Monday, August 24

Traffic Jam VS Nasi Kerabu

Salam..pada suatu hari maka diceritakan.. hari ptama pose time keje.. apalagi sume org duk nk kuar awl..ginilah jd nye.. jam, jem, jeng.. jong le.. dr kul 5 aku smpai kul 635pm.. sib baik x plan nk msk.. dh agak dah plan aku nk bbuka di mesjid arini ngn mmber aku cancel.. dsbbkan cancel aku dh bli siap2 sejenis mknan yg mmg unik n popular di bln ramadhan ni terutama di Kota Bharu.. nk mkn nasi kerabu hitam (emm korang sure pgil nsi krabu biru) kisahh ke.. tak le.. emm mls cite jem kta citE ni lah..nasi kerabu.. ehehe

BAB 1 : PENGENALAN

Nasi Kerabu Kelantan adalah antara makanan yang unik di Malaysia. Ia tidak sama langsung dengan nasi goreng kerabu ataupun memakan nasi putih bersama sebarang kerabu (e.g: kerabu mangga, kerabu jantung (jantung pisang ye.. bukan jantung orang), kerabu perut (ehe perut!! perut apa2 pun ble asal bukan perut sesape.. tu mmg xble - ee xselera - dll). Nasi Kerabu Kelantan terbahagi kepada dua jenis, pertama nasi kerabu tumis dan kedua nasi kerabu ulam.

Nasi Kerabu ini merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu kelantan. Namun hari ini kita dapat menikmati makanan ini diseluruh negara dengan bertebarannya anak-anak Kelantan yang berniaga makanan diluar tanah Cik Siti Wan Kembang. (KEMBANG SIKIT - ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN - emm raya tahun ni mesti ada perjumpaan lagi...best2)

Bunga Nasi Kerabu

Nasi Kerabu Tumis dimakan bersama dengan kuah tumis seakan-akan tumis percik, manakala nasi kerabu ulam samada berwarna kuning ataupun berwarna biru. Bagi Nasi Kerabu Ulam biru, warna biru ini didapati daripada Bunga Telang Biru, Blue Pea atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea. Bagi yang tidak mengetahui, ramai memanggilnya sebagai bunga nasi kerabu.

Antara lauk yang biasa menemani nasi kerabu iala ikan celup tepung, telur masin, daging bakar, ayam goreng biasa atau berempah. Antara ulam yang terdapat bersamanya ialah daun kesom, kacang panjang@kacang botol, mentimun, daun serai dan bunga kantan.

Suka diingatkan bahawa, menjadi kewajipan dalam hidangan nasi Kerabu Ulam ialah BUDU yang sememangnya menjadi trademark kepada Kelantan.

Nasi Kerabu Kuning - paling aku suka.. tp kt KL ssh dpt.. kalau nak mkn jgn lupa perah asam limau nipis atas ulam2 tu.. fuhhh meletoppp

Sekadar gambar hiasan - Nasi Kerabu Hitam - yg paling best ialah yg mak aku buat - aku pun terer gak msk ni..nak rasa jom dtg umah ku

Nasi Kerabu Putih - x bape suke sb kena mkn ngn tumis.. smlm buka ngn ni le.. xbest.. uwaaa

OK layan - ikhlas dari cik SITI WAN KEMBANG (Kembang semangkuk) dh beli penimbang dh nk pastikan raya ni berat aku naik 3kg..


Sunday, August 23

Warna Warni Ramadhan 01-02

Salam.. ekeke poyo jek tajuk (kata kwn aku) emmm pedulikan aje.. biarlee..suke2 sy lah.. eh arini dh puasa masuk 3 hari..yeszaaa seawal nyamuk belum bgn tido.. rutin harian berubah zzzupp zzzappp.. berubah utk sstu yg lebih baik tidak mengapa! lagipun ini semua tuntutan yg mmg wajib.. apapun Alhamdullilah dh 2 hari puasa aku ok.. x kelepek sgt (minum madu HPA waktu sahur n berbuka) apa saje xtvt ramadhan aku.. aku nye pasal.. layannn!!!

Warna warni Ramadhan macam gambar kopok ni..hehe jauh ni capture gmbr ni..mcm menarik jek.. layankan kwn aku membeli dan aku turut membelah sekali utk stok pose.. tp xle beli kopok ni. Emm pose2 ni nk update blog nk cite apa ek..cite makanan n bazar ramadhan je lah.. yg lain2 aku share dgn DIA saje.. TQ

1st terawih kat Madrasah tepi umah jek.. tp g naik keta.. TQ Fis lenkali g lagi sini.. 2nd terawih @ Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor, 3rd kt Masjid Jamek Al - Muqarrabin, BTS (ada org tu sebut mesjid jamek al- muqarabbah.. hehe) 8 rakaat 4 kali salam jek..pusing belakang aikss.. mana semua org.. biasalah tu.. apapun semoga ibadah kita semua diberkati.. AMINNNN

Apa yg menjadi pilihan anda di bazar Ramadhan bila berbuka? soklan cikgu tu.. aku semstinya memilih kuih tepung pelita.. setiap hari pun xpe.. g park jek keta.. bli kuih ni blah.. xmo jln2 dh sb nk cepat nk blk masak plak.. kuih pelita ni rupenya x bape cun tp best.. masih dapat 6biji utk RM2 kalau kt shah alam sure xdpt biasanya dulu2 aku beli RM2 utk 5 biji.. bagus gak pindah umah tinggal kat Kuala Selangor ni..tenang jek.. makanan pun murah teringat plak masa duk Parit Raja, Batu Pahat.

Bestt woo karipap kentang ni.. 4 biji sehengget murah2.. rasa karipap ni sedap mcm karipap kt pasar Kubang Pasu kt kg aku.. tp shengget 6 biji.. aku panggil karipap pusing..

P/s: Ni Bazar Ramadhan kt Kuala Selangor 1st day pose.. cam hari raya ramai2 org.. esoknye x g dh bazar sb masak sendiri ..masak lontong, kuah kacang n kueh seri muka (yg ni bkn aku msk) chef amatur yg msk.. to Cik A - jgn putus asa ye..biasalah hampir 30tahun hidup baru pertama kali wat kueh seri muka.. walaupun xbape ada rasa yg penting ada rupe (rupanye cun sebelum potong) maka ni lah hasilnya.. Asalkan nampak serupa ngn Kuih Seri Muka bg aku kira dh jadik le tu.. xde lah rupanye jadi cam kuih lepat ke kueh koci ke.. (eh eh kueh koci.. tingat Aeda kwn aku di Pontian n Azeela.. kami sorok kueh koci dr surau kat taman umah dia.. sb takut x sempat makan lps terawih.. amik siap2 simpan.. sedap sgt)

Lontong yg di reka2 resipinye.. ada org suh aku wat umah terbuka (cuba fikir nape?) hehe.. sedap ke? ke sedap kot?

Ni pun aku belasah jek.. tya kakak aku camne nak buat.. pastu jadi camni hasilnye.. (dlm hati: yg ni xplak suh masak nti open house) emm x sedap ke?

SERI MUKA resipi dr internet sambil masak sambil browse net pastu xde tepung jagung kat umah.. so decide xyah buh..reka2 gak.. semua berjalan lancar dr 1st step sampai agak2 nk masak..tetibaaa.. kebabommmm


jadi pecah merekah atas dia.. nape ek.. hehe kami je tahu nape.. layannnn sekurang2nya mencuba!! Hidup kena ada matlamat.. Sb cita2 dia nk buka kedai makan kurang2 before kawin dh pernah masak kuih ni.. Tahniah!!

Saturday, August 22

1 Ramadhan 1430Hijrah

Assalamualaikum.. hai semua emm Alhamdullillah Ramadhan kembali lagi..semoga ia lebih baik dari yang sebelumnya.. Untuk semua SALAM RAMADHAN..Maafkan segala salah dan silap pada semua.. Harapan Ramadhan?

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

S07 : Sempat g terawih td..bestnya..teringat surau lama di kampung aku.. balik terawih, masak2 utk sahur, sambil tgk terawih dr Mekah kt TV1 ni..emmm acikan aje..update blog sempena 1 Ramadhan..

Tak lupa Epy bday to adik aku - Nadia (22/08) & Azie (19/08) - semoga berjaya dlm hidup.

Jom kongsi bersama;

Fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Terawih pada bulan Ramadhan.

  • Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.
  • Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
  • Malam 3: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
  • Malam 4: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
  • Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
  • Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
  • Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.
  • Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Malam 10: Allah S.W.T. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
  • Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
  • Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
  • Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.
  • Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  • Malam 16: Allah S.W.T. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  • Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.
  • Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
  • Malam 19: Allah S.W.T. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
  • Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
  • Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.
  • Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar)
  • Malam 23: Allah S.W.T. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.
  • Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
  • Malam 25: Allah Ta’ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
  • Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.
  • Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim seperti kilat menyambar.
  • Malam 28: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
  • Malam 29: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.
  • Malam 30: Allah S.W.T. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.

Thursday, August 20

Seminggu Sebelum Puasa

Salam Semua..lama giler tak jenguk blog ni..al maklumlah sibuk utk PINDAH.. so seminggu sebelum tu aku sengaja habiskan hari2 aku dalam sibuk mengemas utk makan semua makanan kegemaran aku di sini.. Aku tinggal sini dah bape tahun ek..emmm nak masuk 4 tahun rasanya dari Mei 2006.. enjoy ya!!!

No 1 dihatiku.. aku peduli apa..aku suh jugak kawan aku masak sb teringin nak makan.. best!!! amiklah to tukang masak 4/5 bintang.. TQ TQ TQ to CIK FAEZA...

Haha... yg ni pun ada org gak tlg masakkan..rasanya aku request ni dlm bulan lps kot.. emm g umah dia, teman dia sb suami dia outstation..tetiba dgn baik hatinya dia nk masak pari asam pedas.. dia kata husband dia x suka sgt asam pedas, so alang2 bukan kepalang dia kata masak sb ada kwn nk mkn.. best sgt2.. rindu masakan ni, sb dh lama x g Johor.. menikmati asam pedas pari.. TQ to Cik UYUN.. eh cik plak PUAN lee..

Seminggu tu jugak, ada cite psl makanan ni..tahu x apa kebenda ni.. ni rupanya buah kelapa laut.. kwn aku beli. Sebelum tom yam masak n perut mmg lapar tggu nasik masak makan je buah ni, walaupun x bape best sb tawar, tp sb x pernah tgk n mkn so makan jelahhh.. TQ to Cik Syaherza sb beli kan..xlupa to tuan umah ye.. layan monopoly sampai maghrib ish2.. kira harta sape menang.. yeihaaa tempat ke2.

Seawal subuh dh tekad nk sarapan ngn roti canai n teh tarik..jarang dah mkn ni sb xde opis aku ni agak ssh melepak mamak di waktu pagi..tp ada satu warung cikai jek tepi jln di BTS mmg sedap roti canai dia.. smpat lah makan roti canai t sabtu n ahad pepagi.. layannn..

Ni menu setiap malam aku selama seminggu sampai nk termuntah di bueknyo..HEHE..apa pun mmg best sgt..CKT n teh O ais limau / sirap limau. Setiap malam gerai nye adalah berlainan tempat.. Gambar yg ke 4 tu aku pun tak tahu camno leh tersesat.. barat nye masakan.. hehe teringin nak makan so mesti makan..

Friday, August 14

Al - Fatihah

Assalamualaikum.. dikesempatan ini Jumaat yg mulia.. marilah sesama kita sedekahkan Al Fatihah utk saudara kita yg mmg aku rasa semua kenal akan beliau - Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) yg telah meninggal dunia di Hospital Pantai, kira-kira jam 11 semalam kerana sakit jantung. Beliau dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri. Secara peribadi mmg le dia tak kenal aku, (korang pun dia tak kenal) tp aku minat dgr lagu2 nyanyian beliau, suaranya mmg best.. Ingat lg masa aku buntu ngn mslh dgn kwn aku, tiap kali blk dr kerja or naik je keta aku suka psg lagu Pergi Tak Kembali kuat2, itu je yg akan buat kta bersyukur krn kta masih ada org lain yg belum pergi dr kta selamanya.. kalau setakat pergi tgl kan kta di sini tak jd mslh kalau di fikirkan byk hikmahnya, tp aku tak ble bygkan kalau aku kehilangan org2 yg aku syg utk selamanya.. lagu Intifada.. masa kami kat UTM Skudai dulu, kami suka nyanyi kan "tinggi ke Intifada" usik kwn aku, ainin nama dia.. bg dia semangat kalau nk buat presentation.. hari2 kta dikejutkan dgn kematian pesakit H1N1, tba2 bila kwn aku ckp ustaz Asri meninggal n dpt sms dr kwn aku MASputra supaya sedekahkan Al-Fatihah utk beliau, aku terfikir... inilah kan, kalau kta berjasa n ada dekat dihati setiap org dgn senyuman dan jasa serta kebaikan sudah tentu kita akan dikenang dgn kebaikan juga walaupun pada hakikatnya org tu kta tak pernah jumpa atau dia tiada kena mengena dgn kita.. Emmm (termenung jap) "dlm hati" : emmm (tingt kat kwn aku.. apakah mungkin aku akan jumpa dia lg selepas ni..m.U.L.a.n.. walaupun dia xde.. tp dia tiap2 saat ada dlm doa aku.. Balik pd cite ustaz Asri ni.. (dlm hati lagi: dh le shila ..ingt benda yg dh lepas, yg lepas tu biarkan berlalu.. hidup mesti diteruskan) Ramadhan bakal tiba, kelibat beliau tak lagi kita lihat secara langsung di kaca tv (maybe yg ada hanya rakaman) yg akan meriahkan program tv dgn slot kerohanian di bulan Ramadhan dan sudah tentu takbir raya suara beliau akan kta rindui.. setiap bait kata dan laungan tasbih raya dia memberi kesan mendalam ke hati tatkala setiap Syawal tiba.. Al Fatihah..

Fakta: Hargailah dan sayangilah sesiapa saje yg masih bersama kita, krn kehilangan pada nama "KEMATIAN" adalah sebuah kepastian.. utk semua insan yg aku syg.. doaku utk kalian semoga dijauhkan dari bala dan penyakit H1N1 yg amat membimbangkan ni.. SALAM SAYANG.. S.h.I.L.a..

P/s: Selamat Hari Lahir utk Faeza Ali dan Hasyimah Hamid - semoga terus diberkati hidup kalian..berjaya dan capai misi korang semua.. "jemput ye" tak mo dh rebut2 bunga nanti..Insyallah bg anak2 aku pulak rebut gula2..ahaksss. TQ.. Aku putarkan lagu2 Rabbani kat blog ni utk anda semua.. Layannnnn (Kat Ikim.fm pun ni tgh pasang semua lagu2 Rabbani) aku nak tidur ni aku mls nk tutup radio lah..zzz

Wednesday, August 12

Sesudah Semua Berlalu Bersawang Blog Aku

Assalamualaikum (tak jawab dosa)..

Rindunya kat blog ni, tp kan..emm cam entah terkadang rasa.. rasa apa? rasa ayamas!!! ahak twitt2.. Kabare semua? waras2 (mmglah waras sb anda semua sdg layan http://kisah7900.blogspot.com/ ) blog ni utk semua sebenarnya, waras ke tak waras pun ble je.. tp aku mengharapkan yg waras le.. macam korang, bg tepukan sikit (tepuk le) ooo malas yea..xpe2 ada aku kesah!! nyanyi jap ek suatu hari nanti kan menjelang jua, suatu masa kan terbukti nyata, dunia kan menjadi saksinya.. ooooo (dlm hati : kalau le DSN dgr ni sure dia tepuk sebelah tgn je). Emm cerita psl ada aku kesah ni mmg arini aku terkisah ngn sorang minah ni, ****** btul, digelar s_ n_ o_ (korang isilah tempat kosong ni sendiri) tp **** tahap anak sedara sebelah ayah gaban.. lainkali kalau nak suruh apa2 pahamlah dulu apa yg ko nk suruh..(ada reti) kdg2 mls nak cite (tp rajin lah jugak cite) tp kat sini mls le nk ckp.. asal aku dpt ckp kt kwn aku melepaskan segala yg tak terlepas aku dh leh cool.. bukan mat kool (apalah) so tq.


Gambar2 bunga masa Pesta Flora kt Putrajaya aritu, lambattt (sian kwn aku nk g aku temanlah) hehe xdelah gurau je jgn marah ek.. dialah yg ajak aku n aku pun ajak dia, nasib baik ada dia ada jugak tempat utk aku meluahkan kesedihan dan khabarkan kegembiraan.


Aku tanya kwn aku "bunga tulip nape xde kat sini, aku xnmpak pon?" dia jwb "ko ingt ni Belanda ke" ehhe yg ada bunga2 taik ayam mana aku suka, cari2 gak teratai xde gak.. aku terjumpa nama bunga "rosmahnajib" apa2lah layannn.. suke sgt dpt jln2 pastu g psr mlm, blk mkn smpai kenyang (selasa n jumaat kalau g psr ni msti beli coconut shake) korang mesti tak tahu apa menda lak coconut shake ni..nanti ek.. aku post gambar tu (asal dr kelantan) wokehhh chawww!!