Saturday, January 29

Senyum


Tak perlu kata apa2...lagi kurang lebih 60 hari sy harus tunggu

Mengharapkan semua yang terbaekkk... ok sya mahu menonton Kelantan ke Selangor? Piala Sumbangsih

Maka, Sekian Terima Kasih

Di Fikir-Fikir : Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Sunday, January 23

Maka...


Secara rasminya sy bersedia utk perkenalkan CINTA lama saya yg telah diberi nafas CINTA baru di tahun 2011...sblm apa terjadi hehehe..nk ucapkan TERIMA KASIH kt kwn aku Uyun and Anuar..thanks beb for your offer..huhuhu..kalau x aku rasa aku x beli lg kot skate ni..Thanks so much.

Secara x langsung kami juga akn terlibat dgn kerja-kerja amal utk Breast Cancer...sb tu kt inline skate a.k.a rollerblade kami [women] ada pink ribbon..NICE


Keberanian sgt diperlukan..aku fobia dh sikit utk jatuh sb skang dh tua kan..hehe

Luv it

Belum pasti nk namakan apa..

Maka, Sekian Terima Kasih.

Di Fikir-Fikir: Take 100% respomsibility - you determine ur success, decide wat u want - then make it happen and lastly BELIEVE its possible - because it is.

Hampir Tergolek


Hai..sukar utk di "taip" untuk mnggambarkan psl SNS smlm..mmg best..900pm dh ramai (64 orang semuanya) yg berkumpul dpn Bulatan Masjid Putra, Putrajaya. Misi adalah satu..skate n enjoyy.

Semua penerangan dh jelas maka....... fuhhh 6km kami skate sesama start from dpn Masjid..susur ke tepi ~ dan terussssss smpai ke Palace of Justice n terusss semula n balik ke Masputra.

Pro n kurang pro..hikhik

K2

Sebelum kejadian bermula

Park here..
me
Atr3 n me
Penyelamat keadaan tiap kali stop utk take a pic..huhu

Paling x ble nk ingt time kena turun bukit, ingt landai biasa2 je...huhuhu..kawan aku dh pesan jangan laju..aku xlaju pun, cuma salah skill ~ aku bongkok kan badan..masa tu x ingt apa dh, hanyalah FOKUSSS n syukur ada yg dtg selamat kan, x pasti sape tp from Skateline, dia ckp..push me...push me..dont panic..push me okay..huhu..hahaha mmg x leh nk ckp lah camne lajunye...kalau x dpt kawal mahu muka aku berasap seret tar...kwn aku yg agak pro sorang tu..cuba lajukan skate dia konon2 nk selamatkan aku, hehe rupanya ngn dia sekali tersasar, but Astrie mmg pro dia lajukan skate n suruh aku pegang kt dia, so ada 2 yg tlh mnyelamatkan keadaan aku. [adik2 kenit tu slumber je turun bukit, seusia 5 thn, keberanian dorang mmg giler arr]

Lps je trun bukit aku mmg dh x larat nk teruskan tp gagahkan juga..akhirnya bila Benie ckp 6km kta dh skate...fuhhhh lega, best, enjoy, ilang semua stress keje..Mmg best.

P/s: nti ada masa aku upload gambar masa SNS kat entry ni jugak.

Maka, sekian Terima Kasih

Di Fikir-Fikir : Kejayaan yang besar adalah dari usaha yang hebat.

Karim Dah Mati


Huhuhu..pepagi ni nk bg Karim makan, tgk2 aikk? diam je..x kan tido kot. Rupanya Karim sudah mati..x panjang umur dia, adakah aku x menjaga dia sepenuh kasih dan syg atau ajal nya sudah tiba? Genap sebulan aku bersama Karim..23 Dec 2010 born at Uptown Danau Kota untill 23 Jan 2011. Miss u Karim.

Yang pasti Karim tiada kaitan dgn Karim @ RHB Investment [kwn opis Seng]...pemergian Karim tingt plak kt sekumpulan "kawan" Karim yg dh pergi..hhuhu..Bye Karim. Sori n TQ.

Maka, Sekian Terima Kasih.

Di Fikir-Fikir : Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berbincang-bincang di tepi sungai. Kata Ayah kepada anaknya, "Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa air kita semua akan mati."


Pada saat yang bersamaan, seekor ikan kecil mendengarkan percakapan itu dari bawah permukaan air, ia mendadak menjadi gelisah dan ingin tahu apakah air itu, yang katanya begitu penting dalam kehidupan ini. Ikan kecil itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, "Hai, tahukah kamu dimana air ? Aku telah mendengar percakapan manusia bahwa tanpa air kehidupan akan mati." Ternyata semua ikan tidak mengetahui dimana air itu, si ikan kecil semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air untuk bertemu dengan ikan sepuh yang sudah berpengalaman, kepada ikan sepuh itu ikan kecil ini menanyakan hal serupa, "Dimanakah air ?"

Jawab ikan sepuh, "Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu bahkan tidak menyadari kehadirannya. Memang benar, tanpa air kita akan mati."

Apa erti cerita tersebut bagi kita ?

Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan kecil, mencari kesana kemari tentang kehidupan dan kebahagiaan, padahal ia sedang menjalanin ya, bahkan kebahagiaan sedang melingkupinya sampai-sampai dia tidak menyadarinya.....

Kehidupan dan kebahagiaan ada di sekeliling kita dan sedang kita jalani, sepanjang kita mau membuka diri dan pikiran kita, karena saat untuk berbahagia adalah saat ini, saat untuk berbahagia dapat kita tentukan.

"Being happy can be hard work sometimes, it is like maintaining a nice home, you've got to hang on to your treasures and throw out the garbage."

"Being happy requires looking for the good things. One person sees the beautiful view and the other sees the dirty window, choose what you see and what you think."

"Right here, right now, from here until tomorrow"



Saturday, January 22

SNS @ Putrajaya


Hai..Hai!!
Hehe..x sabar rasanye
Nak join Skateline Malaysia for Saturday Nite Skate malam ni
Harus sabar
Yea mesti sabar
Hihihi..semalam dh melayang dan layangkan semua stress keje kat Putrajaya
Join my fren skate a.k.a skodeng hikhik
Malam ni 9.30pm to 12.30am (esok)
Ikutkan malas nk update cite xtvt 2011 psl skate
Bukan apa, ada yg slh faham nti
Ermmm ...
Cakap2 tepi selalu mengaitkan
1) Main ni x sesuai dgn perempuan - MITOS - kenapa ada jual inline skate for WOMEN -FAKTA
2) Main skate ni zaman kanak2 - MITOS - dulu masa2 kecik2 aku dh join bnda ni -FAKTA
3) Nampak x manis org perempuan skate -MITOS - apa cer plak xtvt x berfaedah lain - FAKTA

Tolak tepi cakap2 tepi tu, kami bukan berxtvt GANAS, just skate for health, skate for realese tensen, skate for somthing yg brfaedah.

Saturday Nite Skate - DEC 2010

Enjoyyy!!!!


Apapun yg kita lakukan, pastikan ia tidak menyalahi apa saje yg perlu kita patuhi..POSITIF okay? Dari xde wat pape hujung minggu jomlah join kami. Bye.

Maka, Sekian Terima Kasih

Di Fikir-Fikir: Stop looking at what's wrong, and instead start looking at what's right about yourself, others, or any situation in general. Nothing or nobody will ever be perfect, so why not just enjoy it to the fullest? Life is too short and time flies. Make an effort to see the beauty in everything before it's too late.

Thursday, January 20

Tak Suka


Apa yg x sukanye plak...huhu

Keje KL n tgl KL.. sabar..sabar..sabar... setahun je. Nak g memana dh lah membosankan dgn traffic, nak g yg dekat pun jd lama, g yg dekat klu best xpe gak.. ni serabut je..bunyi bndr segala KL, tp aduhaiii sungguh x proper smua kdai2 kt sini, park je keta kena taik burung, park tepi2 byk paku...membangun ke apa gini. Baik balik KB, macam pekan koboi je rasa. Yang plg bosan xde lg tempat yg ble lepak dgn tenang n selamat.. klu sh alam kopitiam berlambak..nk g memana sng je, tenang n sungguh best.



Ok dah!!!!! tu saje .

Maka. Sekian terima kasih.

Di Fikir-Fikir: Kita tidak dapat memperoleh pikiran yang damai kecuali kita dapat berhubungan dengan sumber kedamaian yang ada di dalam diri kita. Damai yang kamu miliki dalam dirimu, dan jika kamu mencarinya di luar, kamu tidak akan pernah menemukannya. – Maha Guru Ching Hai


Sunday, January 16

Tolong Ingatkan Saya


Salam.. Lari topik sikit..bukan gossip Fuhhh tp sesaje.. Semua org sedar skrg dgn kehadiran ANA RAFFALI..dulu xde sape pun heran kt dia. Aku dh lama suka dgr lagu2 dia..sempoi n sgt puitis, dia ni sgt kreatif. Sejak 2 menjak ni dia asyik kena kutuk sb mng AJL 25, sian dia. Entah peminat sape lah yg sanggup buat FB kutuk dia.. semua org berhak utk bersuara n semua org jugak berhak utk dpt pengiktirafan, stendek lah x puas ati artis yg dia suka x mng, dia kutuk lah artis yg mng tu..Apadaaa.. kalau DSN bertanding mlm tu, if dia x mng pun aku rasa aku x kutuk kot Ana ni [tlg ingtkan sy if sy kutuk nanti] hehehe...

Tak payah lah ulas panjang2, nti xpasal2 ada org wat FB anti DS plak..hikhikhik ~ saje je update blog psl Ana Raffali kebetulan tgh baca komen dia dlm paper arini.. dia ni mmg bijak berkata2, sungguh matang dan berani serta penuh makna ~ I LIKE pd Ana keep it up.. [hahaha mcm pengkritik realiti TV x] hehe

Apa yg nk aku share ialah kata2 Ana ini.. [komen sy; awk mmg terbaekkk.. setiap baris kata yg Ana katakan secara x langsung menjadi kekuatan juga pd aku] hehe apa kaitan dowh..kait mengait nya adalah "yg elok jdkan pengajaran yg x elok jdkan sempadan" cthnye kalau g Bali or Phuket jgn mandi pakai bikini hikhik ~ x sesuai !! hahahaha]



" Tidak sesekali merajuk atau kecewa, jauh untuk rasa benci dan dendam, sebaliknya yang lebih jujur adalah terima seadanya setiap kritikan itu meskipun bunyinya teruk. Tiada apa yang mampu saya fikirkan atau dilakukan tatkala mendengar suara itu. Biarlah pandangan dan luahan mereka terus bersuara untuk memuaskan hati mereka.

Individu berhak mengatakan apa saja mengikut deria mereka. Saya sendiri punya pandangan dan ramalan, namun mustahil untuk saya memuaskan hati mereka yang menghukum. Justeru, ubat paling mujarab adalah lepaskan semua perasaan itu dan jangan biar ia melekat kerana akhirnya nanti akan menyakitkan hati.

Namun satu persoalan yang ingin saya utarakan, mengapa perlu meletak semua beban itu kepada saya sedangkan bukan saya yang memilih untuk diangkat? Saya beraksi di gelanggang AJL dengan fikiran kosong dan punya misi sama seperti anak seni lain iaitu memberi sesuatu yang terbaik ke atas naskhah itu.

Luahan rasa dan mainan jiwa saya sendiri. Saya menyusun melodi lagu itu dan membuai setiap bait liriknya adalah diri sendiri dan bukan untuk menerima pengiktirafan setinggi ini.

Melodi dan liriknya adalah kejujuran yang lahir daripada saya. Ia pesanan saya kepada seorang insan yang saya cintai supaya tidak alpa dalam mengingatkan saya jika tersasar jauh daripada prinsip. Ia bersifat peribadi dan akrab dengan saya. Saya bangga dengan kreativiti yang ada sehingga berjaya menterjemahkan melodi seindah itu. "


Maka, Sekian Terima Kasih.

Di Fikir-Fikir : Biar sekuat mana saya ditolak, seteguh itu juga semangat saya memperjuangkan apa yang terpendam di dalam hati ~ Ana Raffali - 2011

Friday, January 14

Dia Datang Lagi..


Salam..lately ni sjk 2011 ni kan..dia muncul semula lah setelah setahun lbih mn ntah dia ilang. Apa patut sy buat..cool beb...relaxxss. Syukur pada Tuhan ats semua pemberiannya.. sedar x sedar hampir dua tahun dh idup aku bebas dr "derita" persahabatan [ errkkk..] kalau rujuk entry2 lama mmg menyedihkan tapi xpe lah simpan saje sebagai sebuah pengajaran.. N3 ni pernah publish tp saje nak buh lagi..kesah..arhhh x pun.

Dalam dunia ni kt tdk m'punyai sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dlm kt bersendirian, kt beruntung ….

Kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita …
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu….
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri…
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…
tetapi kita sering terlupa….

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kt terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga …Kadang-kadang kita terlupa …

sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,

tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu..

RENUNGILAH.. .
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.

Maka, Sekian Terima Kasih.

Di Fikir-Fikir: Ini adalah nasihat dan renungan utk diri sy..xde kena mengena dgn sesape pun..harap maklong.

Wednesday, January 12

Selamat Nite..hikhikhik



Salam..hari ini saya bebas dr FB, maka sy brkesempatan layan BLOG..hehe..apa yg nk sy ceritakan pun sy tak tahu, kusut sikit rasanya, kerja mcm biasa tahap papa mama gaban bz nye, ermmm satu yg buat jiwa agak "kacau" sikit...tp nak senyum je rasa...aduhaii mslah jugak camni.

Tak sabar rasanya nk tgu cuti CNY, harap2 ada tiket..aku dh suruh Gee belikan tiket aku n dia sekali tuk blk sesama..maklumlah x biasa dh naik bas kat hentian Putra, sejak duk KL sejak keje ni mn penah naik bas sana tuk blk KB, dulu2 naik kt Shah Alam xpun LCCT..skang kene blaja g PUTRA ngn public transpot dh le..huhu.. sb xde org nk amik anta lg, lagipun KL ni xde maknenye nk blk bas jam 830pm baru nk kuar umah jam 800pm, ni bukan seksyen 7 ke seksyen 17..ni KUALA LUMPUR, harus hadap dan rasa kemanisan pati jem stroberi KAY ELLL dulu..fufhfufhfufhfuhfu...tu yg aku x gemar tu, papepun sabarrrrrr.

Rindu dowh lama giler x blk kg, dr 16 Sept 2010 smpai skang. Lama kan? huhuhu, nk amik flite pn mahal sgt, dlm 300 baik aku amik duit tu kasik mak aku, ermmm naik bas jelah, sb cuti pun xtahu dpt x...plg2 busuk pun x dpt aku burn 90 hengget je, tiket bas..huhuhu nak nangis rasa nk abiskan 6 bulan tempoh tahanan ni..huhuhu

Ok lah malam sudah makin malam...nak layan lagu2 kt radio pun mls, buku pun baru bab 4 abis, tgulah sambung semula..malam sudahhh ~ good nite...huhuhu nite? sudah eh? ooopsss

It is time for bed... I need to get on my knees and thanks ALLAH for another day. As I put my head on my pillow for another night's slumber, I ask myself... Did I do everything I could today, to make this day the best one yet??

  • Adakah sy dh call mak n ayah sy tya keadaan mereka arini?
  • Adakah sy sudah siapkan keje2 opis yg urgent n perlu utk hari ini?
  • Adakah sy telah menolong org yg minta tlg pd sy?
  • Adakah sy sudah maafkan sesape yg telah mnyakiti sy arini?

  • Adakah sy juga telah memohon maaf pd mereka yg sy sakiti arini?
  • Adakah sy sudah makan apa yg sy nak mkn arini?

  • Haaaaa plg penting adakah sy sms CINTA hati sy arini..hahhaha...x masuk akal le entry camni..hihi..apapun sy sgt rindukan DIA.

Ok, I think I can go to bed now because I answered, "yes" to all of my questions.

Goodnight!

Maka, Sekian Terima Kasih.

Di Fikir-Fikir : Kalau ikhlas x minta berbalas...serahkan cintamu pada yg punya cinta ~ ooowhhh i miss him very2 much...tettttt.....

Sunday, January 9

Bila Bosan


Hahaha..ni lah bila ada yg sgt bijak matematik ada ngn aku..hehe Cik F-F yg buatkan ikut buku yg baru aku beli kihkihikih...JANUARI 2011 sy dh ada dua buku, satu ada org bg adiah besday..TQ Cik F..suka sgt buku tu.

Sekadar rujukan saje ye

Keputusan = SERASI..hehehe

Di Fikir-Fikir :Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Andai Hari Esok...


Salam..cepatnya masa berlalu, esok dh 10 hari 2011 menjenguk. Cepatnye rasa..al maklumlah rutin harian aku skang berubah hampir 90%, nak tak nak..semua dh dlm gengaman, so tabahkan hati, kuatkan semangat. Jalankan apa2 yg telah dikendong ini sebaik mungkin, usah dikejar yg belum pasti..doakan ini yg terbaik, smpai masa, murah rezeki adalah nanti.

2011 - selalu org ada azam baru. Tapi tahun ni aku berazam utk selesaikan semua AZAM yg tahun2 lepas yg blm trcapai..cecece konon.. apa azam? ce cite ce cite ce cite.. hehe. Eh ni entry pertama KISAH7900 utk 2011 kan..doa byk2 semua akan lebih baik dr tahun lepas. Aminnnn. So apa azamnye? azamnye azam yg lps2 lah yg belum siap..hikhik

Hari tu plan nk update summary 2010 tp x sempat, arini ble lah layan jap mana2 yg tertaip..lain2 utk simpanan peribadi saja..kesah? tak pun.

2010 - yup yup apa yg best? ermmm kira oklah...azam yg mampu dilaksanakan. Alhamdulillah dgn izinNya berjalan lancar..apa? ce cite ce cite? hahahaha.

Yg plg x sangka hehe SHILA sekuat ini..kihkih..menghadapi dugaan dlm pshbtan yes yes yes sy bjaya buangkan kesedihan itu jauh2. ALHAMDULILLAH..syukurrrr.

Lain2 ermmm ble lah antaranya TUKAR KERJA...n thn 2010 jgk aku dapat tawaran keje dr UMW, walau aku tolak tp impian tercapai utk membuktikan aku juga layak berada dlm senarai calon yg berjaya / layak masuk ke UMW TOYOTA..walau aku bukan seorang JURUTERA..hehehe. ALHAMDULILLAH..x join pun xpe asal penah dpt offer dr UMW, interview berjaya, ujian IQ berjaya, berjaya ketepikan calon2 dr lulusan LUAR NEGARA..kira aku x lah "xlayak" sgt..bak kata seorang dua orang makhluk tu..sesedap mulut je...kalau dikenang ni sedih tp life must go on. Cabaran harus di sahut.

Yang ni plak bukan AZAM tp AZIM secara paksa rela, aku pindah RUMAH..huhu, walaupun syg nk tglkan Shah Alam yg damai tu tp apakan daya jauhh le ulang alik kije, fuhhhhhh bertapak di KL...x pernah ku pikirkan. Harap ini x selamanya, sb sy x suka kehidupan harian sy di kota KL ini, byk buang masa di jalan raya [boleh gitu] hehe bukan apa kalau ada rezeki sy mahu pindah kerja kalau boleh sy nak cuba utk join 1 lg company idaman sy, utk majukan diri dlm kerjaya FACILITIES MANAGEMENT ni iaitu PLUS ~ yup sy cuba utk join camne prospek FM dr segi fasiliti "LEBUHRAYA" plak.

Ada lagi? Alahhh ermmm tu jelah lain2 xyah lah taip kat sini, kita simpan sebagai satu KENANGAN YG TERINDAH.

Maka, SEKIAN TERIMA KASIH.

Di fikir-fikir : "Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Saturday, January 1

DBE - Berkaki Baru



Perkara pertama aku nak buat masuk tahun 2011 ialah tukar tayar kereta. Ni je kesempatan yg ada sempena cuti tahun baru..pepagi lps sarapan aku n cik F g Klang [dh agak kdai yg achik kenalkan tu ttp ahad tp g jugak] hehe sb nti xtau nak g bila dah.

Ini tujuan utama ~ tukar 2 biji tayar depan..tp dlm hati ada niat lain...iaitu
mau tukar itu rim le..hehe saje2 survey2..survey punya survey nahhh amikkk


Ini yg dapat....huhuhu seriusly terdiam sekejap, tp apakan daya salah sendiri. Nak marah pun xguna walaupun mmg rasa nak marah dgn owner kedai tayar [bukan tmpt aku tukar]. Nilah hasil aku tersodok meter air syabas kedai tayar huhuhu...dh mcm kopok bunyi nye..tgk2 aduyaiiii keta aku..abis bumper, ingt ble g skru je sekali dh patah tulang dalam..hehehe..MAKA dgn itu pendirian secara automatik "TETAP" ...xnak tukar rim..hihihi tukar tyr je..mau nk duit lg ni nak tukar bumper..huhuhu...akhirnya bumper ni di ikat saje utk sementara waktu asal x jatuh kt jalan sudahhh..hihi..SABARRRR

Yup yup yup..tingal angan2 saje..lenkali lah ada rezeki kta tukar huhuhuhu

Yeahhhh biar lah skima pon asal selamat utk di pandu.

Setia disini..terima kasih pet sb sudi teman smpai petang huhuuu...sian dia.

Dari jauh nampak cam SX4 je..hehehe...

Asal nye bajet x le camni..lps pilih tyr, OK ..pastu Rim plak bengkok OK betulkan RM **.**/pcs, lps tu chamber plak bengkok..OK tukar RM***.** aduhhh lari bajet..[saje xnk tulis kos sebenar sb nti ada yg akan komen..eh apasal mahal..org tukar murah je...eeee berasap je mak cik dgr] huhu tu lah naik keta main terjun je lubang..huhu lps ni akan jd pemandu berhemah dah.

Hahaha semua kena betulkan dh..

Buat lah apa2 pun asalkan selamat bila sy memandu..hehehe

Sengehh je lah....itu lah inilah semua nak tukar...hihiihi..last2 tya ada lagi?
apapun disini sy pun belajar sesuatu yg amat berharga..TQ

Oklah, Maka Sekian Terima Kasih

Di Fikir-Fikir : “Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.”


~ Salam 2011 ~


Salam..

Closing a chapter in your book of life states that you have grown in certain areas of your life. It shows you that you are ready for some new challenges & new growth. You may experience some pain and memories, but the pain and memories have now turned into wisdom.

So now, apply your new growth, new challenges, and wisdom to another chapter of your life and create new memories........... luv shila

Today is a new day... a day of excitement and adventure to accomplish things I have dared to try. Today is a day that I can wipe the slate clean and start all over... forgot about the troubles of yesterday, and welcome the happiness of today. The sun is shining bright, the air is clean, and I am alive to do whatever I please.
Thank you God, for another day... luv shila