
Dulu..ianya sebuah kisah yang tercatat hanya tentang aku dan kamu. Sekarang...ianya sebuah kisah yang bersambung tentang aku, dia dan kamu.
Tuesday, March 24
Dan sebenar?

Monday, March 23
catatan renungan bersama..
Orang yang didakwah atau mereka yang baru dinyalakan pencerahan rohani dalam dirinya, selalu hidup pelbagai ragam persoalan dalam hatinya dan menyalalah pula pelbagai rencam pertanyaan yang berwarna-warni dalam dirinya berhubung langkah-langkah awal menuju ke arah kesempurnaan hidupnya sebagai manusia terbaik.
Jadi, bagaimana mereka harus bermula? Jika ada amalan permulaan, maka apakah amalan permulaan itu?
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada akhirat di tempat terpuji." (Al-Isra': 79)
Adakah insan yang baru merangkak, baru melabuhkan pencarian untuk mendakap pencerahan jiwa serta akal fikirannya dapat menyelami hasrat Tuhan sebagai yang terkandung ayat-ayat al-Qur'an di atas? Mereka perlukan masa untuk dibimbing serta masa perlukan pembimbing yang sabar, teguh hati, kuat pendirian, bijaksana, berhemah tinggi yang kental spiritual.
Wednesday, March 18
KENAPA TGN KENA LETAK KAT KEYBOARD
BILA...MANA...HEHEHE!



Saturday, March 14
TIADA LAGI
Thursday, March 12
DESTINASI BAJET
Tuesday, March 3
bila kwn aku kata....!!!
- ada mmber aku yg kt putrajaya tu ckp - proton itam (bukan nama sebenar)...aku kena pastikan kisah cinta aku manis n seronok supaya kisah kehidupan aku lagi menarik hahahaha iye ke..insyallah..sungguh indah!
- rasa epy sgt lately ni..lgpun ada kwn aku ckp..kenari a.k.a bp (juga bukan nama sebenar)-dia kata blog jgn tulis sedih2 sb aura dia pun sedih...kasik cam semangat n ceria2 sikit...so aku buatlah...betullll beb..aku baca pun cam jd epy..
- kata kwn aku @myvi itam (juga bukan nama sebenar) - rilekss arrr shila...cuba awk nyanyi menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah syurga...cam epy jek lps dia ckp camtu
- kwn aku kata lagi @ myvi itam jln p9b/1 hehehe...ko kena kuat sb idup ni byk cabaran...ko tgk aku dulu semua sorang2 tp aku make sure semua aku kena hadapi dgn tabah...org lain buleh nape ko tak buleh - sb hasilnya indah...manisss..- betulll epy n manis je life dia skang
- kwn aku kata @ persona 422- dh ckp dh cik jom kta g jln2, bersukan borak2 ngn sy ke...lg seronok ...ehhehe...iyolah tu...
- kwn aku kata @ kembara...ko jgn camtu shila...ko kan kuat, kau kna buktikan apa yg kau ckp..
- kwn2 aku yg lain kata....lupakan aje yg xbest...pandang ke depan hidup mesti diteruskan
yakin kan aku tuhan dia bukan milik ku
Thursday, February 26
Wednesday, February 25
Sedar ke Lena
MUDA sebelum Tua
LAPANG sebelum Sempit
SIHAT sebelum SAKIT
HIDUP sebelum MATI...
Monday, February 23
Friday, February 20
ibu...
bangkitlah...!!!!
DOA UNTUK SAHABAT
Ya Allah..tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.
Ya Muhaimin..jika dia jatuh hati,izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana..jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..
Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.
Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kebahagiaan
dan kecemerlangan hidupdi dunia dan akhirat kelak.
Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati-hati hambaMu yang lain.
Thursday, February 19
siapa aku?
OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat
Thursday, February 12
seiring dan sejalan..teknologi?



Friday, January 9
PALESTIN..SYURGA MENANTI

Saya hanya insan kerdil yang tidak punya apa-apa. Tetapi insan kerdil ini hanya punya doa dan air mata yang tidak dapat berhenti daripada mengalir dalam mengenangkan kesengsaraan warga Palestine, kanak-kanak terutamanya. Saya juga hanyalah insan yang terlalu banyak dosa untuk ditanggung tetapi saya masih punya hati yang tidak dapat lari dari merasa sedih dengan apa yang telah berlaku di bumi Palestine.
Kemana perginya kuasa Islam dan kuasa manusia yang punya akal dan rasa? Bantulah bayi-bayi dan anak-anak yang tidak berdosa itu. Ruang terhad ini semestinya tidak dapat membawa apa-apa perubahan. Tetapi, ruang terhad ini saya ingin gunakan untuk membangkitkan kesedaran semua bahawa Israel telah melakukan kekejaman terhadap manusia. Bukan sekadar pada yang beragama Islam tetapi harus juga di ingat bahawa Palestine itu terbina atas dasar tiga agama - Islam, Kristian dan Yahudi. Maka, kekejaman ini juga melibatkan warga Palestine beragama Kristian.
Sampaikan kepada semua dan tingkatkan kesedaran rakan-rakan dan keluarga tentang kekejaman Israel terhadap Palestine. Hentikan pembunuhan kanak-kanak. Saya rayu kepada anda... hulurkan seberapa mampu bantuan kepada mana-mana tabung yang bergerak atas dasar bantuan kepada bumi Palestine. Bantulah dengan apa cara sekalipun... walau dengan usaha untuk membangkitkan kebencian terhadap Israel!
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas insan-insan ini....
Thursday, January 8
HARGAILAH APA YG ADA DLM GENGGAMAN
Thursday, January 1
salam 2009
"DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN"- Dapat kerja dlm bidang facilities management= ;)
- Excellent in english= :(
- Pergi Sabah = :(
- Memiliki kereta sendiri = :)
- Menabung = :0
- Habiskan bacaan Al-Quran dgn tajwid yg betul(blaja tajwid lah) = :0
- Membahagiakan kedua ibu ayah n famili :?
- Jadi sahabat&kawan jjur ikhlas pd insan yg brgelar shbt/kwn :?
- Nak g umrah :(
- *2 checlist yg tercatat kat hati je..hehehe rahsia---2-2 blum tercapai dan 1 lagi aku gagal lg utk laksanakannya.



