Monday, November 28

:: Lagi Kenangan Lalu (KL @ Mui) ::


Assalamualaikum.. dimulakan dengan Bismillah .. disudahi dgn Alhamdulillah.. begitulah sehari dlm hidup kita..mudah-mudahan dirahmati Allah..

Jemput makan semua..saje nk share sedikit kenangan sblm benti keja kt opis KL aritu dgn kwn2 di MUI Group.

Pilihan Fatin

Mei Wah n me

Shana punya hidangan

Pilihan Wai Lon yummy
Desmond's hihiX-mas celebration at Account Department

Semua2...

Min farewell ~ dia dh berkelana ke Singapore..all d best Min ~

Lunch at TGI Fridays Plaza Hup Seng, KL

Lunch mate

Miss u ols


Hehehehe...

Fatin last day at Mui

Me, Shana, Fatin, Mei Wah and Wai Lon... bye2

Sekian Terima Kasih.

Di Fikir-Fikir : Always do your best. What you plant now, you will harvest later.

Friday, November 25

:: KL? Kenangan Lalu ::


Assalamualaikum..

Hihi skrg dh ble bersiaran dr ofis.dulu blogspot kena block..Alhamdulillah dah 2 minggu kerja tempat baru..segalanya baru - jawatan baru, meja baru, tugas baru, staff baru, kompeni baru, kwn2 baru n gaji pun baru hihihi..syukur rezeki kahwin - kami suami isteri dapat kerja baru..tukar angin dan mengharapkan yg terbaik utk meneruskan kehidupan baru kami selepas berumahtangga.

Ermm jd KL telah aku tinggalkan lebih sebulan yg lalu..dan KL adalah Kenangan Lalu (Kuala Lumpur) tiada lagi sumpah seranah jalan jamm, tiada lagi terkejar2 utk sesuatu yg semua org berebut..iaitu MENJAUHI KESESAKAN JALANRAYA.. kejar waktu jgn lewat walau seminit nanti akan stuck selama 2-3jam...laluan utama aku ke opis adalah jln2 yg selalu penyampai2 radio baca ketika info trafik ayat pun dh ble ingat "kesesakan teruk dari Loke Yew ke Hang Tuah, kereta bergerak perlahan dari Pudu, Raja Chulan, Sultan Ismail, Bukit Bintang bulan bagaii..

Huahuahua kalau hari hujan suasana lg memecahkan kepala..ada org suka ada org x suka dgn KL ni..terpulang pd individu .. sy jiwa kampung .. mmg kdg2 kta suka utk melawat2 shopping2 ke tp kalau hari2 ini yg kena rempuh ermmm tepuk dada tnya jantung.ble tahan ke x?

Org emas kuning ni tgl kenangan..hehe..bila lalu je nmpak dia..ramai org amik gmbr ngn dia..mcm patung tp sebebnarnya tidak..

Selamat tinggal PMI..hehe..MUI dlm kenangan..ni lah bangunan yg aku jaga masa mencari rezeki di kota dan berkelana di Bandar Tasek Selatan (rindu kwn2 bts le plak) utk tempoh setahun lebih sahaja.

Selamat tinggal jugak kt bukit bintang kihkihkih...lowyatt dh jauh..kalau x jln kaki je waku lunch g cuci mata tgk2 apa yg tak patut di tengok.

Sekarang tidak lagiiii 10minit dh smpai ofis..naik keta ble buka tingkap seluas2 alam..nk buka pintu pn ble tp nti jatuh plak..xde lah seriau mcm kt KL dgn peragut, penyimbah asid, peraba-raba, peludah semua..xde lg bunyi pom pom pom hon sana sini x tentu psl, langgar2 side mirror dan xde lg aku nmpak org kurang siuman bantu polis trafik jg laluan hehe..kelakar mcm2 ada dorang pun kesian tgk polis2 duk berdiri dlm hujan dan panas..apa slhnya dia tlg..hehehe

Eh ni bukan bangunan yg aku jaga skang..ni bangunan yg suami ku jaga..dialah JAGA disini..hihihi..

Ok..tukar selera sikit..aku memilih utk jd JAGA kuarters plak a.k.a bangunan kediaman sebanyak 632 unit semuanya bwh tanggungjawab aku.

Sungguh tenang disini, walaupun bidang kerja kami x tenang sebenarnya..tp inilah harga yg x boleh dibayar dgn wang ringgit yang beribu2.. dimana waktu pagi kta menghirup udara segar, melihat org2 melayu kita (xde lg asyik tgk negro, bangla, cina yg seksi2..) hihihi... apa nak buat buatlah asalkan JKR puas hati..Thankss God for everything..semoga rezeki ini memberi keberkatan dan ketenangan kepada kami

Apa yg patut buat selain memanjatkan kesyukuran pd yang Esa. Alhamdulillah..

Sekian, Terima Kasih.

Di Fikir-fikir : Pagi ini, saya bangun dalam keadaan sangat baik. Saya bangun dengan hati yang senang. Seperti mentari pagi yang menjalankan tugasnya menyinari semesta, saya pun bangun dan segera menjalankan tugas dan aktiviti saya hari ini. Saya akan melakukan tugas saya dengan sebaik-baiknya.

Saturday, November 19

:: Syukur ::




Assalamualaikum...wahhh lamanya x meng'update' blog. Sebok kah? Malas kah? atau Apakah? hehehe.

Ok2...pertama sekali dh tentu spt tajuknya..ALHAMDULILLAH..SYUKUR arini dah sebulan 15 hari sy bergelar isteri. Mcm x percaya plak..aku ni dh kawin rupanya..apakah benar? YA PASTI! ermmm;

Berakhirnya sebuah penantian, terjawab sebuah persoalan, terungkai satu kepastian..JODOH! tiada siapa yg boleh menafikan serta tiada siapa yang boleh meneka jawapannya. Syukur pada Tuhan atas kurniaan perjalanan kehidupan sy yg menyempurnakan fasa-fasa pada sebuah kehidupan.

"A journey a thousand miles begin with the first step"
p/s: ada masa nanti sy upload lah sikit gambar kenangan majlis sy ye..hihi..

Hari ni jugak hari pertama aku update blog slps kawin..ngeeeee bukan apa kesibukan yg melampaui batas waktu..non stop sejak dari lps raya aidilfitri aritu.. apa sahaja kesibukan itu semuanya adalah utk hari ini.

Tu saja lah cite sb nti update lg..tp bilakah? hehehehe

Sekian, Terima Kasih

Di Fikir-fikir: Sabda Rasullah SAW

"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai" Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan merekaDiriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri