Monday, June 1

Di Saat Waktu Berhenti...

Salam...hai semua, fuhhh lamanya tak jenguk blog ni..ok sebelum tu terima kasih bebanyak untuk semua..andalah selayaknya!! emmm untuk semua..

A picture is worth a thousand words ...

Syukur ALHAMDULLILAH..Inilah keajaiban yang ada di muka bumi. Semakin kita cuba berusaha memperbaiki diri dan mencari keredhaan Allah, maka semakin luka di dalam jiwa kita akan sembuh. Semakin cerah sinar kebahagiaan dan harapan terhadap diri kita. Apabila kita menemui tujuan asal kita wujud di muka bumi ini, maka, perasaan kebahagiaan akan mula melindungi jiwa kita. Tetapkan satu matlamat berupa ganjaran akhirat, maka kita akan kebal daripada sebarang kekecewaan, kekesalan dan dendam dunia.

Nampak tak bas tu? Kat bas tu ada tulis word NOSTALGIA tau.. klik pada image tu dan u all boleh lihat gambar besar nya.. JANGAN SEMPITKAN FIKIRAN ANDA... lihatlahlah gambar sekeliling bas "nostalgia" tu. Masih ada sinar mentari. Pelangi indah juga muncul. Pulau yang masih menunggu. Lautan langit luas terbentang rezeki dan harapan, yang pasti jalan yang ada tak selalunya lurus, berlikunya jalan itu adalah untuk menguji sejauh mana kita mampu berjalan dan terus berjalan, berlari dan terus berlari. Eh!eh! chup! satu bas ke nostalgia saya ek? hehe... satu gerabak keretapi ada kot.

Ada individu bertanya kepada saya, "Bagaimanakah caranya untuk melupakan kenangan manis terhadap seseorang?"Ini pasti satu soalan yang amat menyedihkan. Kadangkala kita suka atau sayang terhadap seseorang itu, tetapi sayangnya individu tersebut sering menyakiti atau mengecewakan hati kita. Saya kurang berminat untuk membicarakan soal hati dan perasaan, tetapi apabila ada orang bertanya, maka saya akan menjawabnya dengan harapan pandangan saya ini mampu mengubati hatinya yang telah terluka.

Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh.

Dapatkah kita menghilangkan kenangan? Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan. Ini kerana otak manusia tidak berfungsi seratus peratus seperti cakera keras atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar, cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan. Seperti duri yang baru dicabut dari daging, rasa sakit atau derita untuk menghilangkan ingatan atau kenangan terhadap seseorang itu pasti ada. Kita mungkin berasa berat hati untuk melupakan seseorang kerana perasaan sayang yang masih ada. Kasih sayang yang terbentuk itu tidak semestinya hubungan cinta, tetapi mungkin juga hubungan persahabatan, hubungan persaudaraan atau hubungan antara ibu atau ayah dengan anak dan sebagainya. Kenapa kita mesti melupakan kenangan? Ya, kerana kenangan mengandungi isi hati atau perasaan dan kerana itu ia boleh meruntuhkan pertahanan emosi seseorang. Sebab itu, ada seseorang yang tahu atau diseksa oleh kenangan menyebabkan dia menganggap kenangan, cinta atau kesetiaan terhadap perasaan ini sebagai musuh ketat. Hasilnya muncullah individu-individu yang berhati dingin, keras hati dan tidak berperasaan, yang hidupnya cuma memandang matlamat dan kejayaan...THANKS DUKE AMIENA.

KERANA kamu semua...aku berbicara.. melompat lebih tinggi

Emmm apa kaitan gambar ni dengan saat waktu berhenti (saya tak update blog @ entry) ahakkksss...nothing!! Don't worry. Sesaja nak share dengan u all. Agungnya SAHABAT. Kedai makanan, jenama baju, perfume, doa, iklan, kereta, lagu, drama, novel, pakaian..dan banyak lagi lah..banyak sangat yang bertemakan sahabat or friendship...tak lupa ada jugak friendster.com kan? ahhahaha..layankan jugak lah..kenapa ek? Aku tertarik pada motto 1901 ni.. so aku pun capture gambar ni sambil tunggu kawan aku g cucuk duit. Emmmmm apa ek food for friendship? KEJUJURAN, KEIKHLASAN... ketulusan dll.. ye ke? Apa sahaja alasan anda saya terima, hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat. (Anda boleh tinggalkan pendapat anda di ruangan "comments" ahakss!

Bayangkanlah betapa agungnya seorang sahabat.. lihat sahaja pada persahabatan para nabi.. Nabi kita MUHAMMAD SAW.. dalam doa pun sahabat turut menerimanya, apa sahaja doa..para sahabatnya juga akan turut di doakan oleh seluruh umat islam. "Ya Allah! selawat dan restumu untuk junjungan besar kami Muhammad SAW, ahli keluarganya serta para sahabatnya". Mampukah kita?

Itu je..TQ - Fakta: kisah7900 adalah BUKAN sebuah kisah klasik untuk masa depan.

Wednesday, May 6

Syaril busyuk chomel

Best nye makan - time sarapan pagi kat kedai baru adik aku...kedai lama ada memori byk. Kebosanan tahap cipan kat ofis..layannnn...tak sabar nak berbuka arini...hehe nak masak apa ek..?





nasi tumpang, nasi berlauk, tea beng, satay, telur separuh masak....makan ke apa ni bykkkknyee

Holiday mood!!!

Uwaaa...eee camne ni...nak balik kg je rasa...cam tak best dah duk sini..owhhhh

Fakta SO7 :

# 01 : Jalan2 @ Pantai Cahaya Bulan (me & nanie) - haa ni mesti tak pernah dgr ni...kami makan lok ching (satay ikan rm0.20 satu) dulu masa kecik2 10sen jek..rasanya ttp sama..org jual ni naik basikal..dulu masa kecik2 kalau ada duit siam (thailand) pun ble guna utk beli makanan ni sb yg jual org thailand biasanya.

# 02 : Sempat lagi g SuaRasa TV9 - dekat dihati...hehe kebetulan ada kat kb masa tu (me & gee - xutmjb) - makan kuew tiaw sup utara, air tembikai n karipap..laparrrr sgt masa ni - pastu ronda2 n rempit balik umah aku...ada org naik motor baru ye cikgu! modenas kriss purple ..cun2..aku pun belasah motor adik aku Yamaha LC - laju nye motor ni best gak...namun DAM tetap dihatiku

# 03 : Layan perasaan ngn tudung2 yg cun melecun ni, rasa semua nak kat aku lah...hehe apapun aku beli utk diri sendiri 3 helai, yang lain2 org pesan..sesapa nak beli tudung sulam tangan bawal asli leh ctc aku..murah dan berkualiti..hehe..promo jap

# 04 : Tak tahu dah nak wat apa...layan keta meinan ferrari anak sedara aku ..aku pun xde yang ni...huhu nk mintak dh x bagi..mini cooper ni masih selamat dan terjaga rapi, walaupun kadang kala kata mak aku anak2 buah aku ni sempat gak rembat main.

Tuesday, May 5

Cuti Cuti @ KB

assalamualaikum..start dari 29042009 - 03052009 aku cuti...5 hari dgr mcm lama tapi sekejap je..pejam celik pejam tercelik..dah kena balik k.l..uhuhu! balik kampung best sgt2 lama giler tak balik..akukah tanggang?ooo tidak..hehe nak kata busy tak jugak..tp sb nak cuti lama punya pasal tahan jelah rinduku pada kampung halaman ku..last balik emm masa cuti raya cina.. layannnn.. satu memori indah telah tercipta disebalik kekalutan yang terjadi..rinduuu semua!

wajah-wajah kesayangan hamba!

tak de keja nak buat..hehe..
Fakta SO7:

# 01 : Start cuti 29 April 2009 - tapi separuh hariku dihabiskan di shah alam lagi..datang ofis pepagi..settlekan semua, driving to putrajaya - pukul 1 ke airport pastu bagi keta kat member aku..flite aku kul 1540hrs..

# 02 : XTVT - makan semua makanan yang aku nak mak aku masakkan (mee celup, nasi tumpang, nasi berlauk, telur separuh masak, dalca, singgang, teh beng mcm2 lagi...huhu tingt kwn aku..tea beng dia sgt suka) beli tudung, settlekan semua pesanan (toto eh - sepanjang idup aku duk naik turun kpl terbang ni kali pertama aku bawak toto ...demimu pn seri haida...tq bagi tumpang keta di bawah parkir berbumbung lagi...uhuk..terharu ) jalan2 @PCB ngn teman sepermainan ku di kg - kebetulan dia balik cuti dari training..nak minum air kelapa konon..apalgi ek xtvt aku kat sana...byk lah..semua dah terakam dan tersimpan indah di salah satu memori disc otak aku ni! tak mampu utk diluahkan..cececewahhhh

# 03 : Kelahiran baru - ahaksss ada 2 insan baru dalam family aku..hadir menjenguk dunia yang penuh kekalutan..semoaga kelahirannya menambah kegembiraan mak dan ayah serta family aku...selamat datang dan jadilah insan yang berguna pada semua - tahniah to adik aku (kelahiran Sarah Nabila) n kakak ipar aku (kelahiran Nasihah Aqila)

# 04 : Sampai dh masanya...balikkkk huhuhu. Dari KBR to KUL..kebosanan melanda flite delay..1jam plak tu..sian ferrari merah..(fakta yang kena tahu ..dr kota bharu - negeri sembilan(hehe) - selangor)sampai shah alam dah nk kul 2 pagi..esok nye kerja..apalagi basuh2 kaki...amik air smyg..setlekan semua..tidooooo

***esok ble layan gambar2 xtvt ku di kampung...to be continueee.....

Saturday, April 25

Kelantan VS Selangor

salam...seawal pagi jam 830am dr bdr tasik ke putrajaya...930am taklimat pada kurang lebih 30 orang staf aku untuk OJT..."cikgu nk g tandas jap eh" hehhe..lucu plak En Azwan ni..sakit tekak aku, blum mkn pagi trus stat class pastu 1230 sesiap jek g mkn@mamak kembar p9 dgn agus, azizul n fahmee. hantar dorang pastu drive to HQ shah alam dan terus siapkan report bos nak urgent...kul 400pm chaww chin chaww blk umah..brg aku ni byk sgt...cam nenek kebayan lak sb 3 hari dh jadi nomad..jap sana jap sini..makan..tdo, best giler lama sgt tak merasa tido di siang hari...charge bateri diri sendiri...mandi, basuh baju..haaaaaaaaaaa tgk bola lah..kt tv jek. xkisah sape menang yg pasti aku menang arini..layan blog, email, sakit perut..emmm ntah..nk share lah ni email ni aku dapat...layannn

Cerita kita cerita tentang apa2 saje ....

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah...dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to ina please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
 
2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
 
4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
 
5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
 
6. Soalan: haloo ina, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
 
7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.
 
8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap
dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
 
9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
 
10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
 
11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
 
12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab


Fakta SO7:

# 01 : hehe ada org senyap jek...final exam kan...suke ek cikgu2 akan merana lah awak tak de..suke2

# 02 : sesat jek memanjang..camne ni...penat lah jumaat lps yg mengecewakan hahaha..rahsia ni.

Thursday, April 23

Tajuk apa?

salam..
"ingin ku tembus tembok silam...." best gak tech aku  ni nyanyi..aku masukkan sikit jek sb aku pun tak ingat lagu ni..emmmm..seharian di sini..dimana? site@putrajaya..sakit kepala..masih di ofis jam menunjukkan 830mlm..tunggu dia abis kerja dan solat..pastu balik@rumah achik kuchik..rest..zzzz esok sambung lagi disini...dimana disini lah..

at BCS ROOM (Building Control System)

sesekali di sini..jiwaku tenang..pening kerja pun tak kisah sb epy..stress di HQ lain di site lain...so pandai2lah mengurus stress anda..anda yang tentukan untuk pilih stress atau tidak

sape shift petang..sy shift malam ganti pak guard

 Anda dilarang sama sekali untuk main games "to sofi - lampu tak nyala tingkat -100 pastu econ sejuk 
sgt lah sampai ngantuk terus tidoooo" (rekaan semata-mata) hehehe sofi jawab "bang nanti bagi form eh.."

Fakta SO7:
# 01 : Aku Adalah Serangga...ehhehe lawak plak bdk2 ni perkataan yang dh jadi usikan bila aku kesini.
# 02 : Malas utk g Jusco@Cheras Selatan coz penat
# 03 : Lapar dan mengantuk dan tak sabar nak balik kampung

Wednesday, April 22

Tercipta untukku

assalamualaikum, yehaaa..alhamdullillah..akhirnya ia menjadi milikku, actually, dh byk hari dah kehadirannya dalam hidup aku, sape? (tgk gambar kat bawah ye!) tp aku xde masa nk upload n cite psl dia...bukan  x excited tp aku belum boleh lepaskan P990i aku sepenuhnya..(P990i a.k.a sheismyshrek), banyak kenangan n perjalanan hari-hari aku tanpanya, apa yang pasti aku beli dia bersama mulan...dia yang minat h.p tu, aku pun suka gak, 29hb ni "dia" akan ku bagi pada penjaga baru secara percuma. Hari ini dengan rasminya akanku jadikan W595 (LIMITED EDITION-PINK COLOUR) a.k.a MichikoSizuka sebagai teman setia di dalam semua waktu aku..thats all...layannnn

sesaja blur kan gambar ni...segan gak tp ada orang minta publishkan...

fakta SO7:
# 01 :Tahniah to Ida Syarwani Ismail (x hosmate) atas kelahiran 1st baby dia..baby girl - 2.9kg jam 3.00am - 21hb April 2009

# 02 :Terimaaaalah kasiiiiihku to "ferrari merah" teman saya g low yat dapatkan MICHIKOsIZUKA ni

# 03 : Untuk semua yang sedar akan kehadiran MichikoSizuka dalam hidupku layannnnn lagu PATRI-JINBARA utk minggu ni...ahakssss - arini nak anta repair garaj tu semula x bape sesuai bila aku susun2..siap yg baru nanti kta tgk sekali lagi cun ke tak..kalau tak, mmg nak kena uncle tu..hehehe uncle tu baik lah.Sian dia...

Tuesday, April 21

My new car garage

hai! semalam baru siap garaj keta ni..tp aku belum susun dgn sempurna..sesaja amik gambar dulu yg penting...tgk lah bila ada lapang nanti aku susun semula elok-elok...yg jadi masalahnya tak tahu nak letak mana plak..huhu tak kan nak letak atas meja makan kot...

koleksi dari shell tahun 2007 (Vvroooommm) & 2009 (Touch Steering)

fakta SO7:
# 01 :Model yang paling istimewa ialah Ferrari 599 GTB Fiorano (yellow)- macam kebetulan plak series number nya 599, mulan suka no 5 dan 9 - model ni hadiah dari dia..thankssssssss 

# 02 :Tidak lupa pada semua "pembeli kereta" yg aku simpan ni - jasamu ku kenang terimaaaaaaa lah kasih ku seadanya...time kacih.
 

Monday, April 20

Planet Jupiter?

assalamualaikum semua..tadaaaaaaaaaa..hehe tak sabar nk upload gambar ni..hahaha..nape? ntah..best sgt dpt jmpa dia...panjang citenya kalu nk cite psl dia ni..sape? mr azizi ali ni lah..harap korang dh kenal n tahu lah... byk yg ble kta belajar hasil dari penulisan beliau..mcmn nak buat duit..kalau korang tak nak buat duit sekalipun...korang leh blaja mcmn utk tidak rugi...tak buang duit tak tentu pasal..tak de hutang..apa sajelah...baca n hayati n pelajari...insyallah-segala akan jadi milikmu.Tidak kisahlah apa impian anda… nak masuk syurga ke? nak jadi jutawan ke?.. nak bebas kewangan ke?.. nak kahwin dua ke?.. nak ada rumah besar ke?.. nak ada duit banyak ke?.. atau apa-apa sahajalah..

me & mr azizi ali

fakta SO7 :
# 01 : buku adalah teman sejatiku..tidak pernah tinggal dan meninggalkanku 

Sunday, April 19

KLIBF@PWTC

hai..emmm sabtu semalam aku g KLIBF@pwtc..pastu g low yat..pastu balik..pastu three...ok enjoyyyy...layannnnnnn..arini lepak je kat umah ngn kwn aku..

fakta SO7: 
# 01 :Jumpa azizi ali (jutawan planet jupiter-adalah paling menyeronokkan...buku2 dia dah pun jadi koleksi aku sejak tahun 2006) simple orangnye, tenang dan hensem plakkk *add value* 

# 02 :Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz (ahad pukul 300pm ada kat PWTC) rasmi buku BIDADARI DARI TIMUR -belilah jgn lupa..hasil buah tangan isteri tercinta beliau Datin Tuan Sabariah.

# 03 :Apa yg plg best - hehehe..cd DMFK - buku2 koleksi telaga biru telah berjaya menambat hatiku...

# 04 :Ada org suka baca novel le ...xsangka plak aku...sape lagi - cik supir aku tu le...sory ya!!! gurau tak leh gurau duk surau...

Wednesday, April 15

limited edition 2009...adakah ia miliku

kebosanan tahap gaban 

amacam? ada ok..smart?cun?lawa?ensem?cantik? 

Sunday, April 12

masa lapangku

salam...ahad ek..bgn subuh, lepak2 jap, tlg TGK kwn aku msk.sarapan- madu (sb batuk) pastu mkn kuew tiaw goreng yg best + ais krim kiwi + nata d coco...adehhh kenyang nye..mandi n bertolak dr sana kul 1030...driving masa plg menyenangkan...selaju yg boleh smbil layan lagu hot fm..k selamat sampai di sec 07@destinasi yg dirindui, ngntuk thp gaban..g tasik sh alam jap best fren aku dr penang dtg ada wedding anak G.M Suzuki Malaysia..lepak sambil makan burger king + kopok lekor + jambu pak chu...ehhehe..selesai..blk umah, lepak2 layan sudoku..kwn aku dtg lepak umah tgk abpbh..zzzz - dapat buku soduku baru..ganti yg giant ni sb yg ni btul2 menguji tahap IQ stok2 sifu..uwaaa.

shizuka - sudoku - peneman n boleh buat aku tak pk apa2 masalah selain jln penyelesaian..otak aku lapang

Saturday, April 11

shizuka mana?

salam..sabtu..g kenduri che ros@gombak..tahniah..semoga kekal abadi-dr kami..uyun,pineh,mas n shila@me..mlm..mkn pizza-tq uyun n nuar - pun nk wish semoga bahagia n bertambah ceria lagi nti bila dh ada baby...insyaallah..layan a.f jap..m.u lawan..layan cerekarama n suduko..n zzzz..esok ahad plak..isnin yg menakutkan ahhaha

lagu utk minggu ni...

waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema

mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan

malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta

mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

** sama juga dlm persahabatan sgt sukar dicari ganti..tq to my frens..APM01 & APM 02, UTMKL..dihatiku



Thursday, April 9

Catatan utk renungan

SALAM...

Hendaknya seorang mukmin menyibukkan dirinya untuk meraih kepuasan hati, ketenteraman hidup dan ketenangan jiwanya dengan melakukan solat yang khusyu’. Dengan demikian, ia merasa tenang ketika berhadapan dengan Rabbnya. Hatinya menjadi tenteram, lalu diikuti ketenangan dan ketenteraman tersebut oleh seluruh anggota tubuhnya. Dari sini, ia akan merasakan kedamaian hati dan jiwa yang luar biasa. Ia memuji Rabbnya dengan segala macam pujian di dalam solatnya.

 

Bahkan, ia berkata kepada Rabbnya “Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”. Ia pun memohon kepada Rabbnya segala keperluan, dan yang terpenting dari seluruh keperluanya adalah memohon untuk istiqamah (konsisten) di atas jalan yang lurus, yang dengannya terwujudlah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ia pun berkata, “Tunjukilah kami jalan yang lurus”. Ia mengagungkan Rabbnya di dalam ruku’nya dan sujudnya. Ia memperbanyak doa di dalam sujudnya.

 

Sungguh betapa indah dan agungnya komunikasi yang ia lakukan dengan Rabbnya. Sebuah komunikasi luar biasa yang mampu menimbulkan ketenteraman dan kedamaian jiwa, sekaligus menjauhi dirinya dari segala macam kegelisahan, keresahan, dan kesempitan hati dan jiwanya. Maka, tidak perlu heran jika solat ini merupakan penghibur dan penghias hati Rasulullah.


entry kali ni tak de kaitan langsung dgn tajuk dan gambar yea! cari mana DBE7900

hitam itu menawan...tapi putih tetap memberi ketenangan pada sang pencinta kedamaian

Saturday, April 4

DSN dan Tok Guru

salam semua..nk share ngn semua...terharu tak? kan? kan?
KOTA BHARU, 2 April ((Hrkh) - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin hari ini melakukan kunjungan hormat terhadap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut.

Friday, April 3

lapang sebelum sempit

salam semua...
bila audit bermula...aku pun mulalah tak tentu arah..mana satu nk tekan..laptop? or...


skang aku dh ada 2 telepon dh..mcm operator pun ye jgk kalu tgk.ahakss

jgn panik ye...sekadar gambaran je...sebenarnya aku maintain hehehhee...esok sabtu dah...mlmnye tak leh tgk af le sb ada dinner@pwtc..test power sikit kasut tinggi "tul tak ferari merah"emmm arini aku xbape sihat lah dr semalam lagi...batuk, sakit tekak, sakit kepala, hidung sok sek sok sek...cam demam tp tak layan sgt...kang demam betul2 lak..maybe cuaca tak menentu.

jalan-jalan sesat jalan

arini lps ofis hour..cpt2 blk hehe..ujannnn best pastu siap..kul 10.09pm aku gerak g umh mmber aku...ada cite lucu plak..elok2 dh skali dh nk smpai biasalah...sesat aje memanjang...tp sesat jalan drive xpe...sesat jln kehidupan yg payah..tyalah BGE tu punyalah laju dia tgal aku..dh sesampai umah dia..borak2 jap dh mcm jual kain n kasut lak..pastu layan sudoku...borak..tdo...pagi ni 30minit je dh smpai opis...best gilos sb x sesat lagi...tq BGE..see u to nite-jgn lupa amik kat PWTC tau...ssh nk jln lak nti...aku kalau kuar malam kena balik B4 kul 12.00am..cinderella kan.

nape 2 tu x angkat wiper..hehe..ivory white, grey, red, orange (BGE bila nk tukar) 

Thursday, April 2

segalanya mungkin

hai...emmm..layannnnnn
makan time eh! salah ni masa buka puasa biarpun aku tak puasa.."yoyun" 10's coz sudi spend ur time wif me.

jemput2 makan...tunggu apa lagi...jom makan

yessszaaa...ni utk aku..nasi apa benda ntah(kalu kt gerai nama nye telur bungkus jek!)..ngn air aloevera..nyam!nyam!