Friday, August 14

Al - Fatihah

Assalamualaikum.. dikesempatan ini Jumaat yg mulia.. marilah sesama kita sedekahkan Al Fatihah utk saudara kita yg mmg aku rasa semua kenal akan beliau - Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) yg telah meninggal dunia di Hospital Pantai, kira-kira jam 11 semalam kerana sakit jantung. Beliau dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri. Secara peribadi mmg le dia tak kenal aku, (korang pun dia tak kenal) tp aku minat dgr lagu2 nyanyian beliau, suaranya mmg best.. Ingat lg masa aku buntu ngn mslh dgn kwn aku, tiap kali blk dr kerja or naik je keta aku suka psg lagu Pergi Tak Kembali kuat2, itu je yg akan buat kta bersyukur krn kta masih ada org lain yg belum pergi dr kta selamanya.. kalau setakat pergi tgl kan kta di sini tak jd mslh kalau di fikirkan byk hikmahnya, tp aku tak ble bygkan kalau aku kehilangan org2 yg aku syg utk selamanya.. lagu Intifada.. masa kami kat UTM Skudai dulu, kami suka nyanyi kan "tinggi ke Intifada" usik kwn aku, ainin nama dia.. bg dia semangat kalau nk buat presentation.. hari2 kta dikejutkan dgn kematian pesakit H1N1, tba2 bila kwn aku ckp ustaz Asri meninggal n dpt sms dr kwn aku MASputra supaya sedekahkan Al-Fatihah utk beliau, aku terfikir... inilah kan, kalau kta berjasa n ada dekat dihati setiap org dgn senyuman dan jasa serta kebaikan sudah tentu kita akan dikenang dgn kebaikan juga walaupun pada hakikatnya org tu kta tak pernah jumpa atau dia tiada kena mengena dgn kita.. Emmm (termenung jap) "dlm hati" : emmm (tingt kat kwn aku.. apakah mungkin aku akan jumpa dia lg selepas ni..m.U.L.a.n.. walaupun dia xde.. tp dia tiap2 saat ada dlm doa aku.. Balik pd cite ustaz Asri ni.. (dlm hati lagi: dh le shila ..ingt benda yg dh lepas, yg lepas tu biarkan berlalu.. hidup mesti diteruskan) Ramadhan bakal tiba, kelibat beliau tak lagi kita lihat secara langsung di kaca tv (maybe yg ada hanya rakaman) yg akan meriahkan program tv dgn slot kerohanian di bulan Ramadhan dan sudah tentu takbir raya suara beliau akan kta rindui.. setiap bait kata dan laungan tasbih raya dia memberi kesan mendalam ke hati tatkala setiap Syawal tiba.. Al Fatihah..

Fakta: Hargailah dan sayangilah sesiapa saje yg masih bersama kita, krn kehilangan pada nama "KEMATIAN" adalah sebuah kepastian.. utk semua insan yg aku syg.. doaku utk kalian semoga dijauhkan dari bala dan penyakit H1N1 yg amat membimbangkan ni.. SALAM SAYANG.. S.h.I.L.a..

P/s: Selamat Hari Lahir utk Faeza Ali dan Hasyimah Hamid - semoga terus diberkati hidup kalian..berjaya dan capai misi korang semua.. "jemput ye" tak mo dh rebut2 bunga nanti..Insyallah bg anak2 aku pulak rebut gula2..ahaksss. TQ.. Aku putarkan lagu2 Rabbani kat blog ni utk anda semua.. Layannnnn (Kat Ikim.fm pun ni tgh pasang semua lagu2 Rabbani) aku nak tidur ni aku mls nk tutup radio lah..zzz

No comments:

Post a Comment