Monday, July 27

Tujuh Sebelum Lapan

Assalamualaikum.. (eh nk tya le, kalau u all baca blog ni, jawab tak salam?) hehe!! emmm maybe ni entry terakhir utk bln ni, xde mood le nak update..byk benda yg tgh fikirkan (haa.. tingt plak aku baca kat FB emm.. ekek ciri2 org yg lahir 7hb macam aku ni kan..dia kata..dia katalah "dia akan diam apabila sedang memikirkan sesuatu" hehe saje jek nak bgtau.. Agak jugaklah kot banyak benda yang ada dalam kepala otak aku ni yg sedang aku fikirkan n cuba settlekan. Insyallah jelmanya 1 Ogos 09 ni benda yg paling besar sdg aku usaha utk selesaikan sekian lama akan selesai n aku doakan keadaannya akan lebih baik dr hari2 biasa.. (nanti kta cite entry ogos nanti ek) ok ni ada beberapa (byk kot) foto yg nk di kongsi bersama (alahh bukan menarik sgt pun..tp ada aku kisaahh!!) ni kan blog aku, aku nye kisah le.. jgn marah ye nanti kena jual!!

Yiehaaa!!! akhirnya dapat jugak aku makan pulut durian (edisi khas kelantan) yg sgt aku teringin sejak munculnya musim durian ni.. ada jgk yg memahami perasaan aku ni - TQ pd yg jemput n masakkan pulut ni ye!! (emm 3x gak aku dpt makan) wekend ni aku nak masak sendiri nk makan byk2 (banyak ke?)

Hehe!! sb nak capture step masak ikan bakar versi penjara kajang ni aku nye michiko sizuka jd kuning (tak ilang lagi sampai arini sb kena kunyit.. sambil masak sambil amik gambar kan.. hehe aku n member aku abiskan masa masak, makan n tdo je kat umah dia wekend lps, kebetulan ujan plak lg plak, student uitm cuti sb H1N1 kan.. so xde lah bising kat umah dia. Kami masak ikan bakar, resepi ni kwn dia bagi tp.. sesuka hati kami, kami ubah ikut suke2 jek..ptg Jumaat lps blk keja dia ajak aku g psr malam Pdg Jawa beli ikan n bahan2, pepagi masak konon.. hehe kul 245pm baru dpt makan sb masak sikit rehat banyak.. kami mkn nasi putih + ikan bakar + sambal kicap + sayur kangkung + air oren.

Kawan aku kata..mcm menakutkan jek bungkus ikan tu (huhu) semacam jek bila kami letak dia atas penyepit tu, ikan tu tido lena.. apapun sedapppp.. jemput makan!!

Okies ni plak mlm minggu bangun tdo, tgk tv tba2 lapar.. eh macam best jek kalau skang ni kat kelantan kan? emmm teringin nak makan mee celup..Aku ckp jek, kwn aku balas, jom mlm ni kta g Kg Baru.. gilerr best kat situ mee celup, kelantan asli nye mee celup n nasik air, som tam, tom yam pun sodappp.. wowww nak2 lepas smyg magrib jek trus kami g, belasah je jalan.. call sorang lg yg tgl kt Selayang tu ajak join.. dh bgtau Cik Fis nak ajak dia.. bukan nak bawak dia..hehe sb compem dia yg bawak aku..sb nye..biasalah.. tak ingt jalan.

Yeazaaaa!!! ni aku punya pesanan, ramai gile orang.. KUEW TIAW CELUP 1, TEMBIKAI LAICI SATU!!! sedappp tahap gaban.. ni antara makanan yg bila aku mkn akan habis sampai titisan terakhir.. selain CKT.

Makan kerang bakar jugak (teringat kawan baik aku namanya imah, dia suka makan ni kalau g Pt Raja melawat aku di BP dulu2) ALHAMDULLILAH.. kenyang.. nak balik jalan pun susah kenyang sgt.. masuk keta jalan jap jek trus lena (hobi aku.. tdo dlm keta sb tu ssh ingt jalan) baru nak mimpi dorang singgah uptown. Aku ni sinderella kena balik sebelum pukul 1200 hehe.. so kejap jek terus balik. Tamat...

TQ ye Cik N dan Cik P, dpt sy meriahkan blog kalau x, xde gambar best nk buh.. sekali lagi terimalah kasihku.. maybe penghujung puasa atau raya nanti plak kami dapat jumpa. Actually kami g gak mkn CKT Sani tp mls nk buh gambar CKT sb CKT ada entry khas nanti sb dh janji ngn Cik Fis.. Ada aku kisaaahh.. selamat tinggal Julai09.

Wednesday, July 22

Biskut Bantal

Salam..tajuk ku di hari ini adalah BISKUT BANTAL? nape? sb hari-hari aku makan biskut bantal yg dibeli di pasar malam Sg Besi sejak 2 minggu yang lalu.. korang ni tahu ke yg mana satu biskut bantal nye? ( tgk gambar tu) aku suka makan biskut ni sb teringat zaman kanak2 ku hehe..mmg suka beli 10sen satu sukat.. kalau byk duit aku leh beli 30sen (masa tu) aku bawak g ngaji quran tak pun bawak g surau bila sembahyang terawih, pastu bila org smyg terawih, aku n kwn2 aku duk mkn2 biskut tu le atas para tempat org letak jenazah utk dimandikan bila ada kematian kat kampung aku..hehe. Sungguh indah zaman kanak2 masa tu..ish2 bkn nk cite psl zmn kanak2 ni sebenarnya..hehe..tersasul plak. Tak silap aku hari ni last hari di bulan Rejab..kan? Tiba Syaaban dan menjelma Ramadhan pulak. Rasulullah Saw bersabda: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan Allah, Sya'ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku" - adakah kesempatan utk kita semua pada tahun ni...INSYALLAH..

Tidak ada cerita khas utk entry ni.. mcm2 ada, utk berita SUKAN, ada yg duk sibuk Malaysia vs MU, aku pun minat MU tp xde lah g stadium tgk, tp utk cite yg ada kaitan dgn MU jgk, aku tertarik dgn cerita FAFAU Hot.Fm dgn si Jaafar hehe yg wat blind date gara2 tiket MU..lawak2 mmg lawak giler..apapun tahniah Malaysia utk score 2-3 (kalah tp tak parah sgt) hehe takziah plak sb score 2-0 utk 2nd games semalam. Untuk cerita POLITIK, dh lama tumpang gembira ialah PAS menang lagi di Manek Urai, Setiausaha sulit Exco Selangor jatuh dr Plaza Massalam..maut, tak lupa DAP Kedah rujuk balik ke PAKATAN, Dato' Chua Jui Meng sertai KeAdilan dan tak lupa hari ni bday PM Dato Seri NTR yg ke 56 (esok tau) ekek!! (best lagu SATU MALAYSIA ciptaan FBI sempena slogan PM kita SATU Malaysia). Cerita HIBURAN hehe yg ni nk share satu jek iaitu Dato' Siti Nurhaliza mng lagi di Anugerah Planet Muzik, Jakarta. Cerita EKONOMI, huhu aku jrg sgt amik kisahh..hehe tp aku kisah gak sikit..KESIHATAN pulak masih dgn H1N1 kan..LUAR NEGARA emm kisah bom di Jakarta - emm dikaitkan dgn Nordin Md Top, sebut nama tu aku teringat arwah lecturer aku Allayarham Dr Azahari (Al Fatihah utk beliau)..AGAMA, semalam khas aku share psl Israk dan Mikraj.. (tak lupa saje je nk pesan..sesapa yg belum habis ganti puasa..bawaklah cepat2 ganti ye, Ramadhan nk tiba dh) okaylah layannnnn..Bye

Monday, July 20

Mengingati ISRAK & MIKRAJ


Salam semua... hari ini 27Rejab1430H kan.. marilah sesama kita cuba ingat kembali salah satu peristiwa penting dlm kalendar islam semoga semua dapat pengajarannya.. satu tarikh penting dalam sejarah Islam di mana umat Islam akan memperingati satu peristiwa agung iaitu Israk Mikraj.

Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.

Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Peristiwa Israk Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Namun, saya begitu tertarik dengan 2 pengajaran pentingdaripadanya iaitu

1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.

Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.

Bayangkanlah jikalau perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi 7 langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah jugakah kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya, akan mengukuhkan keimanan kita dan memperkuatkan rasa takjub kepada kekuasaan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk Nya. Peristiwa Israk Mikraj mengajar untuk percaya kepada perkara ghaib dan percaya kepada Al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan dan penyelesai kepada masalah hidup manusia.

Sunday, July 19

Nak Balik Kampung!!!

Hai..Ahad yg "indah" (ye ke?) layankan aje..ada aku kisahhh!!! kata ibu dgr sahaja cerita hanya kita berdua.. ku amat merindui kamu.. (ibu ku le sape lagi) biasanya kalau dh mcm ni aku rasa mmg aku kena gak balik kg!!

Pagi yang gelap kini sudah terang...nak senja aku g tasik Shah Alam ngn member aku, sesaja sebelum malam yg gelap..ekek!! Ramai betul orang arini, masing2 bawak family beriadah...Indahnya ciptaan Ilahi.. Lepak2 pastu aku ajak dia g Pasaraya Bintang (hehe) kitaorang g satu kedai kat situ (kedai apa ek?..hahahaha..lawak2) before balik umah g isi perut a.k.a makan malam le esok nk puasa kan, layan char kuew tiaw lah apalagiiii...


Saje baru nak share dengan semua, ni gambar masa mak dan rombongannnya datang sini, sb aku xbalik ke mak aku dtg..hehe terbalik lak..hehe..tak pelah yang penting "I miss u mum". Nampak tak kura-kura kecik tu, macam Dori dan Tuna tp spesis lain..yang ni harga dia mahal sikit compare dgn spesis Dori n Tuna..RM100.00 seekor tak kira size, comelll dan unikkk, spesis ni tak duk dalam air n makan kangkung dan salad, makan 4 kali sehari..seawal pagi sarapan, tgh, petang dan malam before tidur.. comelll..

Okay, layankan kisah aku dan lagu utk minggu ni (sorry to Ana Ben, lagu Harus Memilih dh tamat, Seindah Biasa pun tamat gak, ni layan kisah n lagu ni plak eh) hehe..

Saturday, July 18

Pergi

Salam..hari ni baru berkesempatan tgk blog, ikutkan xde mood pun nak update, tp sebab kebosanan sorang kat rumah layan kan aje, bgn pagi td aku masak sarapan, kemas rumah, basuh baju tak lupa tukar cadar..dh seminggu basuh tp belum pasang.. (lama betul aku tak blk umah) 3 hari lps aku kat rumah kwn aku di Putrajaya n BTS, kebetulan ada kerja kat sana so aku malas nak blk, membazir duit jek, bayar tol n minyak (claim dah 8 bulan tak dapat) kalau mcm ni berterusan setahun sekali dapat claim mmg parahh!! Plan nak cari keja lain. Chaiyok2!!

Tengoklah pokok kesayangan aku ni, dh separuh mati huhu (kuning n hijau jadiknya), aku ckp kt Cik Fis, pokok pun dh nak mati sakittt, pokok pn jd tak semangat nak hidup, kesian2. Syukur Tuna n Dori dh tak de kalau tak dia pun jd mangsa keadaan aku.

Sebenarnya dh hampir 8 bulan aku tak de roomate, sedar tak sedar dah nak masuk setahun, tp 3 bln lps maknanya aku xde housemate sb aku pun dh pindah bilik..hehe (bilik gerakan PAS) yang pasti ni aku baru balik dari tampal iklan nak sewakan bilik kat umah aku (sesapa ada nak sewa boleh hubungi..hehe) atas sokongan kwn2 aku gagahkan utk berdiri sehingga hari ini .. harap bulan depan aku dh dapat housemate baru, boleh meriahkan semula rumah ni.. pagi tadi aku kena makan bubur nasi lagi (2 hari lps aku sakit perut hehe bukan aku jek, ada lagi 2 org..haha) hari ini bukan sb sakit perut tp sakit bahagian kt pipi dekat gusi yg last plak..huhu nak menguap pun sakit, leher pn jd sakit, td dh g klinik, tak plan pun kebetulan nak g hantar brg unty aku dia xde kat umah plak sb g hantar kucing dia klinik, kena batu karang. Katanya dia terus g amik uncle kat klinik Sek 2, alang2 masuk jumpa uncle suh dia check kenapa dgn leher n gusi aku, dia kata xde pape just ulser.. byk kan minum air, pastu g lunch sesama n balik.

Fuhhhhhhhhh lagi 5 bulan, 2009 nak berakhir, bulan dpn gak aku tamat kontrak kerja.. Insyallah pelangi akan muncul, yang penting kta kena usaha untuk memastikan saki baki tahun 2009 ni bererti, bulan depan Ramadhan datang lagi.. bestnyaaaaa!!! Isnin ni Israk Mikraj.. Selangor tak cuti ye!! Alamakk isnin ni ofismate yang selalu teman aku kat opis iaitu Cik L dh xde, dia dpt kije baru kat Subang Jaya..miss u n good luck.. Rindunyaaaaaaaa dgn kampung ku pulak, plan nak balik ni..tak sabar rasa. oklah tak best cite entry ni sb tu mls nk update.. bYE..BYe

Monday, July 13

Seindah Biasa

Assalamualaikum..lamanya x upadate entry.. nape ek? hmm cuma satu "Disaat Waktu Berhenti" so bicara kisah 7900 pun xde sb "Bicaranya Adalah Senyum" nak cite apa pun tak pasti, oklah utk tidak menghampakan mereka yang nak tgk gambar masa konsert SATU - DSN, ni aku publishkan (bising le asyik tya jek) bukan tak nak letak, gambar nye xde kan kamera Michiko Sizuka anta repair.. frusttnyeee belum habis ni, sb tu sampai arini wat senyap jek psl konsert tu.. yang pasti mmg best!!!

Di kala luka terlalu dalam
Sembuhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Tiap bicara manis
Memujuk dan merayu ku
Tak usah berlalu
Dan merajuk bawa hati pilu

Keikhlasan hati ku
Bukanlah untuk di balas
Cukuplah sekadar
Jadi kenangan waktu berjauhan

Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini

Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisar kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan

Tengoklah camne nk amik gambar .. penuh sesak.. sitizone mmg buat org lain hampa - diaorang xnak berganjak langsung.. nasib baik lah siti panggil aku g kat tempat dia.. (bukan fakta sebenar) hahaha.. saje je buh lirik2 lagu siti yang aku suka dgr..apa yg dpt bgtau, CT mmg cun, sweet, sopan n baik hati, seorang yang sgt komited dgn apa yg dia lakukan, usaha gigih dan yang pasti dia bijak menciptakan dirinya menjadi EKSKLUSIF!!!!! dan dihormati semua orang..Ok semua..bye!


Wednesday, July 8

Tag lagi?

Uhuks.. ada aku kisah? Tak tahu nak buat apa mata belum mengantuk, kebetulan Cik Fis tglkan BB dia, aku guna jap.. nak story apa pun tak tahu, aku belek2 blog entry aku yg lama2 huhu rupanya dh 6 bulan aku jd blogger, baru jek tu.. bila baca2 semula, Ya Allah cepatnya masa berlalu, tp ceritaku.. arggghhh tentang cerita yang masih sama ke? Emm apa ek..Layankan tag ni lagi baik, update entry dgn tag ok jugak kan? ada aku kisah..(elehhh ckp je tak kisah, tp pk jugak) ye pk mesti pk, kalu tak pk maknanya mati dh kepala otak tu..hehehe

* Bekas kekasih saya adalah.. [Mohd Faznie Hafizie Mohd Yusuff - nah amik!! nama penuh lagi dh kawin!!!]
* Saya sedang mendengar... [Org mengaji kat IKIM.FM - teman tenangkan hati]
* Mungkin saya patut.. [Lupakan mulan...]
* Saya suka... [ ada kawan leh borak-borak]
* Sahabat-sahabat saya... [sentiasa cuba menggembirakan sy jika sy sedih]
* Saya tak paham... [nape saya kena duk HQ - jaga quality assurance - sdgkan sy janji pd diri sy utk jd FM - camne sy nk jd FM - apa patut buat?]
* Saya kehilangan.. [kawan baik yg selalu temani sy makan, tido, gaduh, shopping, lepak, blk kg etc..]
* Ramai yang berkata.. [lupakan kisah sedih - life must go on]
* Cinta itu adalah... [kasih sayang]
* Di suatu tempat, seseorang sedang... [sedang apa ek.. ntah- maybe ada yg sdg tidur dh waktu2 camni]
* Saya akan cuba... [hehehe..adalah..soalan tag ni jwb dlm hati je]
* Ayat SELAMANYA membawa maksud.. [apa jadi pun ttp bersama]
* Telefon bimbit saya.. [kaler pink]
* Bile saya terjaga... [tgk jam n setkan pale otak jgn pikir lg perkara semalam, tp huhuhu slalu gagal]
* Saya paling meluat... [org yang suka marah pd sy disbbkan dia bengang ngn org lain]
* Pesta/parti adalah [emm makan2 epy2]
* Haiwan yang paling comel penah saya temui... [mestilah si tuna n dori (kura-kura sy)]
* Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah... [hehe.. seronok semua tak kira peringkat -harap2 dlm berseronok sy tak lupa pd Allah]
* Hari ini.. [aku update blog seawal hari pada 080709 - so tak tahu lg apa ttg arini]
* Malam ini saya akan.. [tido dgn nyenyak n lupakan ttg itu]
* Esok pula saya akan.. [g opis siapakan OJT]
* Saya betul2 inginkan.. [lupa pd kisah klasik utk masa depan, pindah rumah dan pindah tempat kerja]
* Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini.. [x tgk cermin lagi, nk tido jap lg sikat rambut n tgk cermin - rambut sy byk gugur]
* Pusat membeli belah atau arked permainan... [tempat untuk menghabiskan duit....]
* Makanan barat atau jepun.. [nak nasi kerabu jugak - timurr]
* Bilik yang terang atau gelap.. [of course la gelap...tak suka terang sgt penat pale otak n mata aku jdnya]
* Makanan segera adalah... [burger]
* Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang.. [ok bye2.. hati2 bawak keta]
* Siapa yang anda ingin tag.. [sesapa yg baca tag ni, kalau x tahu nk publish ketne bg copy aku buh kt blog ni tumpang jap]

Wednesday, July 1

Julai Menjenguk

Salam semua.. haa sedar tak sedar (aku sedar je) dh masuk bulan Julai atau dgn kata lain bulan bape anak-anak? bulan tuuuujuuuhhh (07) ehemm tahun bape? tahu 2009 (09) so 0709 - menghampiri 7900 tak? camni lah.. hidup kita cam ni lah.. haaaaaa (tarik nafas lega ke lelah) entah lah.. dua hari tak menjenguk dunia cyber.. aku ada training (Safety and Health) - tak payah lah ek cite psl training.. conclusion jek - ianya menambahkan ilmu di dada..Alhamdullilah.

5 minit yang lalu (1155mlm) skang 1205am (010709) td aku n Cik Fis g The Gardens jap amik Michiko Sizuka.. dh ble kuar wad - epy sgt - TQ Fis teman sy.. balik umah layan blog emm fikir2 bgs jugak update entry ek..esok aku sgt lah sibuk (eh eh mana ada istilah tu kan dlm hidup ku..lupa lak) kepadatan waktu utk selesaikan amanah dibahu.. haaa kan sedap sikit bunyinya..Aku suka je nanti tak lah jiwa ku kacau sgt.. (seriusly aku sgt benci pd keadaan "saat"ini) kalau tanya kenapa, mengapa nanti seolah menyalahkan takdir sb itu semua melibatkan masa, masa adalah ciptaan Dia Yang Esa.. sb aku dh janji dengan semua no more sad, no more jiwa kacau..so telan sorang2 lah ek.. hehehe..Blog aku ni pun dh dilarang sama sekali utk itu.. STOP thinking about that!! Dulu aku fikir ada blog ni, sbg tempat aku luahkan apa sahaja yang aku rasa, tp.. skrg tidak lagi.. aku nak share yang epy jek n kiasan kesedihan serta tekanan hanya org2 tertentu je ble faham kalau baca (ok lah tu) hehehe.. alahai sng jek time smyg n doa, tikar sejadah adalah segalanya.. yassin adalah segalanya.. kerana DIA adalah segalanya.. dan untuk Julai aku mengharapkan sesuatu yang indah dari Jun..070709 ada apa pada date tu, arghhhh entah!!! Perlukah kita perhambakan diri pada sebuah persahabatan yang telah dikhianati secara senyap dan penuh tragis (jiwang karat - smile)

Lepaskan - Tinggalkan ia di satu anak tangga yang akan dijejak oleh masa, nasibnya belum tentu.. hari ini hari dia entah esok entah lusa hari itu akan menjadi milikku.. so mulakan 010709 dgn Bismillahirahmanirahimmm ..


FAKTA : 0207009 - Johor Bharu - 030709 mak aku dtg - 040709 sukan RMSB -060709 huhu mak aku balik daa - 070709 pembentangan projek di Heritage Tower - 070709 Friendship Anniversary M&P - 150709 -Internal Audit Operation and Management - Julai Besday Dr Aeslina- Sydney (miss u Es)