Wednesday, June 24

Sempurna

Assalamualaikum.. tak berkesempatan nak layan update entry dari hati dan nukilan sendiri..emm so macam menarik je email dari kawan aku ni.. Cik F, kongsikan bersama.. dulu pernah jugak terbaca tapi dimana ye..?

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail. Hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya. Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga.... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu. Hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu. Jika kamu MENADAH air biarlah berpada. Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja. Kerana apabila ia mulai RETAK tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja. Begitulah juga. Jika kamu sedang memiliki seseorang TERIMALAH dia seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat. Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya. Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja. Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi. Yang kamu pasti baik untuk diri kamu. Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT. Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain. Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN. Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi. Kamu akan MENYESAL. Begitulah juga. Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN. Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU. Mengapa kamu berlengah lagi?. Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi. Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita suda MILIKI kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA itu lebih BERMAKNA!

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Saturday, June 20

SATU itu EKSKLUSIF!!!

Salam semua.. hehehe.. bestnye sedar tidak sedar minggu ni last penantian aku untuk Konsert Eksklusif SATU DSN.. aku rela setiap weekend aku kerja demi siapkan semua modul student aku nanti.. walaupun lagi beberapa hari jugak nanti aku nak kena bentang proposal pada Kementerian Pengajian Tinggi pada 070709 (emm cun jek nombor) harap-harap bertuah, dan perlukan persediaan.. emmm ada aku kisah.. ahaks.. kisah lah jugak kalau tak, aku tak akan masukkan kisah ni dalam kisah7900@blogspot.com, kan? semuanya adalah kerana kisahku yang aku kisahkan le..

Diciptakan seorang insan.. lembut hati bak redup pandangan, pabila berkata.. seluruh ALAM menyaksikan kesyahduan.. bagai tersentuh rasa percaya.. hingga terdengar kan.. (sambung lah nyanyi sendiri ek?) emmm aku harap malam tu DSN sampaikan lagu ni.. kenapa? adalah..

Lepas konsert DSN 29 - 30 june 2009, hehe lagi bestnye tak payah masuk ofis sb ada kursus 2 hari @ Kelana Square for Safety & Health Committee... haa lps kursus ni yg plg best lagi.. apalagi.. kerjaaaaaaaaaaaaa "i nak u pastikan semua berjalan lancar, kalau tak..(huhuhu)

Thursday, June 18

Gemuk ke Kurus?

assalamualaikum...waalaikumusalam w.b.t

Disebabkan malas nak keluar lunch.. update blog jap..walaupun story x best tapi.. "ada aku kisah " hehe..mesti korang semua nak tahu nape "ada aku kisah" ooo adalah kisah dia disebalik ayat tu.. kurang ajar ke bunyinye.. emm terpulang sebabnya apa yang penting kata wonderpets "kerjasama".

Saje2 jugak edit gambar ni. Nampak tak menarik ke makanan ni. Tidak lah ku kisahkan apa2 pun janji mmg best.. ni masakan dari kawan-kawan aku. Sejak kebelakangan dan kedepan ni..ekeke. Selera makan aku bertambah baik.. misi utama nak naikkan berat badan yang terlalu menyusut secara drastik. Tak nak lagi dengar komen2 yang melucukan dari kwn2 aku sejak dua menjak ni. TQ untuk chef2 ku. TQ sangat2.

Foto 1:
Makan nasi pukul 10.30pm - kena jugak habiskan kalau nak kembali ke bentuk badan yang stabil.

Foto 2:
Hari ini aku dh sarapan bertambah lagi kat rumah kwn baik aku.. kuewtiaw goreng n kuih seri muka.. best2.. pastu kena lak bawa bekal ke ofis sb kena makan lagi. Semalam makan tomyam dengan bestnya dia masak, mak dia kata makan byk2 biar gemuk, ada yg berpeluh2 macam hujan sb pedas. Ayah dia sampai sakit perut.
(gambar tak amik, sb takut mak dia tya nak buat apa..hehee)

Foto 3:
Nasi goreng yang dimasak junior aku.. Entah aku pun tak tahu nape dia ckp pagi ni dia nak masak nasi goreng nanti bawa g ofis mesti makan hingga habis. Sedap!!!

Actually aku g umah kawan aku semalam tidur sana, sb semata-mata nak jumpa mak dia.. rindu sangat lama tak jumpa.. maklumlah mak sendiri jauh di kampung (tp mak kita nak dtg awl bulan depan..yeszzzaaa) mak dia ni aku anggap mcm mak aku jugaklah. Jumpa dia sgt mendamaikan. Segala resah terlerai dengan celoteh dia yang menghiburkan (mak cik nak lepat ubi lagi ble?) dia kata "nape ko ni sudah kurus kering.. makin kecik lah xsesuai dgn kereta kau, keta besar" Besar ke? hehe besar lah compare dgn badan aku.. ahaksss!!!

Emm nak story panjang2 lagi ni, walaupun jumpa sekejap aku sangat gembira.. Tq my dear friend atas peluang yang di beri.. TQ...thats all.

Fakta: Rumah jiran aku depan rumah kena masuk pencuri jam 200am, dia terkejut menjerit dan terus lari.. huhu takutnyaa.. Alhamdullilah ada suami dia masa tu (MORAL dr cerita ni: kena kahwin ni.. hehe!!) Doakan keselamatan kita semua.. hati2 ye semua kawan-kawan yang tinggal bujang, musim ekonomi gawat ni ramai yang kerja jadi pencuri ke ek? ek jek?

Wednesday, June 17

Analogi Air

Salam.. ok semua hari ini tajuk kelas adalah berkaitan "air" hehe.. cam best je jadi cikgu kan? hehe untuk di kongsi bersama je.. tak nak baca pun tak pe.. ada aku kisah..ahaksss.. gurau je! emm dulu ada orang kata kat aku.. nape nak jadi macam analogi air.. tak ke rugi sebab air kan ada yang air kotor maknanya air yang mengalir ke longkang dan ke lubuk2 ke.. emm pada aku itu bukan namanya analogi sebab pengaliran yang tidak semulajadi. Emmm entah lah aku pun tak tahu nak jawab.. hehe peduli apa aku.. kalau dia rasa tak sesuai tidak mengapalah.. terpulang pada individu masing-masing. Kan? kan?

Kenapa analogi air ek? kerana dia sentiasa mengalir.. dari hujan mencurah kebumi..kesungai..ke tasik..ke lembah dan gunung.. mengalir terus mengalir.. anak sungai, pantai, AKHIRNYA ke laut ..menghempas deruman tanpa jemu.. tertitik di atas batu, akhirnya batu menjadi lekuk.. dan sehingga menjadi sebahagian dari kandungan terbanyak dalam badan manusia..

Air mengalir sampai sejauh mana yang mungkin...akhirnya ke laut, begitulah hukum alam, kerana laut mempunyai ketinggian yang lebih rendah dibanding dengan permukaan daratan, maka berapa panjang dan berkelok-keloknya sungai di daratan, dia akan bermuara di laut juga. Ertinya kalau ikut hukum keseimbangan alam, air akan selalu mengalir ke lokasi yang lebih rendah.. haa sebelum aku lupa air ni ada persamaan dengan waktu..

Air dan waktu ada persamaan..apa dia? Keduanya sama-sama mengalir. Bererti keduanya adalah hidup, krn tanda-tanda kehidupan adalah adanya perubahan. Itu saje persamaannya.. yang tak samanya.. Waktu adalah jiwa yang spontan, dia mengalir melampaui batas-batas keinginan. Air lebih fleksibel, dia bergerak berdasarkan kemahuan, dia mengalir kerana adanya perbezaan. Waktu hanya mengenal “sebelum” dan “sesudah”, tetapi dia tidak mampu berbalik arah. Sedangkan air hanya mengenal “dari mana” dan “ke mana”, keberadaannya terperangkap dalam dimensi ruang. Waktu adalah simbol kepatuhan, dia terikat dlm aturan zaman. Sedangkan air adalah simbol kebebasan yg selalu mempunyai pilihan, bergantung kepada keadaan. Kita tidak akan sanggup mendahului waktu, krn kita dan waktu berjalan beriringan. Tetapi kita masih boleh membendung air, krn air adalah sahabat kehidupan. Yang pasti, air adalah sang pelindung, dia mampu merawat kehidupan agar selalu ada. Krn tanpa kehidupan, siapalah dia..

KATA BESTARI : Bersahabatlah dengan air dan waktu, maka engkau akan mendapatkan semuanya. Semakin merendah diri kita semakin banyak yang alam berikan, semakin sombong diri kita maka akan semakin sedikit manfaat yang kita dapat dari alam dan waktu.

Hehe.. sesibuk mana pun aku..(eh eh bukan sibuk..) jadual dan rutin yang agak padat, banyak ruang waktu untuk dipenuhi.. haa baru betul.. sory ye menulis pun dan terabur2 ayatnya.. aku tetap ambil kesempatan untuk blog tersayang ni.. syukur pada Allah yang Esa, aku masih berkesempatan untuk hal-hal selain dari kerja, sempat tidur di bilik ku yang damai tu, sempat g picnic hehe.. sempat melayan call anak-anak buah tersayang, mak di kampung.. sempat bersama kwn2 yg dekat dan jauh (jauh sms n call je lah), yang penting aku sempat maghrib dan mengaji di rumah setiap hari..dan byk lagi lah (cuba jgn tak sempatkan ye shila, kta yang mengurus diri kta..Insyallah!! doakan kita selalu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara lain datang)

Ingatan utk diri sendiri : Jika kita kejar dunia, dunia akan lari, jika kita kejar akhirat.. kedua-duanya (dunia dan akhirat) akan menghampiri (kita akan dapat)

Sunday, June 14

Sungai Congkak atau Jangan Pandang Belakang Congkak?

Assalamualaikum wbt.. entry kali ni nak share cerita aku g picnic (konon2 je lah) hehe..

Tarikh: 14 June 2009
Masa: 0849am - 1.10pm
Lokasi: Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor
Pengangkutan: Myvi & Gen-2
Bayaran: RM1.00 x 7 orang = RM 7.00 (7 jugak ke?)
Anjuran: Pakat2 Agensi Pelancongan (hehe)
Program: Jalan2, Makan2, Mandi2..menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Objektif: Hilangkan Tekanan Angin Dalam Badan
Lain2: "Ada aku kisah"

Peristiwa 1 :
Perjalanan pergi ---> Tiba di lokasi ----> Nikmati alam semulajadi.

Peristiwa 2 :
Wajah-wajah penuh gumbira..masa mula-mula sampai, ada sorang tu siap nyanyi2 lagi.. mesti dia sgt epy. Rombongan cik kiah (eh jgn nti kiah marah plak- sorryyy) rombongan cik Seng lah ok jugak nama tu.. 7 orang. (7 jugak yg terpilih)

Peristiwa 3 :
Apa kata anda? bestnye! nyamannya! waaa sejukkknye! apapun inilah hakikat kejadian dari yg ESA. Pada semua jadilah seperti ANALOGI AIR.. kenapa? TUNGGU NEXT ENTRY..Insyallah jika berkesempatan saya kongsi bersama.

Peristiwa 4:
Cari tempat yg agak2 best, pastu makan2, mandi manda. Dah bosan emm.. ble lah gerak balik. Cerita menarik untuk di kongsi.. sesampai je terpaksa makan nasi lemak je sb makanan lain yang prepare utk dimakan selepas mandi. Tak tahu mana.. kebarangkalian tertinggal adalah sangat besar.. huhu tak tahu siapa utk dipersalahkan.. hehe nak sedapkan hati dah takdir.. nak buat macam mana.. apa yang jadi FAKTA, nasi lemak jadi sedap sb dah tiada pilihan makanan lain..ahakss jgn marah ye cik F, komen dia pasal tertinggal tu kan.. katanya saje dia tinggal sb takut kalau bawak nanti nasi lemak dia tak habis lak.. layankan aje...hehe. Apapun semua selamat mengisi perut sb makanan tu ada di rumah.. PEACE!!

Peristiwa 5:
Ok semua nya sudah selesai.. tiba masa untuk berangkat.. siap2.. segala memori dah tertampal macam gambar2 ni lah.. nikmati durian sebelum tinggalkan Hulu Langat yang best ni. ke Klang hanta cik S - maybe last kot jumpa dia 29 June 2009, flight jam 910am ni dia berangkat ke Auckland, New Zealand - good luck ye!! pergi wat PHD n fikir2 kan lah tentang peristiwa dapat bunga masa wedding Pn. Niza aritu.. supaya orang lain tak lah lama sangat menunggu. SENJA berlabuh.. SEC 07 kembali!!!

** SALAM TAKZIAH (14/06/09-jam 6.26pm) untuk Niza sekeluarga.. Semoga roh Allahyarham Ayahanda beliau ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Al- Fatihah..

Saturday, June 13

Ada Apa Dengan Hijau?


Salah seorang pakar psikologi, Ardatsham, mengatakan

"Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusia sangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlah penelitian dan menjelaskan bahwa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat serta vitalitas kita; merasa panas; atau dingin; atau nyaman; atau bahagia; bahkanbisa berpengaruh terhadap kepribadian seseorang dan berpengaruh terhadap menyikapi kehidupan.

Dan warna bias menjadi sebab relung jiwa yang dalam terpengaruh dengannya. Sebuah rumah sakit pernah mengundang sejumlah pakar untuk memberikan saran bagi warna dinding ruang pasien atau warna dinding rumah sakit, sehingga bisa banyak membantu dalam mengobati mereka. Rumah sakit juga meminta saran tentang warna yang terbaik untuk pakaian pasien. Sejumlah percobaan telah membuktikan bahwa warna kuning bisa membangkitkan semangat di syaraf pusat. Adapun warna ungu bisa membangkitkan ketenangan.

Adapun warna biru, maka orang yang melihatnya akan merasa dingin. Sebaliknya, warna merah maka orang akan merasa panas atau gersang. Dan para pakar tersebut mengatakan bahwa warna yang bisa membangkitkan kebahagiaan, gembira, bersemangat hidup (bergairah) adalah warna hijau.

Oleh karena itu, warna yang utama dan sesuai untuk kamar atau ruang operasi, pakaian para ahli bedah dan pakaian pasien adalah warna hijau. Sebuah pengalaman unik akankami kemukakan di sini bahwa ada sebuah pengalaman yang terjadi di London, Inggris, di kawasan Black Fryer yang dikenal dengan "kawasan bunuh diri" karena mayoritas kejadian bunuh diri banyak terjadi di kawasan ini. Kemudian diadakan perubahan warna dari warna gelap gurun ke warna hijau metalik. Denganhal ini ternyata terjadi penurunan jumlah kejadian bunuh diri dengan sangat signifikan. Warna hijau jugabisa menjadikan pandangan mata nyaman.

Sumber:
Kitab: Ma'a Al-Thib fii Al-Qur'an Al-Karim,dari. Abdul Hamid Diyab, dari. Ahmad Qarquz, Mu'assasah Ulum Al-Qur'an, Dimasyq.

"Ada banyak kata "hijau" di dalam ayat-ayat Al-Qur'an dan menjelaskan akan keadaan penghuni jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, serupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa. Kita mendapati di dalam surat Al-Rahman :

"Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga kepala -pent) di atas bantal-bantal yang hijau dan permadani yang indah"
(QS. Al-Rahman: 76)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau,dan sutra tebal, serta dipakaikan gelang dari perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum mereka dengan minuman yang suci"
(Q.S. Al-Insan: 21)

Friday, June 12

Seminggu sudah berlalu

Assalamualaikum..Lama benar aku tak update entry blog ni..adakah kisah7900 sudah cukup 7900? Jawapannya belum. Emm ahad lepas rasanya post entry.. Sibuk? ish..ish.. dalam kamus hidup aku, aku cuba tidak wujudkan istilah tu lagi..bukan kesibukan yang membataskan masa untuk meng'update' blog ni..tapi disebabkan rutin harian yang memerlukan lebih tumpuan.. Kerja? Alhamdullilah macam biasa dan luar dari biasa, insyallah akan berjalan lancar.. SOP 4/5 ok! hehe.. OJT ...2/5 hehe tak berapa nak ok.. POLY.. 4/5 ok tak? ok jek.. HSE Committee...3/5.

Dah hampir 2 minggu, sekejap nya masa berlalu dalam bulan Jun 2009, emmm macam-macam dah berlaku dan biarkan dia berlalu.. Tadi pagi sebelum ke pejabat si bucuk comel Syaril call aku, tak sabar rasanya tunggu dia datang, Syahmi dengan machonya komen "rasa teruja" ecece pepandai jek anak2 sedara aku tu..apa pun semua sihat kecuali mak aku jek, dah 2 minggu demam dan agak sukar untuk bernafas..Huhuhu.. "Ya Allah semoga engkau bagi kekuatan untuk ibuku" doakan dia cepat sembuh. Ingat nak balik kampung gak tp bila ek? Bila keadaan kesihatan aku pun mengizinkan aku nak balik lah. Rindu kat anak2 sedara aku yang comel2 tu.. dah besar agaknya Sarah n Nasiha.. Mak aku kata abang aku pun nak balik dan nak bawa anak dia dan kakak ipar aku balik Penang dah..huhu tak sempat jumpa lah. Emm apa ceritara seminggu yang lepas ek? Apa saja ceritanya, sudah pasti satu kelainan dan sangat indah untuk di kenang..thanks to all my friends!

Alang-alang ada kat Putrajaya 2-3 hari lalu, lepak umah kwn aku Pn Uyun.. kami g Alamanda .. sebab nak makan Hershey's Sunday.. Aku singgah sementara tunggu dia di 'port' plg aku suka bila sendiri..MPH. Sana gak aku luangkan masa ngn kwn lama - x rumate di Kolej Tun Fatimah - UTM Skudai - lama tak jumpa..byk cite kami.. hehe.. apa yang best tentang dia ni, dia kalau makan maggi rendam sesaat je..sb masak maggi tapi makan masa maggi tu masih ranggup..pelik? tak lah ..itu selera dia.. terima aje.

Peneman ku.. walau pun dia selalu di bebel dan di ugut untuk campak sungai... dia tetap terbaik.. Selain itu, gel pack teraphy kembali menjadi teman.. emm FMS? sukar untuk di fahami oleh orang lain. Hanya yang merasa je yang akan tahu.. Rajin2 senam, ambil susu, katakan TIDAK pd semua yang boleh membawa pada GANGGUAN TIDUR.. Sokongan kawan-kawan yang ikhlas membantu aku ucapkan terima kasih..Hanya Tuhan saja yang bisa membalasnya.

XTVT aku di hari minggu, aku n kakitangan tambahan (ada sorang asyik jahit bunga kat tudung) aku cat bilik aku.. Hehe campuran cat tu menghasilkan 'ini' - komen dari kawan2 aku..Bilik Gerakan PAS ke? Tidak lah ku kisahkan asal hijau.. Kenapa hijau? tungguuuuuuuuuuuuuuu...


Itu je...TQ - Fakta: Kisah7900 (u) adalah BUKAN sebuah kisah klasik untuk masa depan

Sunday, June 7

Ku Pinjam Satu Bintang

Salam...Mungkinkah bila ku bertanya pada bintang-bintang.. Dan bila ku mula merasa bahasa kesunyian.. Sedarkan aku yang berjalan dalam kehampaan.. Terdiam terpana semua dalam keraguan.. Aku dan semua.. Yang Terluka kerana kita.. Aku akan menghilang dalam pekat malam.. Lepas ku melayang.. Biarlah ku bertanya pada bintang-bintang.. Tentang SEMUA.. dalam mimpi yang sempurna..

Dalam seribu pilihlah satu..jadikan ia bintang hatimu..TERIMA KASIH SEMUA.. kerana pinjamkan BINTANG untuk kembalikan BINTANG yg hilang..ahaksss

Terus Melangkah Melupakanmu
Lelah Hati Perhatikan Sikapmu
Jalan Pikiranmu Buatku Ragu
Tak Mungkin Ini Tetap Bertahan

Perlahan Mimpi Terasa Mengganggu
Kucoba Untuk Terus Menjauh
Perlahan Hatiku Terbelenggu
Kucoba Untuk Lanjutkan Hidup

Engkau Bukanlah Segalaku
Bukan Tempat Tuk Hentikan Langkahku
Usai Sudah Semua Berlalu
Biar Hujan Menghapus Jejakmu

Itu je...TQ - Fakta: Kisah7900 (u) adalah BUKAN sebuah kisah klasik untuk masa depan

Wednesday, June 3

Tahniah Semoga Kekal Bahagia

Pengantin baru yang cun Niza n Fizie..tahniah

Bila ada yang kena paksa bg free style, emm freelance or freelunch - hehe

Ahakss macam best je gambar ni..kalau tgk kan bole wat story ni..kalah Syurga Cinta ni (cerita fokus pada pengapit). Pasangan pengantin menahan panas tp ttp maintainnnnn senyummm, tapi kan ada lagi satu menarik pada gambar ni...Lihatlah pengapitnya...alahai saling pandang memandang le plak..apapun mmg tabikkkk springg lah best friend a.k.a anje yang jadi pengapit..macam tulah sahabat.

Itu je...TQ - Fakta: Kisah7900 (u) adalah BUKAN sebuah kisah klasik untuk masa depan.

Tuesday, June 2

Sesuatu Yang Tertangguh

Assalamualaikum..sesuatu yang tertangguh untuk di kongsi bersama... layannnnn!!!

Kenapa kaki? kenapa kasut? entah.. sukalah..macam best je.
Ada sesiapa yang tahu siapa empunya kaki@kasut gambar kedua dari atas?

Ahaaa... 27th june 2009 - sabar menanti.. confirm power rangers nye show ni. Kepada sesiapa yang "terlibat" tolong pastikan anda free kan diri anda hari tu. Jam 830pm @ IB dh kena ada, jangan terlepas walau sesuku lagu pun... Jangan lambat lagi. My seat number "10" - Fakta walaupun tempat tu dialihkan di saat akhir sebab nak letak Okestra..huhuhu.. emmm sedih gak tp tak pe lah asal tengok live.. Ini SATU dalam tempoh 14 tahun DSN di persada seni. TQ cik FiS atas tindakan pantas dan tuntas - BESTA. Walaupun ada yang sanggup berkorban, ahaksss thanks sb sudi tukar tiket (RM 1**.00) http://www.ticket2u.biz

Masih ada yang belum tertangguh ke? emmm cantik tak baju oren ni "HAPPY" tq uyun.. akan ku pastikan HAPPY saje.. emmm syukur waktu2 tertangguh tu ada h.p tersayang, DBE yang leh bawa saya jalan-jalan cari mencipta kenangan.. tu ada broadband Celcom baru tu..ehem2 sape punya tu ek.. cam cun jek.. raket dh putus tali? camne? Rabu @ sec07, Jumaat @ Kompleks Sukan Panasonic, Sabtu @ BTS.. larat ke?

Saat tertangguh di kongsi bersama.. tq semua.. Datang lagi eh..

Mmmm.. Hershey's sundae - jom yun kta g makan lagi.. tengoklah gambar kami "x-apbm" dulu..kini.. dan selamanya.. Ada secret recipe dlm persahabatan kami..sb tu kekal sampai sekarang. Sorotan kenangan jap, emmm kami datang dari pelbagai latar belakang, lain negeri dan berlainan prinsip, tapi kami ada SATU tujuan yang sama, kami berkongsi saat pertama di menara gading, kami berkongsi susah dan senang hidup dikampus, kami berkongsi cerita masa lalu, masa sekarang (utmkl) dan masa akan datang, kami berkongsi suka dan duka, kami berkongsi impian dan harapan. Apa yang pasti kami KONGSI SEBUAH KENANGAN DI APBM@UTMKL. Hehe zaman muda-muda, sekarang pun muda je lagi, tinggal lagi 3 orang je masih solo.. ikut turn nana - 09/09, shila 07/10, mas 14/10..

Itu je... TQ - Fakta : Kisah7900 (U) adalah BUKAN sebuah kisah klasik untuk masa depan.

Monday, June 1

Di Saat Waktu Berhenti...

Salam...hai semua, fuhhh lamanya tak jenguk blog ni..ok sebelum tu terima kasih bebanyak untuk semua..andalah selayaknya!! emmm untuk semua..

A picture is worth a thousand words ...

Syukur ALHAMDULLILAH..Inilah keajaiban yang ada di muka bumi. Semakin kita cuba berusaha memperbaiki diri dan mencari keredhaan Allah, maka semakin luka di dalam jiwa kita akan sembuh. Semakin cerah sinar kebahagiaan dan harapan terhadap diri kita. Apabila kita menemui tujuan asal kita wujud di muka bumi ini, maka, perasaan kebahagiaan akan mula melindungi jiwa kita. Tetapkan satu matlamat berupa ganjaran akhirat, maka kita akan kebal daripada sebarang kekecewaan, kekesalan dan dendam dunia.

Nampak tak bas tu? Kat bas tu ada tulis word NOSTALGIA tau.. klik pada image tu dan u all boleh lihat gambar besar nya.. JANGAN SEMPITKAN FIKIRAN ANDA... lihatlahlah gambar sekeliling bas "nostalgia" tu. Masih ada sinar mentari. Pelangi indah juga muncul. Pulau yang masih menunggu. Lautan langit luas terbentang rezeki dan harapan, yang pasti jalan yang ada tak selalunya lurus, berlikunya jalan itu adalah untuk menguji sejauh mana kita mampu berjalan dan terus berjalan, berlari dan terus berlari. Eh!eh! chup! satu bas ke nostalgia saya ek? hehe... satu gerabak keretapi ada kot.

Ada individu bertanya kepada saya, "Bagaimanakah caranya untuk melupakan kenangan manis terhadap seseorang?"Ini pasti satu soalan yang amat menyedihkan. Kadangkala kita suka atau sayang terhadap seseorang itu, tetapi sayangnya individu tersebut sering menyakiti atau mengecewakan hati kita. Saya kurang berminat untuk membicarakan soal hati dan perasaan, tetapi apabila ada orang bertanya, maka saya akan menjawabnya dengan harapan pandangan saya ini mampu mengubati hatinya yang telah terluka.

Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh.

Dapatkah kita menghilangkan kenangan? Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan. Ini kerana otak manusia tidak berfungsi seratus peratus seperti cakera keras atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar, cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan. Seperti duri yang baru dicabut dari daging, rasa sakit atau derita untuk menghilangkan ingatan atau kenangan terhadap seseorang itu pasti ada. Kita mungkin berasa berat hati untuk melupakan seseorang kerana perasaan sayang yang masih ada. Kasih sayang yang terbentuk itu tidak semestinya hubungan cinta, tetapi mungkin juga hubungan persahabatan, hubungan persaudaraan atau hubungan antara ibu atau ayah dengan anak dan sebagainya. Kenapa kita mesti melupakan kenangan? Ya, kerana kenangan mengandungi isi hati atau perasaan dan kerana itu ia boleh meruntuhkan pertahanan emosi seseorang. Sebab itu, ada seseorang yang tahu atau diseksa oleh kenangan menyebabkan dia menganggap kenangan, cinta atau kesetiaan terhadap perasaan ini sebagai musuh ketat. Hasilnya muncullah individu-individu yang berhati dingin, keras hati dan tidak berperasaan, yang hidupnya cuma memandang matlamat dan kejayaan...THANKS DUKE AMIENA.

KERANA kamu semua...aku berbicara.. melompat lebih tinggi

Emmm apa kaitan gambar ni dengan saat waktu berhenti (saya tak update blog @ entry) ahakkksss...nothing!! Don't worry. Sesaja nak share dengan u all. Agungnya SAHABAT. Kedai makanan, jenama baju, perfume, doa, iklan, kereta, lagu, drama, novel, pakaian..dan banyak lagi lah..banyak sangat yang bertemakan sahabat or friendship...tak lupa ada jugak friendster.com kan? ahhahaha..layankan jugak lah..kenapa ek? Aku tertarik pada motto 1901 ni.. so aku pun capture gambar ni sambil tunggu kawan aku g cucuk duit. Emmmmm apa ek food for friendship? KEJUJURAN, KEIKHLASAN... ketulusan dll.. ye ke? Apa sahaja alasan anda saya terima, hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat. (Anda boleh tinggalkan pendapat anda di ruangan "comments" ahakss!

Bayangkanlah betapa agungnya seorang sahabat.. lihat sahaja pada persahabatan para nabi.. Nabi kita MUHAMMAD SAW.. dalam doa pun sahabat turut menerimanya, apa sahaja doa..para sahabatnya juga akan turut di doakan oleh seluruh umat islam. "Ya Allah! selawat dan restumu untuk junjungan besar kami Muhammad SAW, ahli keluarganya serta para sahabatnya". Mampukah kita?

Itu je..TQ - Fakta: kisah7900 adalah BUKAN sebuah kisah klasik untuk masa depan.

Wednesday, May 6

Syaril busyuk chomel

Best nye makan - time sarapan pagi kat kedai baru adik aku...kedai lama ada memori byk. Kebosanan tahap cipan kat ofis..layannnn...tak sabar nak berbuka arini...hehe nak masak apa ek..?





nasi tumpang, nasi berlauk, tea beng, satay, telur separuh masak....makan ke apa ni bykkkknyee

Holiday mood!!!

Uwaaa...eee camne ni...nak balik kg je rasa...cam tak best dah duk sini..owhhhh

Fakta SO7 :

# 01 : Jalan2 @ Pantai Cahaya Bulan (me & nanie) - haa ni mesti tak pernah dgr ni...kami makan lok ching (satay ikan rm0.20 satu) dulu masa kecik2 10sen jek..rasanya ttp sama..org jual ni naik basikal..dulu masa kecik2 kalau ada duit siam (thailand) pun ble guna utk beli makanan ni sb yg jual org thailand biasanya.

# 02 : Sempat lagi g SuaRasa TV9 - dekat dihati...hehe kebetulan ada kat kb masa tu (me & gee - xutmjb) - makan kuew tiaw sup utara, air tembikai n karipap..laparrrr sgt masa ni - pastu ronda2 n rempit balik umah aku...ada org naik motor baru ye cikgu! modenas kriss purple ..cun2..aku pun belasah motor adik aku Yamaha LC - laju nye motor ni best gak...namun DAM tetap dihatiku

# 03 : Layan perasaan ngn tudung2 yg cun melecun ni, rasa semua nak kat aku lah...hehe apapun aku beli utk diri sendiri 3 helai, yang lain2 org pesan..sesapa nak beli tudung sulam tangan bawal asli leh ctc aku..murah dan berkualiti..hehe..promo jap

# 04 : Tak tahu dah nak wat apa...layan keta meinan ferrari anak sedara aku ..aku pun xde yang ni...huhu nk mintak dh x bagi..mini cooper ni masih selamat dan terjaga rapi, walaupun kadang kala kata mak aku anak2 buah aku ni sempat gak rembat main.

Tuesday, May 5

Cuti Cuti @ KB

assalamualaikum..start dari 29042009 - 03052009 aku cuti...5 hari dgr mcm lama tapi sekejap je..pejam celik pejam tercelik..dah kena balik k.l..uhuhu! balik kampung best sgt2 lama giler tak balik..akukah tanggang?ooo tidak..hehe nak kata busy tak jugak..tp sb nak cuti lama punya pasal tahan jelah rinduku pada kampung halaman ku..last balik emm masa cuti raya cina.. layannnn.. satu memori indah telah tercipta disebalik kekalutan yang terjadi..rinduuu semua!

wajah-wajah kesayangan hamba!

tak de keja nak buat..hehe..
Fakta SO7:

# 01 : Start cuti 29 April 2009 - tapi separuh hariku dihabiskan di shah alam lagi..datang ofis pepagi..settlekan semua, driving to putrajaya - pukul 1 ke airport pastu bagi keta kat member aku..flite aku kul 1540hrs..

# 02 : XTVT - makan semua makanan yang aku nak mak aku masakkan (mee celup, nasi tumpang, nasi berlauk, telur separuh masak, dalca, singgang, teh beng mcm2 lagi...huhu tingt kwn aku..tea beng dia sgt suka) beli tudung, settlekan semua pesanan (toto eh - sepanjang idup aku duk naik turun kpl terbang ni kali pertama aku bawak toto ...demimu pn seri haida...tq bagi tumpang keta di bawah parkir berbumbung lagi...uhuk..terharu ) jalan2 @PCB ngn teman sepermainan ku di kg - kebetulan dia balik cuti dari training..nak minum air kelapa konon..apalgi ek xtvt aku kat sana...byk lah..semua dah terakam dan tersimpan indah di salah satu memori disc otak aku ni! tak mampu utk diluahkan..cececewahhhh

# 03 : Kelahiran baru - ahaksss ada 2 insan baru dalam family aku..hadir menjenguk dunia yang penuh kekalutan..semoaga kelahirannya menambah kegembiraan mak dan ayah serta family aku...selamat datang dan jadilah insan yang berguna pada semua - tahniah to adik aku (kelahiran Sarah Nabila) n kakak ipar aku (kelahiran Nasihah Aqila)

# 04 : Sampai dh masanya...balikkkk huhuhu. Dari KBR to KUL..kebosanan melanda flite delay..1jam plak tu..sian ferrari merah..(fakta yang kena tahu ..dr kota bharu - negeri sembilan(hehe) - selangor)sampai shah alam dah nk kul 2 pagi..esok nye kerja..apalagi basuh2 kaki...amik air smyg..setlekan semua..tidooooo

***esok ble layan gambar2 xtvt ku di kampung...to be continueee.....