Sunday, January 16

Tolong Ingatkan Saya


Salam.. Lari topik sikit..bukan gossip Fuhhh tp sesaje.. Semua org sedar skrg dgn kehadiran ANA RAFFALI..dulu xde sape pun heran kt dia. Aku dh lama suka dgr lagu2 dia..sempoi n sgt puitis, dia ni sgt kreatif. Sejak 2 menjak ni dia asyik kena kutuk sb mng AJL 25, sian dia. Entah peminat sape lah yg sanggup buat FB kutuk dia.. semua org berhak utk bersuara n semua org jugak berhak utk dpt pengiktirafan, stendek lah x puas ati artis yg dia suka x mng, dia kutuk lah artis yg mng tu..Apadaaa.. kalau DSN bertanding mlm tu, if dia x mng pun aku rasa aku x kutuk kot Ana ni [tlg ingtkan sy if sy kutuk nanti] hehehe...

Tak payah lah ulas panjang2, nti xpasal2 ada org wat FB anti DS plak..hikhikhik ~ saje je update blog psl Ana Raffali kebetulan tgh baca komen dia dlm paper arini.. dia ni mmg bijak berkata2, sungguh matang dan berani serta penuh makna ~ I LIKE pd Ana keep it up.. [hahaha mcm pengkritik realiti TV x] hehe

Apa yg nk aku share ialah kata2 Ana ini.. [komen sy; awk mmg terbaekkk.. setiap baris kata yg Ana katakan secara x langsung menjadi kekuatan juga pd aku] hehe apa kaitan dowh..kait mengait nya adalah "yg elok jdkan pengajaran yg x elok jdkan sempadan" cthnye kalau g Bali or Phuket jgn mandi pakai bikini hikhik ~ x sesuai !! hahahaha]



" Tidak sesekali merajuk atau kecewa, jauh untuk rasa benci dan dendam, sebaliknya yang lebih jujur adalah terima seadanya setiap kritikan itu meskipun bunyinya teruk. Tiada apa yang mampu saya fikirkan atau dilakukan tatkala mendengar suara itu. Biarlah pandangan dan luahan mereka terus bersuara untuk memuaskan hati mereka.

Individu berhak mengatakan apa saja mengikut deria mereka. Saya sendiri punya pandangan dan ramalan, namun mustahil untuk saya memuaskan hati mereka yang menghukum. Justeru, ubat paling mujarab adalah lepaskan semua perasaan itu dan jangan biar ia melekat kerana akhirnya nanti akan menyakitkan hati.

Namun satu persoalan yang ingin saya utarakan, mengapa perlu meletak semua beban itu kepada saya sedangkan bukan saya yang memilih untuk diangkat? Saya beraksi di gelanggang AJL dengan fikiran kosong dan punya misi sama seperti anak seni lain iaitu memberi sesuatu yang terbaik ke atas naskhah itu.

Luahan rasa dan mainan jiwa saya sendiri. Saya menyusun melodi lagu itu dan membuai setiap bait liriknya adalah diri sendiri dan bukan untuk menerima pengiktirafan setinggi ini.

Melodi dan liriknya adalah kejujuran yang lahir daripada saya. Ia pesanan saya kepada seorang insan yang saya cintai supaya tidak alpa dalam mengingatkan saya jika tersasar jauh daripada prinsip. Ia bersifat peribadi dan akrab dengan saya. Saya bangga dengan kreativiti yang ada sehingga berjaya menterjemahkan melodi seindah itu. "


Maka, Sekian Terima Kasih.

Di Fikir-Fikir : Biar sekuat mana saya ditolak, seteguh itu juga semangat saya memperjuangkan apa yang terpendam di dalam hati ~ Ana Raffali - 2011

No comments:

Post a Comment