Friday, January 14

Dia Datang Lagi..


Salam..lately ni sjk 2011 ni kan..dia muncul semula lah setelah setahun lbih mn ntah dia ilang. Apa patut sy buat..cool beb...relaxxss. Syukur pada Tuhan ats semua pemberiannya.. sedar x sedar hampir dua tahun dh idup aku bebas dr "derita" persahabatan [ errkkk..] kalau rujuk entry2 lama mmg menyedihkan tapi xpe lah simpan saje sebagai sebuah pengajaran.. N3 ni pernah publish tp saje nak buh lagi..kesah..arhhh x pun.

Dalam dunia ni kt tdk m'punyai sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dlm kt bersendirian, kt beruntung ….

Kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita …
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu….
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri…
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…
tetapi kita sering terlupa….

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kt terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga …Kadang-kadang kita terlupa …

sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,

tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu..

RENUNGILAH.. .
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.

Maka, Sekian Terima Kasih.

Di Fikir-Fikir: Ini adalah nasihat dan renungan utk diri sy..xde kena mengena dgn sesape pun..harap maklong.

1 comment:

  1. sy sgt setuju dgn n3 ini.. nnti sy nk copy leh.. tampal kat dinding hati untuk pengajaran diri sendiri.. supaya menjadi sahabat yg terbaik kepada semua..

    ReplyDelete