Monday, March 22

Tips Top Teko..Special 4 DBE


Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak lekat pada body)ialah kenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai. Tapi buat sakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari… kesan kalis air sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot.. Kos untuk polish pula bukannya murah… malah berpuluh-puluh ringgit.

Di sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air. Rahsianya ialah… ..bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN.

Cara-caranya ialah:

1. Cuci kereta anda sebersih-bersihnya.

2. Bilas dengan air biasa dahulu.

3. Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan.

4.Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin semua boleh).

5.Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.(kenapa?..tak percaya ka?)

6. Jangan tunggu kering baru lap… .tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.

Dengan cara ini… anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak kotor sangat). Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi. Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesen basuh anda.

Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun.
Selamat mencuba.

NOTA TELINGA: Klau jd pape kat kete korang...sy tak bertanggungjawab...hahaha

IHSAN DARI BLOG ORANG..HEHEHE


Thursday, March 18

Mencari Konklusi


Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Jutaan huraian
Ku takkan mengerti

Teka silang kata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi

Monday, March 15

15 MAC 2010..


Salam..arini ntah betul ke tak tindakan aku ni..papepun aku lakukan stlh aku pk 7 hari 7 malam..ehhee..harap2 tidak ada slh faham...[cerita ini di simpan dlm kotak pikiran saje] hehe..jgn kecewa..ini kisah aku. Ada aku kesah? Berdepan dgn situasi sebegini amat payah tp memohon petunjuk Allah dipermudahkan segala urusan dan di beri kekuatan utk aku teruskan kehidupan. Aminnn

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan
Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud

** lagu ni dr album tahajud cinta DSN..aku copy n paste x ikut para dia dh..sb sesaje..bkn mengubah lirik asal tp cuba sesuaikan dgn masa..hehe..

NOTA TELINGA: Hargailah yg ada dlm genggaman.. jika terlepas ssh utk di panggil pulang...syukur apa yg ada ditgn..jgn tgk apa yg ada dlm tgn org lain krn itu hak dia...usaha utk mendapatkan sstu yg lebih baik itu yg terbaik..usaha tanpa menjatuhkan seseorang adalah yg TERBAEEEEEKKKKKKKK


Wednesday, March 10

Apa Khabar Agaknye?


"Seorang" yg pernah bergelar SAHABAT..dan pernah digelar TERBAEK dlm persahabatan yang aku ada..apa kbr ek dia skang...lately ni aku slalu mimpi n teringatkan dia..tp ntah? Apa harus dilakukan aku pun tak tau..Cubaan pertama aku call dia tp tidak berjwb n tak de plak call back..if dia tgk lah aku nye no view kt hp dia as a miss call..tp xde pape feedback pn..so ...TIDAK MENGAPA..sbgai kwn yg pnh sesama ssh n sng teringin jgk utk bertanya kbr..erhhhh tak payah lah komen pape bukan dpt apa pun kan... FULLSTOP.

Emmmm jom kongsi bersama;

Ramai orang kata… sahabat sejati itu hanya datang sekali seumur hidup bahkan mungkin tidak akan pernah dapat selama hidup… benarkah itu?? Ada satu perbezaan antara menjadi seorang teman dan menjadi seorang sahabat.

Seorang teman adalah seorang yang namanya kamu ketahui, yang kamu lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kamu miliki persamaan, dan yang disekitarnya kamu merasa nyaman. Ia adalah orang yang dapat kamu undang ke rumahmu dan dengannya kamu berkongsi sesetengah perkara. Namun mereka adalah orang yang dengannya tidak akan kamu bagi hidupmu, yang tindakannya kadang2 tidak kamu mengerti kerana kamu tidak cukup tahu tentang mereka.


Seorang sahabat adalah seseorang yang kamu cintai. Bukan kerana kamu jatuh cinta padanya, namun kamu peduli akan orang itu, dan kamu memikirkannya ketika mereka tidak ada. Sahabat adalah orang dimana kamu diingatkan ketika kamu melihat sesuatu yang mungkin mereka sukai, dan kamu tahu itu krn kamu mengenal mereka dengan baik. Mereka adalah seseorang yang gambarnya kamu miliki dan wajahnya selalu ada di kepalamu. Mereka adalah seseorang yang kamu lihat dalam fikiranmu. Mereka adalah seseorang yang diantaranya kamu merasa bahagia kerana kamu tahu mereka peduli terhadapmu. Mereka akan hubungi kamu hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak akan ada satu alasan pun. Mereka berkata jujur dan kamu melakukan hal yang sama. Kamu tahu bahwa jika kamu memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar. Mereka adalah seseorang yang tidak akan mentertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka benar2 menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya. Mereka adalah orang-orang yang kamu sayangi dengan sedar ataupun tidak. Mereka adalah seseorang yg denganya kamu menangis, atau seseorang yang menangis kerana berat untuk berpisah denganmu. Mereka adalah seseorang yang pada saat kamu peluk, kamu tak akan berpikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri.

NAMUN apapun itu...

SAHABAT bukanlah sebuah bayang2, yang ada jika ada sinar dan pergi jika sinar itu menjauh...HARGAILAH SEORANG SAHABAT KRN DGNNNYA KAMU DPT MELIHAT SIAPA DIRI KAMU...HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN...BAJAILAH DGN KEPERCAYAAN, KEIKHLASAN, KEJUJURAN BUKAN SEBUAH penipuan...KERANA...ia adalah punca kepada KEHANCURAN ikatan yg akan memberi kamu tempat di akhirat nanti jika kamu memiliki seorang sahabat yg baik dan mentaati ALLAH..

Tq..Hotel mania jd nye aku duk sini sorang2..huhu esok nak blk...tulunnnnnnnn

Thursday, March 4

Hidup Aku Tak Ceria Tanpanye..


Sape? huhuhu xde sesapa lah.. skang musim bertani, bersawah, bendang..musim menuai akan tiba nanti..so kene berusaha keras membanting tulang belulang 4-7 kerat ni..so ari2 keje..keje..jeke..keje..jeke? hehe. Masa utk menikmati CKT agak terbatas tp pantang nenek sebelah kwn aku kalau seminggu x jumpa CKT..makaaaaaaaaaaaaa hehe tyg lagi gmbr aku g CKT kelmarin..byk dh eh gmbr2 CKT..tp ada aku kesah? hahahahaha..jom makan!

Nyam2

Ini adalah nasi lemak bukan CKT..nasi lemak ni aku ble makan sehingga 1 bungkus saje..cute n comel tp aku mmg x abis mkn 2 sb tank aku size xs..harap maklong paham?

OOOwwwwwwwwwwhhhhhh!!!

Ceria sikit le konon bila nmpak CKT..idup ni umpama CKT nikmatilah sebelum udang tu busuk..ekek

BYeeeeeeeeeee malassssssss penattt.......tgu masa menuai akan tiba tp tahun ni azam aku kurangkan tuaian banyakkan semaian.

NOTA TELINGA; Tiadaaaaaaaa

Monday, March 1

MIHT 2010


Haiyupp..suda selesai semua kejenye..saje nak share foto2 ni masa g MIHT 2010 kat Sport Plaza PJ, mgu lps teman best fren aku..ekek..Apa korang tanya..MIHT tu apa..oooo Malaysian Inline Hockey Tournament 2010. Best sgt2..ikutkan hati nak je join skali tp apakan daya..daya nye agak kurang. Pertama kali ikut dia..mmg best giler arr lenkali aku nk g lagi xpun aku lak yg akan join..team yg beraksi semua hebat2 dari Indonesia, Hong Kong, Singapore emmm lagi...dah tentu MALAYSIA..team yg aku sokong hehe..konon2 lah Underdogs Red n Blue sekali lah..sape nak join ble..jom2

Team Underdogs Malaysia

Ganazs sungguh

Rehat bersama Kipas angin

Philipines VS Mesia

Nota Telinga; Disebabkan waktu yang amat terhad..nanti kita cite lebih sikit pasal ni..ada byk lagi nk ulas ni..pengulas sukan kan, ngantukzzzzzzzzzzzz