Tuesday, August 24

Kenapa Tak Pergi Bazar?


Hehehe.. nak tahu sb apa aku g bazar pd wekend dan jumaat je kihkih...sbnye tadaaa.............

OST drama EScINTAAAAAAA


Tersepit di antara dua cinta
Kau memberikan ku satu harapan
Kini kau menghancurkan segalanya
Dia antara kita
Ku merelakan semua yang berlaku
Kau mencintai dan menyakitiku
Kini ku redha dengan segalanya
Tuhan yang menentu
Ya Tuhanku
Teguhkan rasa cinta padamu
Ya Tuhanku
Pinjamkan aku kekuatan darimu
Ku Memohon Padamu

eh pesal heroin tu lain plak..cite apa nih..tv chanel bape nih...salah2 sory2

Sebab cite ni lah sebenarnye
Best jgk...fida ni ble dikatakan berbakat compare dgn heroin film ni..heliza..ngeee sory elija.


Warna Warni 7+ 7 Hari Ramadhan


Salam Ramadhan yang ke 14.. cepat kan masa berlalu.. indahnya Ramadhan ini.. dulu rajin gak update blog psl cite ramadhan...skang mls sikit..busy!! Banyak sgt yang menarik kali ni...syukur ALHAMDULILLAH.. awal hingga hari ke 14 aku dapat puasa dgn sihat...Rutin bulan puasa cam biasa..masak tuk buka dan sahur, ajak kawan2 buka n main masak2 kat umah..sgt best dapat makan dirumah dengan aman damai sesama dorang, maybe ni akn bg kecerian bg sesape yg x bersama family.. mls nk buka kat luar nti makan pun x aman.

Slps buka g terawih.. tahun ni sedar x sedar dlm 14 hari puasa baru 3 kali aku berbuka makan nasi..hihi selebihnya aku akan berbuka dengan kuih muih je n sedikit air pastu balik terawih baru makan nasi..masak2 utk sahur sekali, walaupun simple tp bahagia sb semua panas2..asal bli lauk or nasi di bazar, esoknnya mesti perut wat hal. Kalau makan kuih2 ok je..sb dh tahu kan gerai kuih yg best2.. ada lah sikit pics yg smpat amik sb ada kelapangan.. terkilan jgk pics berbuka reramai wekend lps x de..aku masak bihun sup, macaroni goreng dll..meriah le plak.

Ni tak tahu nak makan apa...simple tp menyelerakan
Masak yg simple jelah blk kije cpt2 nak tgk EPilog Syuga Cinta lagi..hikhik
[lagipun aku bukan terer masak..hukhuk]

Sotong Paul

Terubuk Azza

Sb sakit perut ni g plg sesuai makan bila perut kosong

Menu Wajib 1

Menu Wajib 2 [tiap2 kali g bazar harus beli] smpai jd cerita sedih plak..huhu

Hujan nye psl..mat salai je yg ada.. xleh g bazar..nk masak malas..

Tak best pun..huhu

Menu Wajib 3 [beratur je pjg..tp biasa2 je sedapnye] sdp lagi UNAN roti john Putrajaya

Papa John belah Mami Joyah

Lagi2 ini...nyam2

Hasil slps berpenat lelah slps DBE wat hal [ bateri kong] bubur durian

Cepattttttttttttttt lahhhh jam sana sini...sian x?

Camnilah..sb tu sempat masak yg simple2 je.. sardin pun sardin lah..janji semua kwn2 aku akn mkn smpai abis..bli lauk kt bazar esoknye mesti buang...huhu..tak baik bazir kan!

Apa-apa saje lah dorang ni

Hasil dr bazar Ramadhan di Stadium Bola Sepak KL.
hehe..apa kaitan Librese tu? hikhikhik

Dah balik2..Nak amik org demam plak kt klinik..jommmm

Layan PARAM sb ada org sejak puasa x g lagi bazar...huhuhu

Menu Wajib Cik F

Terbaik di bulan puasa..sku sgt suka buka ngn murtabak..nyam3
sejak puasa dh bape kali mkn nih..ish2

Suka jugak..selain kuih2 yg di balut dgn daun pisang
kuih2 tradisi camni yg akn jd pilihan aku

Menarik

Jeniper Lopezzzzz.... sgt suka

Meriah nye

Nasi lemak a.k.a nasi ayam kot

Selamat berbuka semua

Gaya kekenyangan...bye

Nota Telinga: Semoga kita semua dberkati aminnnnnnn

Friday, August 20

Tak Ingin Pun


Apa saje lah korang.. rimas n mnyampah pun ada...dulu asal hari jumaat, sabtu n ahad aku sgt suka lepak dirumah.. baring-baring n tgk tv..skang ntah xsuka plak.. hari2 biasa pun sama. Kdg2 blk kije sgt penat, biasa klu nk relese tension penat kije aku kan masak apa2 saje yg aku rasa nak makan.. skang x lagi. Time puasa camni aku decide wat giliran masak..bukan suka sgt pun utk wat camni..tp aku rimas n serabut dgn "keadaan" di dapur umah. Malas nak cerita panjang...semuanya ada disebalik cerita gambar bawah ni...

Hanya sebekas planta jenama biasa aku x heran sgt...aku ada planta GOLD lg..tu pun bkn aku yg bli...azza yg bli dia kihkihkih ..siap offer aku lg.."nak makan amiklah".. sedozen lps ni aku nk hadap dlm peti ais tu..biar penuh cam Carefour.. rimas peti ais pun cam lori sampah dh jd.


Tuesday, August 17

Haihhh



Salam...Arini Ramadhan yg ke 8 - sucikanlah jiwa mu dgn amal dan takwa tanpa rasa curiga...mohonlah kepadaNya sujud padaNya.

Adudududuhhh ni lah namanya dugaan.. sah2 aku kena bebel ngn mak aku lagi nih, psl saman tertunggak RM800.. dgn hajat yg besar tersimpan di hati nak g settle saman tu bulan depan..tba2 arini [slps hampir 3 bulan dh xkena saman] pepagi lg kena saman.. aduhh dlm ati nk marah pun ada..tp sabar je.. aku baru nk g byr dia dh saman. Apakan daya..kwn aku suggest g terus MBSA, plg2 x dia suh byr RM10..aku ckp xnak byr walau RM1.00.

1 minit selepas dia saman, aku g byr parking ticket..dpt tiket aku g trus MBSA..smpai kaunter byran aku ckp, xnak byr tp nak bgtau sesuatu je..senyum je kakak kaunter tu..bla bla bla bla naik tingkat 21

Senyummmm jgn masamm..hikhik berjaya jgk.. abg kaunter Ting 21 plak dgn baik hatinya amik aduan aku tanpa byk ckp n suh tgu kejap..mmg kejap pun, dtg2 dia ckp "okay pegawai sy dh sokong supaya saman ini dibatalkan" padahal aku x gtau pun alasa aku nak batal..dia pandai2 sendiri wat alasan utk aku..ermmm sygggggg btul kt abg tu..hikhik.."skang awk g ting 2 bhagian undang2 utk batalkan rekod" "okayyyy terima kasih dan selamat berpuasa semoga Ramadhan lebih bermakna" hihi khas utk abg tu.

Ting 2 berjaya batalkan rekod..sblm dia bg aku surat saman yg terbatal ni sempat plak dgn murninya dia berkata2 "saman2 lain byk lagi kan?" hikhik... "aah sy nak byr b4 2011 dun weri tiap2 ujung tahun sy akan setelkan" "bgus..kalau cik nak discount ble ke sini" OMG..... Jan 2010 aku dh bereskan saman 2009.. bukan apa sian Majlis Bandaraya perlukan kewangan utk pembangunan.. Sekian

Nota Telinga:Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit anda, maka ucapkanlah LAAILAHAILLALLAH...

Sunday, August 15

Corat Coret


Askum...salam Ramadhan semua..hari ni hari ke 5 kita semua berpuasa..Alhamdulillah syukur padaNya dapat kita semua sambut puasa lagi tahun ni kan..aku mcm biasa puasa di sini lah..jauh dr mak n ayah dan keluarga... sepanjang puasa baru dua kali aku g ke Bazar Ramadhan..tahun ni bertekad utk kurangkan ke bazar Ramadhan ..hihi bukan apa sb aku nak masak2 ..nak prektis memasak lah..huahua.. ermmm hari ni aku buka kat umah lah smlm buka kat umah kwn aku..

Nape tiba2 nak update blog? ermmmm hari ni aku sikit kacau...tak tahu nape sejak 2 menjak ni sgt malas, bosan semua ada..ntahlah..masa utk sendiri..hari ni di saat panas terik mentari huhu DBE wat hal..walaupun dia x de berniat utk nyusahkan aku tp aku yg bersalah...aku yg lengah2kan tukar jantung dia..bateri dia lah kong kong [15/08/2010]hihi..semua dh selesai..pinjam keta hosmate aku jap g bengkel n selesaikan semuanya..Alhamdulillah...balik je huhu sgt lah penat tertido jap..pastu masak2 utk buka so semua siap..tgu berbuka je.

Hari ni gak aku dah deactivatekan acc FB aku..hihi..sb nya..............................tak de apa yg mampu aku cakap hanyalah..

MAAF - DISAAT WAKTU BERHENTI KOSONGGGGGGGGGG

TQ - Ya Allah Ya Tuhanku..ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna......

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

SHILA........

Wednesday, August 11

Salam Ramadhan


Assalamualaikum semua..Ramadhan dtg lagi..Alhamdulillah.. apa pun blm terlambat utk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua.. untuk semua marilah sesama kta kongsi perutusan Ramadhan dr TG Nik Abdul Aziz.

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan rohani manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Pengabdian inilah merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut apakah tujuan air, tanah, api, udara dan sebagainya. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, tujuan hidup siapakah yang dapat menjelaskan jika tidak Allah SWT sendiri? Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya berkemahiran tentangnya. Demikianlah manusia, adalah mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah yang ditugaskan untuk memandu manusia bagaimana hidup ini perlu diselaraskan sesuai dengan kehendak Allah SWT.Jurupandu kepada umat ini ialah para anbiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berdasarkan al-Quran. Bulan Ramadhan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah SWT :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Yang bermaksud : Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).
- Surah al-Baqarah, ayat 185

Justeru, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia. Jika sekalipun ugama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan. Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita lebih utama untuk bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.

Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.

Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati. Hilangnya keyakinan ini, hilang jugalah roh dari ibadat puasa tersebut sehingga menghilangkan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

Yang bermaksud : “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Selain itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT. Semuanya ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita bukan hanya ketika di bulan Ramadhan tetapi sepanjang masa. Semoga bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Semoga Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas.


TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA
DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 10 Ogos 2010 / 29 Syaaban 1431

Sunday, August 8

Cicak-Cicak di Dinding


Semut-semut di lantai..datang seekor nyamuk lalu ngappppppp...hehe..sekadar hiburan di kesempatan yang ada.. Saje nk share pics masa g membolos kegayatan di dinding kat Sec 13 a.k.a xtreme park.. dh lama nak g tp x berkeyakinan..hihi so b4 Ramadhan tiba.. after raya nanti aku nk amik course ni.. kali ni aku g ngan 2 org budak kecik hehe.. walaupun kaki dorang lg panjang dr aku tp itu x mbataskan utk aku abiskan pendakian..huhuhu.. Kat kg aku juara panjat pokok rambutan, dtg KL konon panjat le dinding, xde pokok nak panjat..okayy ni saje gmbr yg lulus utk di kongsi...lain2 agak x sesuaiiiii dilihat oleh kaum Adam esp..hihi..

Lambat plak turn aku..tgk2 cam tinggi .. ble ke 3 x panjat ni..ermmmmm cubalah. Aku selalu panjat cooling tower kalu time kije tp ttp ada rasa gayat sb tiap2 kali kna naik tmpt tinggi yang jenis ala2 tinggi, kurus pastu straight je tmpt tu aku msti rasa seriau ..seriau eh org kata..gayat dgn kata lain..tp sb kije aku kna gak panjat..so kali ni aku nk pecahkan ketakutan itu..hehe sb apa klu time kije..paksa gak naik sb keje kan...huhu walau dlm ati huhu Allah je yg tahu
"akak ble lah naik..akak kan kurus" kata adik ni.. hihi murni kan ayat

"Apalagi akak pk..." --------- "x pk pape pun dik..hihi..sy dh biasa hehe" - opss over lak

Saje je buat2 mcm x biasa..

Ish ni suar ni pesal kang tersangkut lak..meh SIFU btulkan hihi..hihi

Ya!!! disinilah ketakutan tu akan dtg..bila kta kt tgh2 hihi.

Eh jgn pandang belakang..hehe

Penat gak..ok lah bye..ngntuk..nti lps puasa smbung xtvt ni lah..sb futsal slalu x cukup org nak main..bosannnnnnn