang beragama Islam tetapi harus juga di ingat bahawa Palestine itu terbina atas dasar tiga agama - Islam, Kristian dan Yahudi. Maka, kekejaman ini juga melibatkan warga Palestine beragama Kristian.

Sampaikan kepada semua dan tingkatkan kesedaran rakan-rakan dan keluarga tentang kekejaman Israel terhadap Palestine. Hentikan pembunuhan kanak-kanak. Saya rayu kepada anda... hulurkan seberapa mampu bantuan kepada mana-mana tabung yang bergerak atas dasar bantuan kepada bumi Palestine. Bantulah dengan apa cara sekalipun... walau dengan usaha untuk membangkitkan kebencian terhadap Israel!

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas insan-insan ini....

Thursday, January 8

HARGAILAH APA YG ADA DLM GENGGAMAN

"satu hari di PANGKOR BEACH RESORT"

SALAM...dicelah kesibukan yg xseberapa ni...sukarnya nk lupakan perkara yg mengecewakan kita ni ek..dr bln 10 lagi..pada ALLAH shj tempat aku mengadu segalanya...DIAlah yg memberikan aku ketenangan disaat kecelaruan.pada aku semuanya kerana sebuah kepercayaan dan kejujuran dlm sebuah persahabatan..sudah hampir 10hari berlalunya hari-hari di tahun hijrah 1430..eh lupa emmm mcm blum ada azam je...hehehe azam aku thn ni ada 7 sahaja..no 7 lagi, mesti no 7 ni sgt istimewa dlm hidup aku.
apapun azam yg aku ciptakan yang pasti aku sgt berdoa pada TUHAN YG ESA dipermudahkan aku dlm sebarang urusan dan redhailah aku....semoga tabah dan berjaya mengharungi semua ni ye shila...hehehe..pikir positif anggaplah semua ni cabaran dlm kehidupan utk mematangkan anda.INSYALLAH!!

Thursday, January 1

salam 2009

"DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN"
mentari muncul lagi?


  • Dapat kerja dlm bidang facilities management= ;)
  • Excellent in english= :(
  • Pergi Sabah = :(
  • Memiliki kereta sendiri = :)
  • Menabung = :0
  • Habiskan bacaan Al-Quran dgn tajwid yg betul(blaja tajwid lah) = :0
  • Membahagiakan kedua ibu ayah n famili :?
  • Jadi sahabat&kawan jjur ikhlas pd insan yg brgelar shbt/kwn :?
  • Nak g umrah :(
  • *2 checlist yg tercatat kat hati je..hehehe rahsia---2-2 blum tercapai dan 1 lagi aku gagal lg utk laksanakannya.
setiap thn ada 10bnda yg cuba aku nk capai..thn ni aku rasa xtahu camne...sb thn baru hijrah yg baru dtg aku sgt mengharapkan sinar bahagia dlm perjalanan hidup aku...
walaupun ada yg tak tercapai..aku sgt bersyukur krn masih diberikan nafas dan kudrat utk harungi kehidupan ini...semoga thn 2009 membawa erti kepada aku.
Doa sy untuk anda semua semoga matlamat,azam atau cita2 anda semua dpt direalisasikan..
YANG PASTI THN 2008 AKU BERMULA DGN CERIA DAN JAYA SEHINGGA PENGHUJUNG ADA SEDIKIT SEBANYAK YG MEMBUATKAN AKU SEDIH N HAMPA KECEWA...namun semua itu adalah dugaan dan cabaran..asam garam kehidupan terima kasihlah pd pengalaman tersebut krn telah mengajar kita erti kehidupan..fasa perjalanan menuju destinasi memerlukan keberaniaan, kekuatan, kebijaksanaan, keprihatinan serta keikhlasan dan kesabaran.
"salam 2009 utk semua"bersyukurlah dgn apa yg ada di genggaman anda sebelum yang HAK menarik balik segalanya...ya allah berilah kami semua kekuatan dan kejayaan dunia dan akhirat.AMINNN...