Friday, January 9

PALESTIN..SYURGA MENANTI



SHILA....HARI INI SAYA AKAN LUPAKAN SEMUA YG MENYESAKKAN KEPALA OTAK , PERKARA REMEH TTG SEBUAH PERSAHABATAN YG TIDAK DI HARGAI...KERANA ISU PALESTIN LAGI PERLU DI FIKIRKAN...
Krisis yang melanda Palestine ketika ini pada hemat saya adalah krisis genting yang seharusnya mendapat perhatian semua pihak. Tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun, pokok pangkalnya, kekejaman harus dibanteras. Rejim Zionist dan pihak Israel dengan segala kesialan telah dengan angkuh meragut satu-satunya hak warga Palestine yang masih tinggal - HAK UNTUK TERUS HIDUP. Warga dunia perlu bangkit!

Saya hanya insan kerdil yang tidak punya apa-apa. Tetapi insan kerdil ini hanya punya doa dan air mata yang tidak dapat berhenti daripada mengalir dalam mengenangkan kesengsaraan warga Palestine, kanak-kanak terutamanya. Saya juga hanyalah insan yang terlalu banyak dosa untuk ditanggung tetapi saya masih punya hati yang tidak dapat lari dari merasa sedih dengan apa yang telah berlaku di bumi Palestine.

Kemana perginya kuasa Islam dan kuasa manusia yang punya akal dan rasa? Bantulah bayi-bayi dan anak-anak yang tidak berdosa itu. Ruang terhad ini semestinya tidak dapat membawa apa-apa perubahan. Tetapi, ruang terhad ini saya ingin gunakan untuk membangkitkan kesedaran semua bahawa Israel telah melakukan kekejaman terhadap manusia. Bukan sekadar pada yang beragama Islam tetapi harus juga di ingat bahawa Palestine itu terbina atas dasar tiga agama - Islam, Kristian dan Yahudi. Maka, kekejaman ini juga melibatkan warga Palestine beragama Kristian.

Sampaikan kepada semua dan tingkatkan kesedaran rakan-rakan dan keluarga tentang kekejaman Israel terhadap Palestine. Hentikan pembunuhan kanak-kanak. Saya rayu kepada anda... hulurkan seberapa mampu bantuan kepada mana-mana tabung yang bergerak atas dasar bantuan kepada bumi Palestine. Bantulah dengan apa cara sekalipun... walau dengan usaha untuk membangkitkan kebencian terhadap Israel!

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas insan-insan ini....

No comments:

Post a Comment