Tuesday, September 1

Al - Fatihah

Al Fatihah.. untuk kali yang ke-3 sejak 2 menjak ni aku kehilangan orang2 yang terhampir dgn ku.

Julai yang lalu my cousin umur 33tahun meninggal dunia akibat kanser paru-paru yang kritikal. Minggu lepas Nenek aku meninggal sebab sakit tua, usianya mencecah 90tahun. Hari ini 1 Sept 09, anak kwn baik aku usia setahun 11 hari pergi setelah koma 3 hari akibat demam panas. Semalam baru aku tulis kat blog pergi melawat dia.

Sudah tiba masa mereka dijemput pulang.. sedih mmg sedih tp emm takdir menentukan segalannya.. Emm kawan-kawan sudilah kiranya kita semua sedekahkan Al Fatihah untuk semua yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu..Al Fatihah.

Me @ ICU, Hospital Tengku Ismail, JB

Emmm....

Khalid (adik aeda) hanya mampu duduk tak sanggup tgk anak sedara dia.

Azeela

Miela (adik aeda)


1 comment: