Monday, June 27

:: Bila Nak Ada Rumah..Bila ? ::


Askum..bila ek..insyallah xde aral thn depan boleh merasa duk umah sendiri..pejam celik, pejam celik, celik pejam, terpejam tercelik dh hampir 9 bulan aku tgl KL..kota penuh kekalutan ni.. kalau nk cite mmg x abis...sikit2 boleh lah terima byk2 errrkkk nak nangis jugak rasanya (jiwa kampung aku ni) kesah?

Lari tajuk plak..tajuk tu mmg xde kena mengena pun..nak cita nya psl ubah2 deko2 blk bersama selebriti (hosmate) sejak 2 menjak ni asyik mimpi yg x best je..kata hosmate aku..kena ubah katil kot..menarik jugak, dh 9bulan x ubah pape (alaa ubah pn x byk beza pun..) tp kesanya amat berkesan..(yg plg best..ubah x ubah smua sama mcm blk kt sh alam dulu) yg lain cuma kaler je...dlm masa 30minit dan dibantu oleh cik Faeza & Faizatul ..makaaaaa..hasilnya ~ tidur lena tanpa mimpi yg ble menjadikan tidur saya tidak mencapai fasa LENA...sy xsuka mimpi..huhuhu

Sebelum (hihihi..bezanya hanyalah tukar cadar n pusing katil je..hehe..apa pun x boleh)

Selepas (hasilnya tiada lg mimpi yg xbest) mimpi sb tdo x basuh kaki n baca doa..huhu

Sebuah kenangan (gambar2 dlm blog ni sekadar kenangan utk "kisah klasik utk masa depan" SAHAJA)

Sepah2 sebelum pindah...304 ~ aza, anaben, ida odi, lisa,imah n yana ..miss u ols..ramai lg hosmate aku yg saling bertukar ganti sb dh kawin (k.yati, akma, adda,ina, fifi n x lupa bdk2 Msc Uitm yg dtg pd wekend saje..zura, diana n apa ntah nama sorang lg tu ek...huhu..Lupa!) dan puppet hehheheeh...

Maka, Sekian Terima Kaih
Di Fikir-Fikir :

“Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yg berpakaian &berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka.” Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka.”,“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, &saling mengunjungi karena Allah.” (HR. Nasa’i)




:: Dah Lama ::


Askum...dh lama x update blog g jln2 or mkn2 sb nya dh lama aku x kuar ngn dorang ni...sejak duk KL "apaaaaa pun x bolehhh"... yg ble hanyalah "tuju lagu boleh?"


Dah lama x main2 amik2 gambar..perasan2.

Katakan TIDAK pada beli baju..hehe

Puasa tp kul 10pagi dh buka..

Tak tahulah apa dorang cuba lakukan ni..

Manisnyaaa kurma itu ling..

Puasa sehari je tp meraikan raya mcm sebulan puasa...

Senggg ..apa lagi?

Popeye wif seng, anje and puppet (sblm seng jd milik org)

Wif MiM at satay station.

Alhamdulillah dpt mkn satay yg best jgk kt sini'

Sejak tgl kan sec 7 ..A&W plg sy rindui...mengubat rindu pd A&W Rootbeer at A&W Cheras wif MiM

Yeaayyyyyyyy terbaek dr Shah Alam..setelah sekian lama x dtg cni Aimar CKT wif Aza, Puppet n Pok Loh
My brother in law (in future)


Thankssss aza syg sb bnje kami.

Maka Sekian, Terima Kasih

Di Fikir-Fikir : June 2011 dlm kenangan...ayoyo lg 3 bulan dowhh..hehe


Sunday, June 26

:: Cadangnya ::


Assalamualaikum..

....cadangnya nak update blog tp mcm malas plak..tak tahu kenapa asyikklah malas...idea utk entry dh ada..tgklah mlm2 nanti..nak update..

Maka, Sekian Terima Kasih


Rasa nak makan eskremmmm yummy



Di Fikir-Fikir : Bila usaha kita tak dihargai? huhu

Sunday, June 19

:: Tak Tahu..::


Kenapa ek...ermmm cari idea utk menjana kehidupan menjadi lebih bermakna....sabarrrrr...yang penting DOA, USAHA, IKHTIAR dan TAWAKAL

Maka, Sekian Terima Kasih

Di fikir-fikir; Jangan putus asa

Sunday, June 12

:: Semangat..Semangat..::



Teruskan sokongan...mmg aku kecewa tp kekecewaan aku x setinggi kekecewaan para pelatih dan pengurusan serta pemain TRW...walaupun kalah kita akur sajalah....usah salahkan pengadil (tp aku mmg xpuas ati pn dgn pengadil) usah juga salahkan pemain.. dh xde rezeki...penonton yg salah..sape ntah bodoh g baling mercun..ada lg perangai yg x bertamadun tu..wat malu Tuanku n TG je...

Rasa sedih aku masih ada..apapun sebagai kenang kenangan inilah yg dpt dirakamkan sepanjang FINAL PIALA FA 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tetap di hati TRW cuba lagiii...

Gelombang merah

Saya kecewa..tp sy bangga..kelantan kalah ramai yg puas hati..nampak sgt dorang dengki..hehehe...kita hebatt


Saya dan mereka

Cakkk

Sempat utk meluahkan kata hati..royalti hak kami...MENGERTI?

Sebelum sepak mula

Set kito jange pechohh

Gomo Kelate Gomo

Tq..to My Incik M....

Maka, sekian terima kasih.

Di Fikir-fikir : Banyak lg piala yg menanti kami...pastiiiiiiii...kembali dgn semangat sejati..KELATAN DARUL NAIM NEGERI DIBAWAH BULAN PURNAMA


Tuesday, May 17

:: Dah Lama Tak Shopping ::


Memang rekod lah...dh lama sejak keja KL aku tak kuar g shopping mall jalan2, singgah2 kedai, makan2...mmg mood nk g kuar ke shopping mall xde..ari2 dh aku serabut dgn jemmmmm keta2 yg byk, asap2 kereta..bunyi2 hon2..serabut tau.. setakat kuar makan n g giant je, tak pun g pasaraya super 8 je skang ni...malas lah nk gtau betapa x bestnya duk KL ni..apapun di kesibukan yg ada...menyempatkan diri g tgk semi final 1 kat stadium sh alam baru2 ni.. asal dgr Shah Alam je aku semangat je nak g...best tgl kat Shah Alam..huhuhu [ sedihnyaaaa rindu plak kat umah sana n azza...papet, aku n aza mmg selalu merayap2 ke mana2 sesama...tak perlu amik masa lama2...x perlu nak plan2...rasa nak g kami kuarr...huhuhu...rindunyaaaaaaaaa masa mcm tu..

Mehlah share sikit gambar2 yg ada masa g stadium aritu [maklumlah skang aku dh xde photogrfer dah hehehe...] semalam keputusan muktamad KELANTAN TRW layak ke FINAL PIALA FA musim ni...akan berentap dgn TERENGGANU [dua gergasi pantai timur akan bertemu] dah pasti aku mengharapkan TRW menang bergaya.


1-0

90 minit bertahan 5-0

Peminat saya turut hadir...hehehe

Gelombang merah TRW lebih ramai dr penyokong tuan rumah...cayalahhhh

Kelantan terbaikkk...bye..bye...TAHNIAAHHHH

Maka, Sekian Terima Kasih

Di Fikir-Fikir: We are RED , we are WARRIORS!!! gomo kelate gomo.


:: Balik Kampung ::



Assalamualaikum...berkurun nak update tp x sempat [asyik ayat ni je tiap kali nk mula update blog] tajuk entri ni balik kampung..aritu seminggu balik kampung..tetiba balik KL semula...aduhhh bosan nya...x best langsung duk KL ni..apa yg best cuba gtau aku...semua x best...malas nk bgtau mmmg menyesakkan otak n nafas aku...x sukaaaaaaaa tp apakan daya...inilah kehidupan yg dipilih...tp aku ble wat pilihan lain kalau dh tiba masanya...insyalllah Allah akan permudahkan...ok..ok..betulkan niat...positifkan minda anda...trettttt.

Apa yg boleh dikongsi cerita balik kampung aritu? tak de perkataan yg ble aku taip kat sini melainkan ini sahaja "SERONOK" ...skang dh balik KL dh tentu mereka yg sy tinggalkan itu sy rindui....Alhamdulillah!!

Syahfiy yg tembam...

Sarah...kerjanya nak mekapp...

Najjah ...pakaikan bedak cik la kat anak patung dia...

Mandi ke nak terbang..

Oklah malas nak upload byk2 gambar2 lain...nak cepat ni..laparrr...

Maka Sekian Terima Kasih

Di Fikir-Fikir : Sayangilah pasti akan disayangi

Wednesday, April 27

Makna Bacaan Dalam Solat


Aku tujukan N3 ni utk aku..rasa mcm solat asyik x kusyuk..huhuhu..rasa sia2 solat..ya Allah ampunilah aku dan terimalah amal ibadat ku..aminnn

Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Maka, Sekian Terima Kasih

Di Fikir-Fikir: Mengingati mati..bersediakah semua wahai bakal jenazah

Saturday, April 23

Masanya Akan Tiba..lalala



Salam..hehehe lamanya x update blog..cerita paling nak di kongsi..YEAAAAAAAAHHHHHHH

Masanya akan tiba..aku akan balik kampung bercuti selama 8 hari...

Setelah 6 bulan mengerah keringat mencari rezeki demi sesuap nasi...

Kenapa lama sangat x cuti...?

Sebab company sengal ni x bagi..

Habis tu x kan nk kerja je sampai mati...?

Idok le gitu teman akan bercuti le ni...

Tak apalah...6 bulan tu byk erti...

Tiba masanya 30/4/11 ni...

Aku nk blk kampung bercutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........

Apa aku nak buat ek kt kg tu nanti...

Setelah di fikir-fikir hampir mimpi..

Inilah antaranya kot nanti....

1) Makan setiap waktu..hihihi
2) Tido di siang hari slps makan nasi
3) Teman mak aku g surau subuh2 hari
4) Nak belaja masak (sayur lemak ~ semua jenis sayur yg ble di masak lemak) shhhh apa erti ni?
5) G taman bawa smua anak2 buah aku main-main, ke kolam mandi2
6) Berbakti kt mak aku di rumah lah (bakar sampah daun2 kering, bersihkan semak samun) ~ ni hobi
7) Nak bawa ma n ayah jalan2 umah sedara (mcm raya plak ~ bkn apa aku jrg blk naik keta so sekali sekala aku teringin nak jd mcm akak n adik aku slalu bawa org tua aku sana sini) ruginya hidup di kota tanpa org tua disisi..huhuhu
8) Preparation utk 7 mei nanti (huhuhu realiti ke fantasi ni?) mcm mimpi
9) Apa lagi eh....papelah..mcm nk g jln2 pengkalan kubur or rantau Panjang je..nk cari jersi bg kt ank2 buah lelaki..
10) Sudah lah dulu utk sekian kali

Lain-lain xtvt akn di kongsi bersama dlm "ada aku kesah" next entri.

Maka, Sekian Terima Kasih

Di fikir - fikir : Sayangilah ibu dan ayah...huhuhu...

Monday, April 11

Jangan Pernah Berubah


Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Reff:[*]
Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

[**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Back to Reff:[*] , [**]

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

Maka, Sekian Terima Kasih

Di Fikir-Fikir : Berubah menjadi yg lebih baik..mmg patut berubah lah kan


Sunday, April 10

Sekian Lama..


Salam..

Setelah sekian lama..kesempatan utk semua ini tiada..
Tak de masa, xde idea, xde cerita..
So malas lah aku nk update blog..
Semuanya berlalu seperti biasa..
Hanya tentang kerja..
Dan sedikit sibuk dgn CINTA..
KuiKui..nak sendawa dan ketawa rasa..

Syukur ALHAMDULILLAH dalam kesibukkan..
Aku masih sempat balik kampung walau sekejap sb kecemasan
Apa yang dh berlaku semua adalah suratan..
Harap kakak aku tabah menghadapi dugaan..
Sesungguhnya Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Kita sebagai hambaNya..sesekali akan diberi dugaan..
Untuk menguji sekuat mana Iman..
"Kak...semoga tabah dan yakinlah ada sesuatu yg ingin DIA berikan.."

Maka, Sekian Terima Kasih

Di Fikir-Fikir: Terubat jua sedikit rindu ni pd mereka yg ku syg..ma, ayah n semua

Saturday, March 12

Letih n Penat


Apa yg ble aku gambarkan...sgt penat terasa bukan nak merungut tp sekadar luahan hati dijiwa yang penat ini ~ tahu x? tak tahu xpe... inilah yg mesti dilalui..hari2 yg sgt meletihkan.. kuar gelap balik pun gelap..tak pasti ada tak matahari di luar sana..putih lah aku camni...hehehehe

Menghitung hari detik demi detik...nak cukupkan 6 bulan ni terasa sgt dah tahap kesabaran mula tergugat. Kadang kala rasa jugak nak give up dan cari kerja lain tp disebabkan keletihan ni bukan dari beban kerja 100% maka haruslah bersabar.

Kehidupan harian mula berubah sejak Jan 2011 yg lalu..apapun saya gembira dengan perubahan ini. Jauh disudut hati mengharapkan semua yang terbaik. Semoga apa sahaja pilihan ini, adalah TERBAIK utk aku.

Hari ni g Glenmarie servis DBE - dh ada plak 2 benda nak d pk psl DBE ni..xpe lah demi dia aku ok aje...dia lah yg banyak berjasa pada aku... (next servis : bulan 11/7/2011 @ 68000km) saje tulis sb td xde sticker servis tu.

Maka, Sekian Terima Kasih.

Di Fikir-Fikir: Nak g kursus kawin ni..bila lah yg nak sempatnya..info?

Sunday, March 6

Rapuh..


Lagu ini saya dedikasikan utk insan bernama Norsila Ariffin [hehehe]

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Maka, sekian terima kasih

Di Fikir-Fikir : MAAFKANLAH BILA HATI TAK SEMPURNA MENCINTAIMU


Saturday, March 5

Penat...Letih..


Assalamualaikum...nk bgtau sikit je...

SAYA RASA SANGAT2 PENAT DAN LETIH SEJAK 2 3 MENJAK INI

kenapa?

Kerja..kerja..kerja..kerjaaaaaaaaaaaa

Apasal?

Sb dh hampir 6 bulan tanpa cuti tahunan dan MC

Dulu tiap2 bulan kalau stress keje sy akan blk kg or cuti2 sesaje ngn kawan

Sekarang?

Huhuhuhuhuuuuuu MAC yg sgt mencabar...sabtu keje jugak...huhuhu

Tapi...

Apa boleh buat....sy perlu sabarrrrrrr

Dan

Terussssssssssss bersabar

Apapun...


Saya bersyukur kerana;

Allah sentiasa mudahkan urusan saya

Saya tak hadapi STRESS spt keje ditempat lama

Ibu saya sgt memahami dan selalu bg semangat..[ sb x blk kg lama]

Boss sy sgt membantu...gaji x lg bermasalah mcm dulu..bkn sb kuantiti RM nya tp sb ketepatan bayaran dan masa

Kawan-kwn yg paham n slalu bg kekuatan

Dan...........

Kekasih hati yg sudah mula memahami ttg hari dan waktu kesibukan saya [hahahahaha]

Pelajaran dan cabaran baru ini memberi saya SEBUAH pengalaman yg BERHARGA

Maka, Sekian Terima Kasih.

Di Fikir-Fikir: Jika anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan.

Saturday, February 26

Fuhhhhhhhhhhhhh



Bahawasanya dimaklumkan kesibukan mengatatasi kelapangan sebelum ini..fuh fuh fuh fuh...arhhhh lehaaaaaaaa tarik nafassss jap...inilah sebuah cerita yg sgt aku xtahu nk cite apa..

Apa yg sebokknyee; entahlah cik bedahhh ooii..cik kiah sejak 2 menjak ni duk sebok mcm bini PM..klu jd PM xtahulah camne cik kiah nk update blog.

Keje sepastinya yg membataskan cik kiah menghapdate blog lgpun skang xde lappy n xde gak masa..selain keje cik kiah sebok ngn kelas skang..kelas apa? kelas masakan ke? ke kelas menjahit..ke kelas andaman..hihihi..ala g klas menimba ilmu dunia n akhirat lah sikit2..maklumlah iman setipis ini..huhu..apa lg? hehe xtvt 2011 ni riadah ngn skate lah..bolehlah reles tensen..apapun ini nak di kongsi bersama...layannnnnnnnnn


SNS feb 2011 at Lake Garden

me n my 3rd break

my c-foo nickson


jom lah balik wehh esok keje...ngntukkkkk

Maka Sekian Terima Kasih.

Di Fikir-Fikir : Nak seribu daya tak nak sudahh

Monday, February 14

Salam Maulidur Rasul



Share dr link sahabat..utk renungan kita bersama...

Sebagaimana kita ketahui sebagai umat muslim,membaca Selawat dan salam atas jujungan kita nabi Muhammad S.A.W sangat dianjurkan,baik disaat sebelum atau sesudah sholat maupun disaat senggang lainnya,dengan tujuan membersihkan diri dari segala perbuatan buruk dan selalu mengingat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan junjungan besar kita Nabi muhammad s.a.w.

Abubakar r.a mengatakan :membaca selawat pada Rasullullah s.a.w lebih kuat untuk menghapus dosa daripada air tehadap api,lebih afdal dari memerdekakan budak,dan cinta kepada Rasullullah lebih afdal dari pengorbanan jiwa dan daripada memukul dengan pedang fisabilillah.

Membaca selawat juga dapat menjadi penebus dosa,pensucian diri,dan penolong yang akan sangat dibutuhkan saat sakratal maut menghampiri kita.Berikut beberapa hikayat dimasa Rasullulah yang saya kutip dari berbagai buku,dengan harapan dapat membuka hati anda agar mulai saat ini kita lebih rajin lagi mengkumandangkan selawat nabi dalam kegiatan sehari-hari.

Alkisah ada sorang ketika ia berhajji selalu membaca selawat Nabi s.a.w dalam segala tempat yang mustajab,dan ketika ditanya: Mengapa kamu tidak menbaca doa-doa yang mat’sur dari Nabi s.a.w ditempta-tempat yang tertentu.Maka ia lebih dahulu meminta maaf kemudian mulai menceritakan bahwa ia keluar bersama ayahnya menuju hajji dan ketika sampai di bashrah,tiba-tiba ayahnya meninggal dunia,sedang mukanya berubah bagaikan himar,maka saya merasa sangat sedih,dan ketika aku tertidur,tiba-tiba aku bermimpi bertemu dengan Rasullullah dan saya langsung pegang tangannya dan saya beritahukan kepadanya tentang ayah saya,maka beliau berkata bahwa ayah saya makan riba,sedang pemakan riba memang sedemikian keadaanya,tetapi ayahmu selalu membaca selawat untukku tiap malam seratus kali,karena itu ketika disampaikan malaikat tentang keadaan ayahmu kepadaku,maka saya segera minta ijin memberikan syafaat untuk ayahmu,dan Allah mengijinkan….maka tiba-tiba saya terbangun dan wajah ayahku telah berubah bagaikan bulan purnama,dan setelah saya kubur terdengar suara,keselamatan ayahmu adalah karena dia suka dan sering membaca selawat.katerena itu saya bersumpah tidak akan meninggalkan selawat dalam segala keadaan dan dimanapun aku berada.

Alkisah seorang ibu memimpikan anaknya yang telah meninggal dunia.dan tersiksa,maka ia merasa sangat susah dan sedih,kemudian dilain mimpi ia bertemnu kembali dengan anaknya,tetapi keadaannya kini mendapat rahmat dan terang,lalu sang ibu menyakan tentang perubahan itu? jawabnya: Ada seorang berjalan melalui kubur ini tiba2 ia membaca selawat Nabi s.a.w dan menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang mati dalam kubur ini,maka aku mendapat bagian berupa pengampunan.

Seorang salih bermimpi melihat Abu hafsh Alkaghidi,dan bertanya kepadanya: bagaimana keadaanmu? Jawabnya: Allah mengampunkan dan merahmati aku lalu memasukkan aku kesurga.Lalu ditanya: oleh sebab amal apa? Jawabnya: ketika dihadapkan didepan Tuhan,dan diperintahkan kepada malaikat untuk memperhitungkan amal perbuatanku,tiba-tiba mereka mendapatkan dosa-dosaku,dan bacaan selawatku atas Nabi s.a.w cukup banyak,maka Allah berfirman pada malaikat: cukuplah jangan diteruskan,bawalah ia masuk kesurga…

Ada seorang salih yang menetapkan wirid bacaan selawat satiap kan tidur.Suatu malam tiba-tiba ia melihat seakan akan nabi s.a.w masuk kerumahnya,sehingga rumahnya menjadi terang benderang,lalu Nabi s.a.w bersabda: berikan padaku mulut yang banyak membaca selawat atasku,untuk aku cium,maka aku mersa malu,dan aku berikan padanya pipiku,lalu ia menciumnya dan kemudian aku terbangun sedang rumahku masih semerbak harum bagaikan kesturi dan pipiku bekas ciuman nabi itu juga berbau harum hingga delapan hari.

Semoga Allah memasukkan kita semua kesurga tampa hisab berkat selawat Nabi yang memberi syafaat pada semua ummat.Amin….صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

Maka, Sekian Terima Kasih

Di Fikir-Fikir : Salam Maulidur rasul